Ikhlaslah dalam Beribadah

Abah selalu perhatikan telatah anak-anak abah ketika solat. Ada yang lambat, ada yang terlalu cepat bacaannya dan ada yang cuba  tinggalkan perkara yang sunat. Pesanan abah, dalam melaksanakan ibadah – solat, puasa, membaca alQuran , bersedekah dan lain-lain perlulah ikhlas. Hanya dengan ikhlas sahaja kita akan merasa kenikmatan dalam mengerjakan ibadah tersebut.

Tingkat  keikhlasan  dan kenikmatan itu pula berbeza-beza. Yang penting kita harus berusaha mempertingkatkan keikhlasan itu selalu. Dalam ibadah, keikhlasan itu mungkin datang sebelum, semasa atau selepas melaksanakan ibadah. Terlalu banyak gangguan dan kita jangan leka dan terikut-ikut dengan gangguan ketika melaksanakan ibadah tersebut. Jika kita terlalai, cepat-cepat perbaiki supaya jangan terus lalai. Usaha kita ini juga diberi pahala oleh ALlah azzawajalla.

Berdoalah kepada ALLah supaya kita diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah dengan khusyuk dan ikhlas.

InsyaALlah abah yakin anak-anak abah akan mempertingkatkan kualiti ibadah setiap hari.

About san59

Sudah tua....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s