Ahmad Fitri

iti2

Iti berusia usia 20 tahun

Fitri lahir di Hospital Mount Carmell, Pittsburg Kansas. Sijil

kelahirannya ada dua. Satu sijil kelahiran Amerika dan satu lagi sijil kelahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan Malaysia. Apabila emak memberitahu abah, dia mengandung yang ketiga, Abah, Emak, Ami dimasa itu diusia 3 tahun setengah dan Ana yang baru ketika itu lapan bulan berada di Pittsburg,USA. Sewaktu mengandung, Mama dan Iti sering di bawa ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Kadang-kadang pembantu klinik datang ke rumah. Seperti orang lain, anak-anak kecil, ibu mengndung dan bayi dalam kandungan diberikan kupon bagi membolehkan mereka mendapat makanan berkhasiat seperti keju, susu, air buah (jus) dan biskut rendam. Mungkin sebab itu waktu lahir, berat Iti lebih sedikit berbanding Ami, Ana, Aki dan Aca. Sewaktu mahu bersalin, Mama terasa terlalu sakit. Kata Mama, dia telah minta doktor ikhtiarkan supaya kurang sedikit rasa sakit tersebut. Doktor ada menasihatkan Mama, dia boleh beri suntikan (etidural) tetapi dia bimbang akan memberi kesan kepada IQ bayi. Mama memang sudah tidak tahan. Dia minta juga disuntik. Agaknya itulah sebabnya anak abah seorang ni, Iti, agak lembab sedikit fikirannya. Iti masa kecil khususnya semasa di Amerika tidak banyak menangis. Macam mana nak menangis, Mama ada di sisinya 24 jam. Iti juga banyak rasa susu Mama. Maklum mama tak kerja. Tapi bila dihantar ke nurseri UiTM dia paling teruk menangis sampai suaranya serak. Agaknya dia tidak biasa berpisah dengan Mama dan tidak suka tinggal di nurseri. Kulit Iti waktu kecil cerah. Kata Mama, Itilah seorang yang ikut kulit dia. Yang lain ikut abah. Mama juga kata ada beberapa perangai Iti yang ikut mama. Bila abah tanya perangai yang mana? Mama kata semua perangai Iti yang baik ikut Mama, tetapi perangai Iti yang nakal ikut Abah. Pada abah pula perwatakan Iti lebih mirip kepada Kiki. Ketinggian, senyuman dan kadang-kadang usikannya kepada adik-adik. Dalam ramai-ramai anak abah, Iti lah yang paling senang dijaga. Dia tidak suka didukung. Dia jarang dapat sakit dan lama juga suka minum susu. Iti juga suka buat hal dia. Tapi awas, jangan ada sesapa ambil permainannya. Dia akan marah. Dia suka dan sayangkan mainannya. Biasanya dia akan simpan di satu tempat rahsia tanpa diketahui oleh orang lain. Tetapi rahsianya terbuka juga. Adalah yang suka menyelongkar. Yang selalu kena marah ialah kakaknya sendiri, ana. Sehingga Iti berusia 6 tahun perangai Iti nampak baik sebab dia pendiam. Dia hanya mudah senyum. Melihatkan perwatakannya itu abah bercadang untuk jadikan Iti hafal Quran. Kata abah, kalau Iti hafal Quran, Iti boleh selamatkan 10 orang lain yang dah pasti masuk neraka. Iti kemudiannya abah hantar ke sekolah tahfiz. Tapi abah terpaksa berhentikan kerana sekolah itu akan ditutup. Selain itu jarak sekolah ke rumah jauh dan tak sesuai berulang alik ke rumah. Iti tidak masuk terus ke darjah satu. Dia terus ke darjah dua. Hal ini disebabkan sewaktu abah mahu daftar Iti untuk masuk darjah satu umurnya sudah lapan tahun. Sewaktu Iti berada di darjah enam, badannya naik tembam. Abah pernah mengadu kepada Atuk bimbang kalau Iti gemuk. Atuk kata tidak. Dari pengamatannya Iti tidak gemuk. Ami dan Ana selalu mengusiknya dengan memanggilmya sebagai “Dugong”. Sejak itu dia cuba kawal makanan sehinggalah ke tingkatan lima. Dia berjaya kuruskan badan sewaktu berada di tingkatan tiga. Iti berkhatan sewaktu berusia 10 tahun di Pusat Rawatan Islam Seksyen 19. Dr Fauzan yang menyunatkannya. Iti hebat. Dia tidak menangis atau menjerit-jerit. Sebelum sunat dia senyum. Lepas sunat pun dia masih senyum. Ami dan Iti berkhatan secara tradisional (tidak menggunakan clamp). Iti anak abah yang rajin solat. Alhamdulillah. Perangainya itu tidak memeningkan kepala abah. Kalau solat Jumaat, dia jarang sangat lewat ke masjid. Balik aja dari sekolah dia akan buru-buru ke masjid. Katanya dia mahu duduk di dewan solat. Begitu juga solat fardhu yang lima. Cuma solat yang lima ni dia kurang tepat. Kadang-kadang lambat, kadang-kadang terpaksa qadha. Abah harap Iti tetap jaga solat fardhu ini macam juga Iti jaga solat Jumaat. Bab puasa pula, abah memang tiada masalah dengan Iti. Dia rajin puasa dan tidak pernah curi makan waktu puasa. Iti juga penyabar berbanding adik beradik yang lain. Pelajaran Iti di sekolah abah kategorikan sebagai sederhana sahaja. Dia jarang menonjol dalam mana-mana mata pelajaran. Abah tidak kisah sangat asalkan dia jaga solat dan baca alQuran. AlQuran itu mukjizat. Membaca dan memahaminya banyak pahala dan hikmat yang tersembunyi. Bagi persediaan SPM Mama telah hantarnya ke kelas tuition di Seksyen 23. Sehingga tingkatan empat, Abah tak tahu apa hobi Iti. Abah sendiri ajar dia naik basikal dan kemudiannya motorsikal. Selepas pandai sikit Ami beri dia berlatih dengan motorsikal Ami. Sejak itu dia memang jadi sasaran Mama untuk pergi membeli barang-barang di kedai. Kalau tak ada motorsikal, dia akan naik basikal. Di sekolah menengah pernah abah paksa dia main rugbi, tapi kejap aja. Olahraga pun dia tidak minat. Kalau ada pun dia suka main badminton dan bola keranjang. Tapi kesian dia. Tiada siapa yang mahu temankan dia bermain. Iti juga abah hantar untuk belajar berenang. Berbanding Aki, Iti lebih cepat belajar berenang tetapi tidak secekap Ami. Semasa berada di tingkatan empat, barulah dia meminta supaya dibelikan gitar. Rupanya hobinya bermain gitar. Abah dan Mama memang tidak sangka hobinya gitu. Dia pun tidak pernah kedengaran menyanyi. Cuma abah bimbang hobinya itu muncul di saat-saat dia akan menghadapi peperiksaan SPM. Tidak banyak sedikit tentu menjejaskan tumpuannya kepada peperiksaan. Abah juga suka lihat gelagat Aki dan Aca menyanyi lagu “ketahuan” dan “Hujan” bersama dan Iti iringi nyanyian mereka dengan gitar. Menurut Mama, sehingga berada di tingkat lima Iti tidak pernah memburuk-burukkan abah di belakang abah. Walau pun kadang-kadang abah pukul Iti dia tidak buruk-burukkan abah. Lepas kena pukul dia diam aja. Entah sakit entah tidak. Macam tak ada apa-apa berlaku. Perangai Iti ini sangat baik. Walau pun ada ahli keluarga yang berperangai tidak baik, kita tidak boleh memburuk-buruknya di hadapan orang lain. Sejak kecil Iti tidak suka buka aurat. Jarang sangat nampak dia keluar bilik mandi pakai tuala mandi atau tak pakai baju. Masuk bilik mandi dia pakai baju dan seluar. Keluar bilik mandi pun dia sudah pakai baju dan seluar. Dia juga jarang sekali pakai seluar pendek. Satu lagi perangai Iti, dia tidak suka tidur di bilik Ami atau bilik Ana. Dia lebih suka tidur sendirian di ruang atas atau ruang bawah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s