Ahmad Fadli

Ahmad Fadli
Fadli lahir di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Pada masa itu melahirkan bayi termasuk dalam skop kemudahan kakitangan UiTM yang mana kos yang terlibat akan ditanggung oleh UiTM. Mungkin perbelanjaan kos rawatan ini tinggi UiTM kemudian menarik balik kemudahan ini.
Fadli anak pertama abah sebab itu abah namakannya Fadli iaitu “yang mempunyai kelebihan”. Harapan abah selepas dia besar kelak dia mempunyai kelebihan berbanding adik-adik yang lain. Sewaktu kecil abah suka bawa Fadli ke taman kanak-kanak di taman bunga Kuala Lumpur atau ke Zoo Negara. Badannya agak subur sewaktu kecil. Dia suka minum air buah yang diimport dari luar negara. Fadli rapat dengan Mak Usunya Yati sebab itulah abah tidak hairan jika Mak Usu Yati sayangkannya. Sewaktu abah bertukar tempat kerja dari Dungun ke Seri Manjung, datuk Fadli meminta supaya Fadli jangan dibawa. Alasannya, dia tidak pernah memelihara bayi dan anak lelaki. Dia menyakinkan abah, abah boleh ambil semula Fadli setelah sampai masanya untuk bersekolah. Abah tidak setuju. Bagi abah biar susah macam mana pun dia harus bersama abah. Tetapi emak Fadli (dia memanggilnya sebagai ibu) beriya-iya memujuk abah. Dia memberi jaminan biarlah Fadli di Bukit Aman buat sementara sahaja. Tapi selepas masa berlalu, ada yang menyampaikan, mereka tuduh abah campakkan Fadli kepada datuk dan nenek Fadli. Mereka kata abah tidak bertanggungjawab tidak mahu memelihara Fadli. Abah hanya berharap cerita itu tidak benar, kerana jika benar, mereka yang membuat tuduhan berhutang dengan abah yang perlu diselesaikan di padang masyar kelak. Abah juga telah berpesan kepada ibunya supaya tidak meracun fikiran dan emosi anak-anak. Kepada anak-anak abah, hati-hatilah dalam melayari bahtera kehidupan sebab ramai orang suka “menangguk di air yang keruh”.
Oh ya, satu hari abah bawa Fadli main-main kat taman bunga Kuala Lumpur. Mama Aca tunggu kami di taman permainan kanak-kanak. Mama dukung Fadli, tapi Fadli meronta=ronta minta dilepaskan. Lepas tu abah sendiri dukung, dan Mama tolong ambil gambar. Gambar tu masih lagi dalam simpanan Abah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s