Ahmad Fakri

Aki diusia 11 tahun (Darjah 5).

Aki lahir di Pusat Rawatan Darul Ehsan, Seksyen 9, Shah Alam. Masa dia lahir, abah tengok darah Mama mercik ke dinding. Begitulah hebatnya anak abah yang seorang ni lahir. Cuma berat badannya waktu lahir kurang sedikit berbanding dengan Ami, Ana atau pun Iti. Dia dikategorikan sebagai “Sederhana-Kecil” ertinya dia bersaiz sederhana tetapi lebih ke arah kecil. Aki abah azankan di surau tidak jauh dari bilik bersalin Mama, kalau tidak silap tiga suku malam.

Aki cepat putus susu. Sebagai gantinya dia suka minum milo. Sewaktu kecil Aki suka makan roti bawang. Kemudian beralih pula kepada Roti Planta. Selepas Ami, anak abah yang selalu kena rotan ialah Aki. Aki degil tetapi manja dan penyayang. Dia suka sangat dipeluk. Depan sekolah rendah kebangsaan pun dia mahu abah peluk selepas turunkan dia dari motorsikal. Dia juga suka letakkan kepalanya atas riba abah walau pun sudah berada di darjah lima. Dia paling suka kalau abah usap rambutnya sewaktu kepalanya atas riba abah. Perangainya ini menyebabkan Aca selalu cemburu.

Aki memang mudah merajuk tetapi tidak berdendam. Dia suka berkawan dan sangat ramah dengan kawan-kawannya. Jika dibiarkan, dia akan masuk ke rumah kawan-kawannya atau bermain-main di padang. Berbanding dengan Ami dan Iti, Aki suka bermain di padang di hadapan rumah. Aki juga tidak pemalu seperti abang dan kakaknya. Dia boleh bercampur dengan semua orang.

Setiap pagi abah akan beri Aki sarapan telur dua biji, susu segelas dan dua keping roti yang telah disapu planta sebelum ke sekolah. Apabila badannya tembam, Mama sudah mula tidak menggalakkan Aki makan telur atau susu. Lauk yang paling dia suka ialah lauk ayam. Daging, ikan dan sayur-sayuran sekalipun dia makan tetapi kurang menyelerakannya. Yang anihnya apabila berbuka puasa di masjid negeri/Tun Uda setiap kali Ramadhan, semua lauk yang dihidangkan habis dimakannya kecuali telur masin.

Aki memang tidak suka makan ubat. Sejak kecil lagi, Abah perlukan Mama, Iti atau Ana pegang kaki dan tangannya. Masa itu abah akan tutup hidungnya dan masukkan ubat ke dalam mulutnya. Lepas makan ubat dia muntah. Sehinggalah Aki berada di darjah lima, dia memang takut makan ubat kecuali ubat ventolin sirap yang berwarna putih dengan perasa manis. Sehingga darjah lima, Aki tidak pernah makan ubat yang berbentuk “pil”.

Aki berkhatan pada hujung tahun 2009 di klinik Pusat Rawatan Islam di Seksyen 19, Shah Alam. Sewaktu itu dia sedang cuti sekolah darjah empat. Sebelum khatan, dia macam tak kisah. Dia berjaya menyembunyikan perasaan takutnya. Tapi sewaktu khatan, dialah budak yang paling bising sekali meraung dan melolong. Satu klinik gempar. Kalau dibandingkan dengan Ami, Iti dan Aki, Akilah yang lebih penakut. Puas di pujuk tak berjaya. Akhirnya abah paksa dan pegang kaki dan tangannya ramai-ramai. Barulah boleh sikit tetapi dia masih menangis sambil baca surah Al fathihah. Dr Fauzan yang menyunatnyanya ditendang. Hal yang sama juga berlaku apabila mahu membuka “clap” seminggu kemudian. Doktor puas memujuknya hampir 40 minit.

Selepas sembuh dari berkhatan, ada satu perangai Aki yang tidak baik selalu dilakukannya. Bertelanjang. Kadang-kadang dia bersahaja telanjang bulat di depan TV sementara menunggu bilik mandi kosong. Iti selalu nasihatkan Aki supaya jangan amalkan perbuatan tidak baik tersebut. Masa kecil, Aki tidak berkira tentang pakaian. Apa sahaja yang dipakaikan dia suka. Kalau dia diberi peluang memilih pakaian, dia akan pakai pakaian yang sama, sekali pun belum dibasuh.

Aki selalu bantu abah dan emak di rumah. Tetapi ada satu perangai Aki yang tidak baik. Dia bantu sebab mahukan upah. Tetapi abah gunakan perangai buruknya itu untuk kebaikan. Abah suruh dia baca buku cerita Enid Blyton. Jika habis satu buku, abah akan upah RM5.00. Satu perkara lagi Aki suka simpan duit. Dapat duit, dia tidak belanjakan. Dia hanya akan belanjakan apabila duitnya sudah banyak.

Sejak kecil abah sudah biasakan Aki pergi solat berjamaah di masjid. Tidak seperti Ami, Ana dan Iti, abah tidak hantar Aki sekolah agama pada sesi kedua. (Jika sekolah pagi sekolah agama sesi petang dan sebaliknya). Sebagai gantinya abah hantar Aki ikut kelas tuisyen membaca alQuran sehingga dia berumur 10 tahun. Kelas ini diadakan di sebelah malam, hari Isnin hingga Rabu. Aki juga boleh membaca tulisan jawi. Kalau di bulan Ramadhan, Aki rajin puasa. Dia mula berpuasa sejak darjah satu. Cuma sejak darjah empat sahaja puasanya penuh. Aki juga sudah berani bertadarus dengan kanak-kanak lain di malam-malam bulan Ramadhan sejak berada di darjah 4. Cuma niatnya lain sikit. Dia bertadarus untuk dapatkan duit poket.

Aki (kanan sekali) bersama keluarga bercuti di Singapura

Aki (kanan sekali) bersama keluarga bercuti di Singapura

Aki takut berenang. Masa mula-mula belajar berenang dia paling susah masuk dalam air. Puas dipujuk. Jurulatih renang, Hashim pun tak berjaya pujuk. Apabila abah paksa barulah Aki masuk air. Biasanya kanak-kanak lain boleh berenang cuma satu kursus sahaja (10 kali latihan). Tetapi Aki kena ambil tiga kursus pun masih belum pandai berenang. Ami juga cuba ajar aki berenang tetapi masih belum lagi memuaskan. Abah tak fikir Aki boleh berenang selepas darjah lima memandangkan tubuhnya mula tembam.

Aki (menelentang) cuba diangkat oleh Ami

Aki (menelentang) cuba diangkat oleh Ami

Hobi Aki yang ketara ialah main “playstation”. Jika dia main seorang, dia mahu menang. Kalau dia tahu dia akan kalah dia cepat-cepat tukar kepada “new game”. Jika dia bermain dua orang, dia tetap mahu menang walau pun dia hampir kalah. Biasanya dia akan bertengkar sebelum menutup “playstation”. Aki memang suka tengok kartun. Sehingga ke darjah lima, Kartun yang paling digemarinya ialah “SpongeBob SquarePants”. Dia akan ketawa terkekeh-kekeh dan kadang-kadang berguling-guling atas lantai. Abah pun tak pasti sama ada dia faham atau tidak sebab siri itu tiada sari kata bahasa Melayu di bawahnya. Tapi tengok gayanya macam dia faham sangat. Jika tak ada “SpongeBob” dia akan tengok “Tom and Jerry”.

Abah tidak nampak bakatnya dalam muzik. Aki juga jarang menyanyi kecuali dipaksa menyanyi oleh kakaknya.  Aku juga boleh main catur. Pernah menang bertanding peringkat sekolah.cSesekali dia dapat juga kalahkan abah, jika abah tertidur atau kalahkan abangnya jika abangnya terleka sedikit.

Sewaktu di sekolah rendah biasanya abah akan hantar Aki naik motorsikal. Bila sampai masa pulang Abah akan ambilnya dengan motorsikal atau kereta. Kadang-kadang mama ambil alih tugas abah. Tidak seperti Ami yang pernah menunggang basikal dari rumah ke sekolah, Aki malas tunggang basikal. Dia pernah minta beli basikal “mountain bike” tetapi basikal itu jarang ditunggangnya. Yang selalu guna basikal itu ialah Iti. Iti selalu tunggang basikal itu ke kelas tuition di Seksyen 23 dan ke kedai.

Masa kecil Aki memang tidak boleh simpan rahsia. Pernah satu ketika dia kemalangan motorsikal. Dia membonceng motorsikal yang ditunggang abangnya Ami. Sekali pun cedera, dia tidak mahu bercerita tentang kemalangan. Tetapi Mama pandai korek rahsia. Akhirnya Aki bercerita juga. Sehingga kini tanda kemalangan itu kekal di bahagian tangan kirinya.

Pada abah Aki mempunyai “life” zaman kanak-kanak yang lebih berbanding dengan abang dan kakaknya. Dia langsung tidak peduli fasal UPSR. Setiap kali periksa dia hanya berpuas hati jika ada beberapa orang lain yang mendapat markah lebih rendah darinya. Balik dari sekolah tangannya pantas membuka TV. Program yang ditontonnya hanyalah kartun, sekali pun siri yang sama telah ditontonnya beberapa kali.

Pak Cik Din dan isterinya iaitu jiran sebelah rumah, pernah beritahu abah, dia suka Aki. Malah kata Pak Cik Din, Aki ni unik sedikit. Baguslah kalau ada orang yang lebih tua suka pada Aki. Abah juga berharap Aki akan jadi orang yang berguna dan dikasihi masyarakat apabila dia besar kelak. Abah ingin ingatkan apa sahaja amalan baik yang akan Aki lakukan kenalah ikhlas. Jangan mengharapkan balasan. Allah akan beri balasan yang lebih besar di akhirat kelak. Itu janji Allah.

Aki sewaktu Darjah 6. Tapi sekarang (Tingkatan 3) mukanya penuh jerawat

Aki sewaktu Darjah 6. Tapi sekarang (Tingkatan 3) mukanya penuh jerawat

2 Responses to Ahmad Fakri

  1. Lakesha says:

    It’s going to be end of mine day, except before finish I am reading this enormous article to increase my experience.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s