Cucu Pertama Mama

Mama sedang mendukung "Maimun" dihari pertama kelahiram

Mama sedang mendukung “Maimun” di hari pertama kelahiran

Pada 6hb Mei, 2015 bersamaan Rabu mama mendapat seorang cucu perempuan yang beratnya 2.6kg .Tapi merupakan cucu yang ketiga yang berbinkan abah (san ahmad) . Aufa Adeenna binti Ahmad Fahmi nama yang diberi membawa maksud ‘Pemimpin Agamaku’. [Tetapi sampailah cucu pandai berdiri jatuh,  atuknya tetap panggil namanya “Maimun”]. Dilahirkan pada jam 7.30malam  di hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang. Sebaik lahir je , menurut fahmi Aufa terus membuka mata memandang kiri kanan dan kemuka ayahnya. Memiliki mirip wajah ibunya Hanum yang comel, dan berkulit kemerah-merahan. Rambut Aufa lebat dan hitam tetapi lurus. Fahmi sebenarnya memiliki rambut kerinting semasa kecil mengikut rambut abahnya tapi bila seringkali kekedai rambut, fahmi suka ditrim nipis dan lama kelamaan kerintingnya tidak kelihatan sangat. Kami gembira mendapat berita kelahiran Aufa. Mama,abah dan Hana datang melawat Aufa pada esuk petangnya diwad no.1,C kelas pertama. Kebetulan ibu/bapa Hanum pun ada ketika itu dan ma/abah dapat berjumpa. Waktu siang, Aufa ni senang diuruskan kerana banyaknya tido dan kurang kerenah. Tetapi bila malam, Aufa sering menangis samada dahaga, basah atau perlukan perhatian. Pada 8hb Mei, 2015 bersamaan Jumaat, jam 8.10mlm yakni hari ketiga, Hanum serta Aufa dibawa pulang ke Felda Pahang bagi penjagaan tempoh pantang  selama 3 bulan. Ibu Hanum yang tidak bekerja menjaga Hanum dan Aufa dikampong, banyak jasanya. Terdengar pula berita baru2 ni, yang Aufa dimasukkan ke wad hospital Kuantan kerana dijangkiti jaundice (demam kuning). Aufa ditahan diwad selama 3 hari dan sekarang beliau telah dikeluarkan dari hospital. Pada hari ini 16hb Mei, (Ahad) 2015 semasa ma mencoretkan catitan ini Aufa telahpun menjangkau 10 hari umurnya. Semoga Aufa sentiasa sihat, ceria dan tidak menyusahkan hati ibu dan ayah serta menjadi cucu ma dan abah yang solehah.

 

 

About san59

Sudah tua....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s