Perkembangan Anak-Anak Tanggungjawab Bersama

Pagi ni dalam perjalanan ke sekolah, Aki  mengadu pada abah, mengapa dia tidak  berani seperti abangnya Fahmi (AMI). Katanya, Ami sejak darjah satu sampai sekolah menengah berani keluar di hadapan kelas – berbahas (B. Melayu & Inggeris), berpidator (Inggeris) , mendeklamasi sajak dan bercerita. Malah Ami selalu menang jika pertandingan diadakan di peringkat sekolah atau pun di peringkat menengah. Abah beritahu Aki, bukankah abah sudah beri galakkan dan sokongan supaya Aki juga ikut langkah Ami. Aki diam aja.

Abah teringat sewaktu abah bersekolah dahulu. Kalau cikgu tidak mengajar dia akan suruh murid-murid diam dan jangan berjalan-jalan dari meja ke meja rakan lain. Begitu pula. Sepatutnya biarlah murid-murid itu berbual-bual dengan rakan-rakan mereka asal tidak menggangu kelas sebelah. Apa pula salahnya jika murid-murid itu berjalan-jalan ke meja temannya yang lain di dalam kelas yang sama  atau menconeng-conteng papan hitam. Mungkin sikap guru “jangan buat begitu, jangan buat begini” yang menyebabkan murid-murid jadi penakut dan tidak yakin pada diri sendiri.

About san59

Sudah tua....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s