Ahmad Fahmi

Fahmi lahir di hospital Seremban. Tempat kelahiran yang tidak dirancang. Abah dan Mama sudah tempah kelahirannya di sebuah klinik swasta di Taman Rashna, Klang. Malahan rekod-rekod perubatan sewaktu mengandung pun ada disimpan di situ. Fahmi terlahir sebab abah dan mama ziarah nenek dan atuk di kampung . Sudah takdir. Lepas lahir Ami terpaksa tinggal beberapa hari di rumah atuk dan nenek. Sebab itulah dia orang Negeri Sembilan macam abah. Abah tidak hairan jika kelak dia habiskan usianya di Negeri Sembilan. Abah masih ingat satu hari Ami pancutkan air kencingnya tepat ke muka kawan baik nenek sewaktu nenek tua itu sedang mengurut-ngurut badan ami. Bising juga mulut nenek itu marahkan Ami.
Abah namakan anak abah yang seorang ni Fahmi dengan harapan dia memahami Masa kecil Ami memang berminat untuk jadi ahli silap matamengapa dia menjadi anak ketiga dan mengapa dia mempunyai abang yang tidak tinggal serumah. Abah juga berharap dia berupaya menerangkannya kepada adik-adik yang lain.
Sewaktu Ami lahir dan menetap sementara di kampung, tersebar berita seorang yang telah mati berulang alik dari kubur ke rumah untuk makan. Budak-budak nakal takut keluar rumah pada waktu malam. Ami pula menangis sahaja setiap malam. Mungkin Ami belum biasa persekitaran kampung.
Kelahiran Fahmi banyak memberi makna kepada abah. Rindunya abah pada Fadli dan Fikhri seolah terubat. Pada Fahmi abah curahkan segala kasih sayang. Sejak kecil pendidikan sangat dititik beratkan. Ada yang mengatakan abah terlalu kejam dengan Fahmi. Tindakan abah seolah membenci Fahmi. Tuduhan itu tidak betul. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Abah mahu Ami berjaya di dunia dan akhirat. Abah mahu Ami menjadi abang yang boleh dicontohi oleh adik-adik yang lain. Pada mama selalu abah beritahu. Dalam diri Ami ada tiga orang. Ami, Kiki dan Fadli. Ami abah sudah aqeqahkan melalui program aqiqah di UiTM.
Masa kecil Ami sangat takut dengan lipas. Jika dia nampak lipas dia akan lari lintang pukang. Jika ada lipas dalam tandas, dia tidak akan masuk ke tandas. Pada satu hari abah belikan lipas plastik dan lemparkan pada dia. Ami sangat takut sekali pun dia tahu lipas itu lipas plastik. Perangainya ini menyebabkan ana, iti dan aki juga takutkan lipas.
Mama tidak kedekut dengan duit. Maklum, Ami anak sulung Mama. Mama sangat manjakan Ami. Apa kehendak Ami diikutkan. Entah berapa banyak permainan yang dibelikannya. Begitu juga pakaian. Mama juga sering minta abah membawa Mama dan Ami bersiar-siar. Berbeza dengan Mama, abah memang cukup berkira untuk membeli barang permainan. Tetapi abah tidak berkira untuk membeli buku- buku untuk Ami. Ami juga sering abah bawa ke perpustakaan awam Selangor sejak dia masih kecil. Abah tidak pernah membawa Ami ke panggung wayang, ke pasar atau ke tempat yang tidak berfaedah. Selain perpustakaan, abah lebih suka bawa Ami ke kedai buku, ke masjid, ke muzium dan ke tempat-tempat yang berfaedah untuk diri da pelajarannya.
Sejak kecil abah tekankan bahasa Arab dan Inggeris. Tetapi abah tak boleh berbahasa Arab maka pelajaran bahasa Arab Ami hanya sekadar untuk lulus periksa sahaja. Sejak berusia 5 tahun Ami memanggil abah “Dad” hinggalah sekarang. Dia juga pernah memanggil emaknya “Mom” sehingga tahun-tahun awal di UiTM. Ami bertuah kerana dapat belajar di sekolah rendah di Amerika. Sistem pendidikan di sana berbeza sedikit di Malaysia. Mereka tidak fokus sangat kepada peperiksaan tetapi pembangunan kepribadian pelajar. Abah masih ingat sewaktu dia berusia 5 tahun, dia sudah berada di hadapan kelas untuk bercerita. (Di Amerika umur lima tahun sudah boleh masuk sekolah).
Ami juga bertuah kerana mempunyai ramai kawan-kawan anak Mat Salleh, anak Black Amerika dan anak Arab Muslim lain. Kawan baiknya di Amerika ialah Reza, anak lelaki campuran Amerika/Iran. Ke hulu ke hilir mereka bersama. Selalu bergaduh, bergusti tetapi sebentar kemudian sudah baik semula. Sejak kecil Amy tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan abah. Dia harus berbahasa Inggeris. Jika tidak dia akan dirotan. Sebab itulah di peringkat sekolah menengah rendah lagi Ami sudah boleh baca novel dewasa Inggeris tanpa ada masalah. Dia juga tiada masalah langsung dalam prestasi pelajaran bahasa Inggeris sekali pun jarang buat homework English di rumah.
Ami berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR dengan cemerlang. Pun begitu abah tidak memohon untuk menghantarya ke sekolah berasrama penuh. Abah mahu dia membesar di hadapan mata abah. Abah mahu mengajar dan membimbingnya. Abah mahu pelihara solat dan bacaan alQurannya. Abah harus pastikan dia solat setiap waktu dan membaca alQuran setiap hari. Pagi dia sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.
Dari segi pendidikan agama, abah rasa Ami sudah cukup diberi peluang. Ami merasa bersekolah agama di seksyen 19 dari umur tujuh hingga 9 tahun. Kemudian sekolah agama di masjid seksyen 24 dari umur 11 tahun hingga 12 tahun. Sewaktu berada di tingkatan satu dia ke sekolah tahfiz di masjid seksyen 18. Dia hafal surah hingga juzuk 5.
Abah juga mahu dia cemerlang dalam sukan dan aktiviti kokurikulum. Abah berbangga dengan kebolehan dan pencapaian Ami dalam sukan dan kegiatan kokurikulum. Guru-gurunya di sekolah rendah dan sekolah menengah juga turut berbangga. Sekali pun Ami sudah tidak belajar lagi di sekolah berkenaan, namanya sering disebut. Malah Ami pernah dipanggil untuk melatih murid-murid di sekolah lamanya mendeklamasi sajak sekali pun dia sudah tidak bersekolah di situ lagi.
Di bidang sukan, Ami telah banyak mengharumkan nama sekolah dalam ragbi dan bola keranjang. Dia bukan pemain simpanan. Dalam bola keranjang misalya hanya ada dua budak Melayu dan selebihnya China. Pasukannya berjaya hingga ke separuh akhir daerah Petaling. Ami juga kerap berjaya dalam pertandingan debat bahasa Inggeris, Debat Bahasa Melayu, syarahan bahasa Inggeris, pertandingan bercerita (bahasa Inggeris), pertandingan membaca alQuran dan pertandingan deklamasi sajak dalam bahasa Malaysia. Ami bukan sekadar sukar digugat di peringkat sekolah tetapi juga sehingga ke peringkat Daerah Petaling. Ami juga pernah membaca sajak di kompleks PKNS di hadapan orang awam.
Pastinya harga kejayaan itu sangat mahal dan memedihkan. Berapa banyak tali pinggang yang putus dan rotan yang hancur yang perlu dibeli baru. Seawal jam 5.00 pagi Ami perlu bangun untuk belajar. Ami tidak berpeluang bermain atau pun tidur siang. Kalau dia mahu bermain, dia hanya boleh bermain badminton dengan abah atau abah bawa dia ke kolam renang. Kerana cara abah mendidik Ami abah dan Mama sering bergaduh sebab Mama tidak sampai hati melihat anaknya konon “disiksa” oleh bapa kandung sendiri!
Sebut fasal rotan ni memang ada cerita pelik. Biasanya abah akan suruh ami sendiri yang ambil rotan. Ami sendiri faham rotan yang dia ambil itu adalah untuk dia. Bagusnya ami tak pernah menjerit atau melolong apabila n sebat. Dia diam aja. Dia faham, dia dirotan sebab dia buat silap sekali pun telah diberi amaran sebelumnya. Tapi abah selalu lihat air mata dia mengalir.
Abah juga sangat menjaga makanan dan minumannya. Abah akan pastikan dia makan dan minum makanan yang berkhasiat sekalipun dia tidak suka. Sejak kecil abah sering hantar Ami ke kolam renang. Ami hebat berenangg macam ikan. Abah juga sering paksa Ami berenang 50 meter dan abah sendiri yang mengukur masanya. Abah mahu dia cergas dan sihat. Bukankah itu baik untuk tubuhnya?
Sewaktu Ami berada di tingkat 5, abah tahu dia akan menghadapi peperiksaan penting. Benar kejayaan dalam peperiksaan bukanlah passport kejayaan dalam hidup. Tetapi persepsi masyarakat umumnya begitu. Berapa ramai orang yang ke universiti tidak berjaya dalam hidup. Ada yang muflis, ada yang ditahan di pusat pemulihan, penjara dan sebagainya. Ada yang tidak berpeluang belajar ke universitii tetapi berjaya dalam hidup. Lebih jauh dari itu mereka yang berjaya dalam hidup tidak semestinya berjaya di akhirat. Pada abah, pendapat pro dan kontra itu boleh didengar. Tetapi tanggugjawab bapa dan ibu ialah memberikan pelajar sebaiknya kepada anaknya di samping tidak lupa berdoa.
Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, Mama upah seorang guru mengadakan tuisyen di rumah. Guru tu bukan orang lain iaitu guru kelasnya sendiri. Fahmi menghadapi peperiksaan beberapa hari selepas Hari Raya. Tidak seperti Ramadhan sebelumnya, Ramadhan pada ketika itu Fahmi tidak ikut ke masjid. Abah biarkarkan dia memilih. Jika tidak mahu solat tarawih dia boleh mengulangkaji di rumah. Ramadhan bulan yang mulia. Ibadat dan amalan solih diberi ganjaran paha berlipat ganda. Doa dimakbulkan dengan syarat adab berdoa dan makanan yang dimakan itu dipeihara.
Begitulah sepanjang bulan Ramadhan terutamanya sepertiga malam, Abah doakan kejayaan Ami. Cuma bunyi doa abah lain sedikit. Benar. Abah doakan supaya Ami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapinya tetapi dalam masa yang sama abah juga memohon. Jika kejayaan cemerlang dalam peperiksaan kelak boleh merosakkan agama dan akhlaknya, abah redha apa sahaja ketentuan ilahi asal Ami tidak rosak agama dan akhlaknya. Pengalaman hidup mengajar abah, kejayaan di akhirat itu lebih penting. Lebih baiklah sederhana dalam peperiksaan jika kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu boleh menjadikan anak-anak abah sombong, angkuh dan bongkak.
Setakat yang abah sedar, Ami tidak ada hobi tertentu. Dia memang ada cita-cita untuk menjadi angkasawan sewaktu di sekolah menengah rendah. Dari mana idea itu timbul abah tak tahu. Tapi dia memang suka sangat baca buku novel mengenai sains fiksyen khususnya yang berkaitan siri “star War”. Ada yang abah belikan. Selebihnya dipinjam dari kedai buku di kompleks PKNS dan Alam Central. Sewaktu dia kecil, seperti anak-anak lain dia sukan menonton kartun. Tapi dia lebih suka siri “Ninja Turtle” sewaktu di Amerika. Bila pulang ke Malaysia dia suka pula siri “Power Rangers.” Sehingga ke peringkat SPM abah tidak pernah mendengar dia menyanyi sekali pun di dalam tandas. Dia juga tidak berminat dengan alat-alat muzik.
Masa remaja dia memang suka sangat makan burger. Setiap kali selepas habis kelas tuition di Seksyen 10, dia berlari ke arah abah. “Dad, pls dad. I’m hungry like a bear.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s