Merokok, Sejauh Mana Kita Peduli

 Seperti biasa, sebelum ke sekolah Abah dan Aki akan singgah ke restoran Mamak. Menu Aki pastinya Milo suam dan sekeping roti kosong. Seperti biasa, sebelum duduk Aki akan alihkan tempat habuk rokok dari atas meja ke meja sebelah atau di bawah meja. Abah tahu, kebelakangan ni Aki selalu kena lelah. Dia memang tak tahan bau dan asap rokok. Begitulah nasib orang lelah. Perokok biasanya tidak memahami betapa pengidap lelah macam Aki akan merasa sesak nafas jika terbau asap rokok atau pun habuk rokok. Orang yang merokok menganggap perkara ini kecil atau pun sengaja dibesar-besarkan oleh orang yang tidak merokok. Bagi seorang yang mengidap lelah umpamanya, mereka tidak akan selesa jika orang yang solat berjemaah di sebelahnya adalah perokok. Pesakit lelah memang sensitif terutama pada bau mulut dan pakaian perokok. Abah ucapkan tahniah kepada Aki walau pun baru berusia 12 tahun tetapi tunjukkan sikap “tidak suka” rokok atau tempat letak habuk rokok. Mudah-mudahan bila dewasa kelak, Aki tidak termasuk dalam kumpulan orang yang merokok. Di samping tidak baik untuk kesihatan, merokok juga dilarang oleh agama.

Mudah-mudahan anak-anak abah tidak tertipu dengan pendapat yang meringankan hukum merokok yang telah diwartakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

About san59

Sudah tua....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s