ANAK LINGGI

Ucapan Tan Sri Datuk Dr Mohamed Said Dalam Mesyuarat Waris-Waris Linggi Di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris, Linggi, Pada 29 September 1974.

Di samping mengalu-alu dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekelian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,  bulan yang mana insyaALlah akan memberi sempena kepada mesyuarat kita pada pagi ini, saya sangatlah berasa sukacita bercampur dengan perasaan terharu melihatkan anak-anak cucu Tok Awaluddin dan kakaknya Tok Serilah, yang begitu ramai dan bertaburan di seluruh Malaysia, telah datang ke mesyuarat ini dengan tujuan yang satu sahaja, iaitu hendak balik ke pangkal jalan setelah sesat di hujung jalan selama empat puluh dua tahun.

Apa yang dikatakan sesat itu bukanlah buatan kita sekelian waris-waris Linggi, malah berpunca daripada sistem berperut-perut berlandaskan  keturunan dari sebelah perempuan yang telah dipaksakan ke atas waris-waris Linggi oleh pihak yang berkuasa pada tahun 1932, dan telah berlarutan kuat kuasanya sehingga 9 September 1974, pada tarikh mana ALlah Yarham DATUK MUDA HAJI YAHYA BIN ABU  telah pulang ke rahmatullah.

(bersambung, jika ada masa)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s