Ujian

Setakat tulisan ini, tidak sampai sepuluh orang peneroka asal (lelaki) Kampung Jimah Baru yang masih hidup. Mudah-mudahan saki baki yang hidup ini tidak terganggu fikiran mereka dengan tawaran pembelian tanah yang semakinnya menarik. Mudah-mudahan saki baki penerika asal ini dapat menasihati pewaris tanah lain supaya tidak mudah terpesona dengan tawaran harga yang diberikan.

Antara ujian kesenangan dan kesempitan, ujian kesenanganlah yang paling merbahaya. Benar, sama ada merbahaya atau tidak kedua-dua jenis ujian ini bergantung kepada sejauh mana mereka menjadi dekat atau menjadi jauh dari Allah SWT. selepas ditimpa ujian ini. Namun kelazimannya manusia yang diuji dengan kesempitan lebih mudah dan cepat mengingati Allah SWT.

Masalah Faraid

Tanah di Kg Jimah Baru ini hanya boleh ditukar nama pada geran tanah untuk satu nama sahaja. Terserahlah kepada penama itu mahu mengagehkan secara faraid, sama rata atau cara lain. Jika simati sudah berwasiat supaya harta mereka diagehkan secara faraid sekali pun, ini tidak menjamin harta tersebut akan diagehkan mengikut syariat Islam kecuali ada dokumen bertulis yang diiktiraf oleh undang-undang sedia ada.

Pada pendapat abah, sesiapapun yang diberi kuasa untuk mengurus tanah tersebut wajiblah diagehkan secara faraid. Jika tidak dapat kata muafakat dari pewaris untuk menamakan pewaris bagi tanah tersebut (pertukaran nama pada geran tanah) eloklah diwakafkan sahaja kepada masjid kampong Jimah Baru. Jika kita menghayati pengorbanan generasi terdahulu, tidak mungkin pewaris sampai hati untuk menjual tanah kampong. Mudah-mudahan ALlah memberi petunjuk kepada pewaris tanah kampong. Amin.

About san59

Sudah tua....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s