Nurul Farhana

Picture 101Ana lahir pada 1 September 1991 jam 4.30 petang di hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang. Sewaktu Ana ditolak keluar dari wad bersalin ke wad bayi, dia pandang abah sampai berpusing kepalanya. Abah hairan sebab Ana yang baru lahir sudah boleh menggerakkan kepala. Ana kemudiannya abah qamatkan di wad bayi. Kemudian abah aqeqahkan di iTM. Selepas habis pantang, Abah dan Mama hantar Ana ke Nursery UiTM. Ana memang tidak gembira. Tetapi selepas kira- kira tujuh bulan lebih di nurseri, Ana keluar dari nurseri sebab ikut Abah, Mama dan Ami ke luar negara. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Los Angeles dan dari Los Angeles ke Dallas tiada masalah. Ami kelihatan seronok. Ana pula tidak meragam. Hanya sewaktu kapal terbang akan berlepas dari lapangan terbang Dallas ke Tulsa, Ana buat hal. Dia melepas pulak. Jadi kapal terbang yang hendak bergerak tertangguh sekejap menunggu Mama bereskan urusan peribadi Ana di tandas. Beberapa bulan tinggal di Amerika, Ana terkena penyakit demam yang kuat. Matanya terbeliak ke atas. Mama panik. Mama keseorangan di rumah dengan ditemani Aki. Abah pula sedang berada di kelas. Akhirnya Mama terpaksa hubungi Cikgu Hamidah Wook yang kemudiannya datang jadi “bomoh”. Alhamdulillah ana selamat selepas di bawa ke Hospital. Sewaktu di Amerika abah lihat ana cukup seronok dan riang. Dia suka main salji. Dia juga suka buat Reza, kawan baik Ami marah. Ini kerana Ana suka ganggu mereka berdua bermain. Kemudian selepas pulang dari luar negara, Ana masuk kembali ke nurseri UiTM. Masa itu dia sudah berusia empat tahun. Abah masih ingat sewaktu Ana akan tamat belajar di nurseri, Ana ikut bersama-sama kawan-kawannya menyanyi dan menari lagu “Itik Gembor Gembor”. Antara kawannya di nursery UiTM yang selalu bergaduh dengan dia ialah Fatin Amran. Pada peringkat awal, ana ke sekolah dengan menaiki motorsikal. Kemudian dia naik basikal. Sewaktu berbasikal dia pernah dikejar anjing. Dia lari lintang pukang dan masuk ke dalam longkang. Nasib baik ada jiran tetangga yang nampak kejadian itu dan menghalau anjing tersebut. Sejak itu abah hantar dia ke sekolah dengan motorsikal. Peliknya dia tidak mahu duduk membonceng tetapi suka letakkan kedua-dua kakinya terjuntai di sebelah motorsikal. Tahap pelajaran ana di sekolah abah kategorikan sebagai “baik” tetapi tidak cemerlang. Sewaktu di sekolah rendah Ana paling suka mata pelajaran agama Islam. Mata pelajaran lain dia tidak begitu menonjol. Abah juga masukkan ana belajar di sekolah agama rakyat (SAR). Di sekolah agama dia selalu dapat nombor satu atau dua dalam kelasnya. Ana juga pernah masuk acara sukan. Dia ambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti. Ana seorang anak yang sangat-sangat pemalu. Pernah satu ketika abah dan mama bawa anak-anak balik ke Kampung Jimah Baru. Ana tak mahu keluar dari kereta. Puas abah pujuk. Dia lebih suka duduk dalam kereta yang panas dan kurang udara. Nenek kemudian turun ke tanah pujuk Ana. Tapi ana masih berkeras. Kemudian Abah suruh Ami pujuk Ana. Akhirnya Ami berjaya pujuk Ana. Dalam banyak hal abah perhatikan Ana lebih rapat dengan Ami. Ana masuk terus duduk atas sudut sofa. Dia jatuhkan kain tudungnya sampai matanya tidak boleh dilihat. Proteslah tu. Ana tidak pernah buka aurat. Itu perangai ana yang sangat abah puji. Keluar sahaja dari pintu rumah, dia pasti bertudung. Ana rajin solat dan baca alQuran. Ana anak yang sangat sensitif. Pernah satu ketika abah rotan dia sebab dia tidak buat kerja rumah. Dia marah sungguh dengan abah. Lama dia tidak tegur abah. Sejak peristiwa itu Mama beri amaran pada abah. Dia tidak benarkan abah gunakan kaedah mendidik Ami kepada Ana. Mama kata, biar dia sendiri yang jaga solat dan pelajaran sekolahnya. Sewaktu ana berusia 11 tahun ana sangat berbakat menulis. Pantang ada buku tulis kosong, dia akan menulis. Tulis apa sahaja yang dia terfikir. Pernah juga abah nasihati dia supaya dia menulis buku cerita atau novel. Sewaktu berada di sekolah menengah, abah tengok ana tidak gembira. Abah faham, itu masalah dia dengan kawan-kawannya. Abah biarkan sebab perselisihan faham seperti itu adalah salah satu proses menuju ke arah kematangan/kedewasaan. Ana juga lebih baik spoken englishnya berbanding Fahmi. Cuma vocabulary ana tidak luas kerana ana tidak banyak membaca novel inggeris berbanding Ami. Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM, Mama masukkan ana ke kelas tuisyen Surya di Seksyen 23. Pada mulanya ana tak mahu pergi. Mama terpaksa tarik dia naik ke kelas. Alhamdulillah, hari-hari seterusnya anak kelihatan gembira belajar di kelas tuition. Sebaik selepas peperiksaan SPM ana lebih suka memerap di bilik. Setiap kali masuk bilik, dia akan kunci bilik dari dalam. Dia lebih suka berada di bilik sekalipun Mama panggil ajaknya keluar berkereta. Selepas dia masuk UiTM, perangai ana berubah 100%. Dari pemalu menjadi peramah dan selalu gembira. Ana juga sering beri nasihat dan motivasi pada adik-adik. Malah ana juga sudah berani membuat persembahan di atas pentas. Ana juga sudah nampak bakat dalam menulis lirik dan lagu. Meskipun begitu dia tidak berminat dengan alat-alat muzik. Ana juga mempunyai iq yg sangat tinggi di universiti. Alhamdulillah. Seperti anak-anak lain, abang tidak mengharapkan apa-apa perkara ajaib pada ana. Pada abah asal ana taat kepada Allah, taat kepada ibu bapa dan menjaga solat, alQuran dan maruah sudah cukup. Abah juga mengharapkan ana menjadi penyambung dan merapatkan silaturahim dengan semua anak-anak abah, sepupu anak-anak abah dan emak dan bapa saudara anak-anak abah semua. Abah tahu, walau pun ana nampak tegas dengan adik –adik tetapi ana penyayang.

Ana, Aki dan Aca di Putra Jaya

Ana, Aki dan Aca di Putra Jaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s