Ahmad Fikhri

Ahmad Fikhri lahir selepas Fadli berusia dua tahun. Fikhri juga lahir di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Sebaik selepas dilahirkan Fikhri kena demam kuning dan terpaksa ditahan untuk pemeriksaan dua hari selepas ibunya pulang. Abah berulang alik bawakan susu ibu yang diperah dari rumah Bukit Aman, Kuala Lumpur ke Hospital Assunta. Fikhri abah namakan begitu dengan harapan apabila dia besar kelak, dia akan menggunakan fikirannya untuk menjalani kehidupan. Abah juga mahu dia berjaya dalam pelajaran.
Sewaktu Fikhri berada di Tingkatan 3 abah cuba bertemunya di Sekolah Lelaki Bukit Bintang, Petaling Jaya. Abah juga dapat berjumpa Fadli di sana. Pengetua sekolah melayani abah dengan baik. Tetapi seperti yang abah duga, kedatangan abah di sekolah selepas itu menimbulkan kemarahan. Mereka memang tidak benarkan abah berjumpa dengan anak-anak abah. Tetapi kepada orang lain mereka tukar pula cerita. Selepas mereka berpindah ke Bukit Beruang, abah ada datang ziarah sekali tetapi Fadli dan Fikhri tiada di sana.
Kiki cedera kerana diserang penyamunSewaktu abah berpindah ke Seri Manjung, Setiawan, Fikhri atau Kiki ikut sama. Abah dapat bersama kiki setiap hari. Kiki pernah dipelihara dua atau tiga bulan oleh Mak Cik Nah di Simpang Renggam, Johor sebelum diambil oleh ibunya. Abah mahu ambil tindakan, tetapi nenek Satinah selalu menyabarkan..”Biar orang buat kita, jangan kita buat orang”. Itulah nasihat yang selalu diberikan kepada abah dari abah kecil sehinggalah abah dewasa jika abah ada masalah dengan manusia.

Sewaktu kiki masih kecil abah selalu nyanyikan ke telinga kiki lagu dari filem “Hujan Panas” Pelakon utama P Ramlee). Senikatanya seperti berikut:

Lelapkanlah mata, jangan bimbang abah nyanyikan, aduhai kiki. Cubalah ingat, pesan abah buat azimat. Baik budi bahasa, buat jasa nanti orang suka, jangan berlagak sombong orang benci, hidup tak beruntung. Cahaya mata abah engkaulah penghibur hati, aduhai kiki, jangan kau buat, hati abah menjadi kacau, seumpama hujan turun lebat di hari yang panas, begitulah misalan, hati cacat dik kasih tak puas…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s