KATA ALUAN

Catatan:

Jika ahli keluarga berminat untuk  “ubah” maklumat sila hubungi mak Usu Mariani.

Nota ini ku tulis buat tatapan anak yang rapat dengan ku atau mereka yang cuba menjauhkan diri atas sebab yang masing-masing sendiri lebih mengetahui.

Terima kasih diucapkan kepada Farhana yang telah dan akan terus menyelenggara Blog/Facebook ibnuzarr

 Apa sebab abah susah-susah nak tulis biografi keluarga ni?

Sebenarnya abah tak dengar lagi anak-anak  abah kata begitu tetapi yang sahihnya bila abah kata “masa  abah kecik-kecik  dulu kan…” tidak ada siapa yang berminat mahu dengar. Entahlah kalau dulu, bila atuk cerita hal dia waktu dia masih kecil, abah suka sangat ingin dengar dan ingin tahu. Abah juga sangat suka buka Astro saluran 555, History Channel dan suka sangat tengok cerita Inggeris atau Tamil  yang hitam putih. Tetapi anak-anak abah jauh berbeza. Mungkin kalau abah dan emak sudah tidak ada di muka bumi ini atau anak-anak abah sudah ada kehidupan dan keluarga sendiri barulah berminat kot.

Harapan abah, akan ada sanak saudara yang cuba kembangkan maklumat yang ada terutamanya dalam usaha untuk mengumpulkan sanak saudara, jauh dan dekat. Jika tidak dalam blog ini sekurang-kurangnya dikembangkan melalui pautan.

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s