Khasiat Daun Ketumbar

Seorang kawan lama abah datang ke pejabat abah baru-baru ini. Biasalah, sebagai pendahulu bicara, dia bertanya khabar abah. Dia ambil berat tentang penyakit gout abah kerana dia juga mengidap gout. Kemudian dengan riang dia beritahu abah. Dia kini sudah “belasah” apa yang dipantang oleh pengidap penyakit gout. Sejak dia amalkan petua barunya itu, insyaALlah penyakit goutnya sudah hilang.

Dia beritahu abah senang aja. Ambil daun ketumbar (sebenarnya beli aja di pasar lebih kurang RNM1.00). Kemudian basuh dan rasik daun itu halus-halus. Ketumbar yang telah diracik ini direbus dan airnya diminum setiap hari. Dia nampak yakin dengan petua barunya yang katanya  maklumat itu diperolehi  dari Thailand.

Selain gout,   air rebusan ketumbar ini boleh juga dijadikan penawar penyakit kencing manis  dan batu karang/buah pinggang. Wallahu’alam.

Petang semalam (6/4) abah jumpa sahabat lain di pasar malam sewaktu sedang membeli daun ketumbar. Dia  mencadangkan supaya di “blend” aja daun ketumbar tu dan dicampur madu. Emak buatlah apa yang dicadangkan. Malam tadi abah sudah mula minum secawan.

23/4 :  Abah terima pula petua dari seorang kawan. Katanya – ambil kentang, racik dan makan mentah-mentah. Abah sudah cuba, campur kicap. Tapi hari ini kena gout lagi! Mungkin belum jumpa petua yang serasi…

About san59

Sudah tua....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Khasiat Daun Ketumbar

  1. i'm lost.. says:

    “Tapi hari ini kena gout lagi! ..”
    ~~> mungkin ada makan kacang.. [sbarang jenis kacang].. kut ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s