Cucu Pertama Mama

Mama sedang mendukung "Maimun" dihari pertama kelahiram

Mama sedang mendukung “Maimun” di hari pertama kelahiran

Pada 6hb Mei, 2015 bersamaan Rabu mama mendapat seorang cucu perempuan yang beratnya 2.6kg .Tapi merupakan cucu yang ketiga yang berbinkan abah (san ahmad) . Aufa Adeenna binti Ahmad Fahmi nama yang diberi membawa maksud ‘Pemimpin Agamaku’. [Tetapi sampailah cucu pandai berdiri jatuh,  atuknya tetap panggil namanya “Maimun”]. Dilahirkan pada jam 7.30malam  di hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang. Sebaik lahir je , menurut fahmi Aufa terus membuka mata memandang kiri kanan dan kemuka ayahnya. Memiliki mirip wajah ibunya Hanum yang comel, dan berkulit kemerah-merahan. Rambut Aufa lebat dan hitam tetapi lurus. Fahmi sebenarnya memiliki rambut kerinting semasa kecil mengikut rambut abahnya tapi bila seringkali kekedai rambut, fahmi suka ditrim nipis dan lama kelamaan kerintingnya tidak kelihatan sangat. Kami gembira mendapat berita kelahiran Aufa. Mama,abah dan Hana datang melawat Aufa pada esuk petangnya diwad no.1,C kelas pertama. Kebetulan ibu/bapa Hanum pun ada ketika itu dan ma/abah dapat berjumpa. Waktu siang, Aufa ni senang diuruskan kerana banyaknya tido dan kurang kerenah. Tetapi bila malam, Aufa sering menangis samada dahaga, basah atau perlukan perhatian. Pada 8hb Mei, 2015 bersamaan Jumaat, jam 8.10mlm yakni hari ketiga, Hanum serta Aufa dibawa pulang ke Felda Pahang bagi penjagaan tempoh pantang  selama 3 bulan. Ibu Hanum yang tidak bekerja menjaga Hanum dan Aufa dikampong, banyak jasanya. Terdengar pula berita baru2 ni, yang Aufa dimasukkan ke wad hospital Kuantan kerana dijangkiti jaundice (demam kuning). Aufa ditahan diwad selama 3 hari dan sekarang beliau telah dikeluarkan dari hospital. Pada hari ini 16hb Mei, (Ahad) 2015 semasa ma mencoretkan catitan ini Aufa telahpun menjangkau 10 hari umurnya. Semoga Aufa sentiasa sihat, ceria dan tidak menyusahkan hati ibu dan ayah serta menjadi cucu ma dan abah yang solehah.

 

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Fahmi Akhiri Zaman Bujang

10631162_10152689076513501_1132334046884046990_o

UiTM Hotel, Seksyen 1 Shah Alam (August, 31)

1. Selamat Penganting Baru semoga berbahagia sampai ke akhir hayat
dari adik mu Aca.  Selepas kahwin jangan lupa sayang Aca…

2.  Semoga gembira di dunia dan akhirat dan sentiasa ingat ALlah. (Aki “handsome”).

Gambar sila lihat di laman walimatulurus

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Ujian

Setakat tulisan ini, tidak sampai sepuluh orang peneroka asal (lelaki) Kampung Jimah Baru yang masih hidup. Mudah-mudahan saki baki yang hidup ini tidak terganggu fikiran mereka dengan tawaran pembelian tanah yang semakinnya menarik. Mudah-mudahan saki baki penerika asal ini dapat menasihati pewaris tanah lain supaya tidak mudah terpesona dengan tawaran harga yang diberikan.

Antara ujian kesenangan dan kesempitan, ujian kesenanganlah yang paling merbahaya. Benar, sama ada merbahaya atau tidak kedua-dua jenis ujian ini bergantung kepada sejauh mana mereka menjadi dekat atau menjadi jauh dari Allah SWT. selepas ditimpa ujian ini. Namun kelazimannya manusia yang diuji dengan kesempitan lebih mudah dan cepat mengingati Allah SWT.

Masalah Faraid

Tanah di Kg Jimah Baru ini hanya boleh ditukar nama pada geran tanah untuk satu nama sahaja. Terserahlah kepada penama itu mahu mengagehkan secara faraid, sama rata atau cara lain. Jika simati sudah berwasiat supaya harta mereka diagehkan secara faraid sekali pun, ini tidak menjamin harta tersebut akan diagehkan mengikut syariat Islam kecuali ada dokumen bertulis yang diiktiraf oleh undang-undang sedia ada.

Pada pendapat abah, sesiapapun yang diberi kuasa untuk mengurus tanah tersebut wajiblah diagehkan secara faraid. Jika tidak dapat kata muafakat dari pewaris untuk menamakan pewaris bagi tanah tersebut (pertukaran nama pada geran tanah) eloklah diwakafkan sahaja kepada masjid kampong Jimah Baru. Jika kita menghayati pengorbanan generasi terdahulu, tidak mungkin pewaris sampai hati untuk menjual tanah kampong. Mudah-mudahan ALlah memberi petunjuk kepada pewaris tanah kampong. Amin.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Hilang Cincin

Siapa ada kehilangan cincin? Kami jumpa di pantai berdekatan Rainbow Paradise Resort, Pulau Pinang.
Sila hubungi kami.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kampung Jimah Baru

BIOGRAFI KAMPUNG JIMAH BARU

  • 1.1         Lokasi

Kampung Jimah Baru terletak di Mukim Jimah dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.  Kampung ini merupakan projek Rancangan Tanah Negeri yang pertama di Negeri Sembilan.  Pembukaan kampung ini adalah janji pilihanraya  Dr Mohd Said b. Muhammad,[1] wakil rakyat Linggi pada pilihanraya 1959, sebelum menang dan diangkat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama[2]. Teruskan membaca

Aside | Posted on by | Tinggalkan komen

Hari Raya 2016

masuk gambar

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Inna lillah…

Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada mak Usu atas kemalangan yang menimpa anak sulongnya Zaki. Zaki meninggal dunia selepas bertembung dengan lori pada hujung Mac 2016. Dia terbunuh di tempat kejadian dalam perjalanan ke kolejnya. Mudah-mudahan Mak Usu tabah dengan ujian ini.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Aduhhh Letihnya!

3hb Mei 2015(Ahad): Aca akhirnya berjaya juga menapak ke Air Terjun Hutan Rimba Templer Park! Macam tak percaya aja… Itupun dengan taktik abah yang pandai memujuk…kalau tidak tak sampai ke atas…Sini ada buktinya:

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Tahniah Abang Kiki

Waaa....hhhh:   Tahniah abang Kiki.

Waaa….hhhh: Tahniah abang Kiki.

Adik-adik – Aca dan Aki ucapkan tahniah kepada Abang kiki dan Kak Isma atas kurniaan seorang lagi cahaya mata, baru-baru ini. Wah, Lela sudah ada adik perempuan. Harap Lela cepat besar dan boleh main dengan adik. Mana gigi atuk lagi satu?

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Meninggal dunia

Tok Ngah (Adik ipar nenek Satinah ) meninggal dunia 3 Disember 2014. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Baru, Sungala Port Dickson. Aba dan Mama sempat ziarah sebelum pengkebumian.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Meninggal dunia

Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada Kak Yah (kakak abah)  sekeluarga atas kembalinya ke rahmatullah bang Khalid (suaminya) pada31 Oktober 2014 yang lalu. Semuga Kak Yah dan keluarga bersabar.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen