Khasyf al-Ghamamah

Lampiran 1 : Transliterasi kitab Ittikaf Zawir al-Raghabat Bayan Karamat al-Aulia’ fi al-Hayat wa ba‘da al-Mamat atau Khasyf al-Ghamamah. Ammakhilafilkaramah.

بسم الله الرحمن ارحيم[1]

الحمد لله ا لذ ى حلى قلوب او ليا ئه بنو رالمعر فة والا يقا ن * وايدهم بانواع من الكراما ت لما لهم من شرف الا قتداء لسيد و لد عد نان*  والصلاة والسلا م  على من كا ن الى كا فة العا لمين رسولاومنزلا * عليه القر ان الذ ى ذكر ت فيه القصص وا خبا ركراما ت من لم يكن نبيا ولامرسلا* وعلى اله واصحا به ذوئ الفضا ئل والكراما ت*  وعلى تا بعيهم باحسان الى يوم تحشر فيه المخلو قات *  امابعد*

Maka lagi akan berkatalah hamba yang hakir lagi fakirnya.  Yang sangat berhajat kepada rahmah Tuhannya yang alim lagi khobir[2]nya. Oleh ketiadaan terkira daripada banyak dosanya dan maswi: Ahmad bin Mohd Said bin Jamaludin al-Lanaki  Al Melayui.  

غفرالله له ولوالد يه * واحسن اليهما واليه*

Inilah satu risalah yang kecil ditahrir akannya bagi memperikan karamah-karamah aulia ALlah Taala  

نفعنا الله تعالئ ببركا تهم وامدادهم امين

Dan keadaan tasrif mereka itu pada masa hayat mereka itu  dan kemudian daripada wafat mereka itu.  Dinamai akannya dengan “Itthiha fi zawirraghabati  bibayaannikaraa maatil auliyaai filhayaati wabakdalmamaat * atau Khasyf al-Ghamamah * Ammaqiilafilkaraamah. Dan melengkapilah ia atas satu mukadimah dan dua wasal  dan satu  khotimah.

جعلهاالله  خالصة لوجهه الكريم * وسببا للفوزبحبنا ت النعيم *

انه علئ ما يسا ء قدير وبالاجا بة جد ير*

 

Al-Muqaddimah[3]

Ketahui olehmu, bahawa sebab yang membawa akan hamba,  kepada mentahrir ini risalah ialah: (1) kerana permintaan setengah daripada ikhwan  hamba yang mulia;  dan (2) kerana barang yang telah memenuhi ia,  akan pendengaran daripada mengingkar  oleh setengah daripada manusia akan karamah-karamah aulia ALlah Taala khususa daripada mereka yang mubtadaq. Dan mereka yang tiada beragama dengan agama ALlah Taala. Maka dengan barang yang ditahrir akannya.  Mudah-mudahan hasillah insyaaALlah Taala petunjuk bagi siapa-siapa yang mentaufik akannya oleh ALlah bagi jalan yang sebenar. 

Dan telah disebut pada hadis akan persabdaan Nabi s.a.w. hal keadaan memperhadap ia akannya bagi saidina Ali bin Abi Talib r.a. karammALlahuwajha.

لا ن يهد ي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمرالنعم

Sesungguhnya mempertunjuk oleh ALlah Taala denganmu akan seorang laki-laki terlebih baik bagimu daripada yang merah  binatang-binatang niam  dan lain-lain lagi daripada barang yang seumpamanya.  Wabillahi taufiq.

 

“Al- Wassul Awwal”

Pada memperikan karamah-karamah aulia ALlah Taala

امين  نفعنا الله بهم”

pada masa hayat mereka itu. Maka padanya beberapa fasal. “Fasal yang pertama”, pada  mengisbat  akannya.

Ketahui olehmu bermula karamah-karamah aulia ALlah Taala sebenar pada sisi Ahlul SunnahWal Jamaah.  Bersalahan bagi Muktazilah dan mereka yang muafakat akan mereka itu.  Dan haruslah jatuhnya pada akal dan telah hasillah ia pada naqal.  Adapun[4]  harusnya pada akal,  maka bahawa tiada mustahil ia pada kuasa ALlah Taala. Bahkan ia daripada jihah  perkara-perkara yang memungkin seumpama zahir mukjizat nabi-nabi solallatullah wassalam alaihim. Inilah mazhab Ahlul Sunah Wal Jamaah daripada mashaih yang arifin dan  nuzzaari usuliyin dan fuqaha  dan muhadisin r.a. ajmaiin dan  karangan-karangan mereka itu. Bertuturlah ia dengan yang  demikian pada Masyrik dan Maghrib,  dan  Arab dan Ajam.   Dan perkataan al-Imam Fakharuddin ar-Razi bahawa al- Ustaz abi- Ishaq al –Safara’ni  telah mengingkar   ia akannya ditolak akannya dengan bahawa  ha sa mengingkar ia daripadanya akan barang yang adalah ia mukjizat bagi nabi-nabi. Seumpama menghidupkan mereka yang mati. Supaya tiada bercampurlah karamah dengan mukjizat.

Dan telah mensalah akannya oleh al-Imam an-Nawawi seumpama Ibnus Salih. Dengan bahawa tiada adalah pada karamah-karamah mereka itu melintangi bagi nubuah  kerana bahawa aulia ha sa dikurnia akannya akan yang demikian dengan berkat mengikutnya bagi Nabi s.a.w. Maka tiadalah zahir hakikat karamah-karamah atasnya, melainkan apabila adalah ia menyeru bagi mengikut akan Nabi s.a.w. Lagi berlepas  ia daripada tiap-tiap bidaah dan cenderung daripada perjalanan Nabi s.a.w. Dengan berkat mengikut akannya s.a.w. mengkuat akannya oleh ALlah Taala dengan malaikatnya dan roh daripadanya dan mencampak ia pada hatinya daripada nur-nurnya. 

Wal hasil bahawa karamah-karamah wali setengah daripada mukjizat-mukjizat nabi. Tetapi kerana kebesaran mengikutnya baginya menzahir oleh ALlah Taala akan setengah daripada barang yang tertentu dengan nabi atas tangan warisnya.  Dan mereka yang mengikut akannya pada sekalian pergerakannya dan   perdiamannya.[5]  Maka wajiblah atas tiap-tiap mukalaf  bahawa  beriktikad  ia akan kebenaran demikian itu.  Adapun dalilnya pada akal maka bahawa ia perkara yang memungkin pada dirinya.  Lagi patut bagi melengkapi kudrat bagi mengadakannya kerana bergantungnya dengan tiap-tiap memungkin  pada mengadakan dan meniadakan atas persetujuan iradat.  Dan tiadalah ia daripada yang mustahil-mustahil kerana tiada dilazim daripada mentakdir akan jatuhnya mustahil pada akal.  Maka tertentulah bahawa ia daripada memungkin yang tiada mustahil akannya oleh akal.  Dan tiap-tiap yang memungkin tiada waridlah dengan ketiadaan jatuhnya oleh naqal.  Maka haruslah bahawa memulia oleh ALlah Taala dengannya akan wali-walinya.  Dan yang mengingkarkan bagi barang yang bergantung dengannya oleh kudrat.  Mengingkar ia bagi kudrat atau mentsabit melemahkan atau mentarjih salah satu  daripada dua.  Tapi memungkin dengan ketiadaan yang mentarjihkan.  Dan sekalian ini mustahil atas kudrat ALlah Taala yang maha tinggi.

Dan tiadalah makna bagi karamah melainkan bahawa ALlah s.w.t. memperlihat ia akan waninya atas hakikat segala perkara.  Dan ini masuk ia di bawah kehendak ALlah Taala wajiblah bersifat ia dengannya kerana ia yang menjadi baginya. Maka betapakah mustahil adanya hal keadaan ia satu bekas daripada segala bekas kudratnya.  Dan seumpama tiada makna baginya karamah melainkan barang yang tersebut.  Maka demikian juga tiadalah makna bagi mukjizat melainkan bahawa ALlah Taala memperkashap ia dengannya akan nabinya.  Dan memperlihat ia akannya akan ghaibnya.  Dan ia subhanahu wataala Tuhan yang memperbuat lagi memilihi.  Maka seumpama bahawa mukjizat tiadalah mustahil ia.  Maka begitu jugalah karamah.  Maka daripada sini bolehlah terjadi bahawa mengingkari akan   karamah[6]  membawa akannya oleh mengingkari akan mukjizat.  Dan adapun jatuhnya pada naqal maka lagi akan datang kenyataannya  pada fasal yang kemudian. WALlahua’lam.

Fasal Yang Ke-Dua

Kemudian daripada  telah diketahui bahawa karamah- karamah auliya ALlah Taala sebenar  illalkhir. Maka hendaklah diketahui bahawa telah tsabit  ia dengan penglihatan dan    nas    dan tawatir  dan ijmak  pada sekalian Ahlu-Sunnah bersalahan bagi   Muktazilah  seperti  telah lalu.  Maka beriman dengannya wajib dengan ketiadaan khilaf. Seperti        telah   meSah      atasnya oleh al-Imam al’Azim Abu Hanifah al-Ni’mat bin   Tsabit     r.a.  pada kitabnya yang dikenal dengan “al-Feqah al- Akbar”.   Dan pada kitabnya yang dinamai dengan       ا لسو اد الا عظم     Dan di atas yang demikian telah   mentahrij   oleh yang mempunya kitab “iddatul mufti” akan masalah yang amat besar.  Dan berkata ia. Jikalau bahawa seorang laki laki   di masyrik  mewakili ia akan seorang wakil bahawa mengkahwin ia akannya akan seorang perempuan di Maghrib. Maka memperbuat oleh wakil akan yang demikian. Kemudian bahawa perempuan itu mengandung ia.  Maka tatkala lalu masa mengandung memperanak ia akan seorang anak.  Maka adakah  dihubung  nasab anak dengan suami yang tersebut  hal keadaan ia di Maghrib. 

Maka berkata al-Imam Abu Hanifah.    Dihubung  akan nasabnya dengan suami itu.  Dan berlakulah antara keduanya     kepesakaan   kerana benar nasab.  Dan mengambil dalil ia atas yang demikian dengan  harus bahawa adalah suami yang tersebut daripada auliya.  Dan berpindah ia kepadanya dengan karamah   kerana[7]  bahawa dunia langkahan mereka yang beriman.  Dan tiadalah aku berkata dengan bahawa ia anak zina.  Berkata ia dan telah bermuafakat akannya atas yang demikian oleh al- Imam Malik dan al- Imam Shafie dan Imam Ahmad bin Hambal rodiyALlahuanhu ajmain. Dan menyalahi akannya pada yang demikian oleh Muktazilah alaihim   minALlah hi ma yastakhikuun.       Kerana bahawa mereka itu tiada mempercayai ia mereka itu dengan karamah – karamah auliya.  Dan membenar oleh mereka itu dengannya   intaha       perkataan sohibuliddah.     Dan tiap tiap barang yang harus ia bagi nabi – nabi daripada mukjizat – mukjizat, harus bagi wali – wali umpamanya daripada karamah – karamah.  Dengan syarat ketiadaan dakwa risalah.  Maka iaitu kaul yang sahih yang ditahkik akannya lagi yang dipilihi pada sisi kebanyakan imam – imam yang muhakkikin daripada ahlu sunah.  Bahkan karamah itu mukjizat bagi rasul yang zahirlah ia atas tangan seorang daripada umatnya.  Kerana bahawa  tsabitlah dengan demikian itu karamah bahawa ia wali bagi ALlah Taala. 

Dan tiadalah seorang wali ia, melainkan adalah ia sebenar pada agamanya.  Mengakui dengan risalah rasulnya, menjunjung ia bagi segala suruhannya, menjauh ia bagi segala larangannya.  Hingga jikalau mendakwa oleh demikian itu wali akan berasing dengan dirinya dan ketiadaan mengikut bukanlah ia wali.  Dan tiada zahirlah atas tangannya satu karamah pun dan makna karamah kemuliaan ALlah Taala akan walinya dengannya dengan sekira -kira mengikut dan bagi nabinya dengan   as-solah.           Maka nabi itu yang mempunya akannya dan wali tempat zahirnya.  Maka pada perkataan dengan syarat ketiadaan  dakwa risalah perbezaan di antara mukjizat dan    karamah[8]  kerana bahawa mukjizat wajiblah atas rasul.  Bahawa mendakwa ia akan risalah dengannya.  Maka dituntut menzahir akannya pada sisi mengingkar  atasnya pada dakwa risalah.

Dan karamah tiadalah ia  berserta bagi dakwa.  Bahkan dikatakan wajiblah atas wali jika memboleh akannya oleh ALlah Taala daripadanya.   Bahawa janganlah menzahir ia akannya.  Maka apabila menzahir akannya oleh ALlah Taala atas dua tangannya pada tatkala mengingkar  oleh seorang atasnya pada perjalanannya nescaya adalah demikian terpaksa daripadanya.  Supaya tiada dikurang akan makamnya dan dicarik akan kehormatannya. Maka daripada sini sahlah barang yang telah diriwayat daripada guru – guru yang besar- besar.  Bahawa barang yang ada ia daripada mukjizat –  mukjizat yang tsabit ia bagi nabi- nabi jatuhlah daripada jenisnya karamah daripada karamah- karamah wali. 

Dan mensaksi baginya barang yang jatuh ia bagi    al – Allaq bin al-Hadarami.  Daripada menyeberangnya akan laut dengan tenteranya seperti lagi akan datang citranya.  Maka iaitu daripada jihah barang yang jatuh ia bagi Saidina Musa alaihissalam.  Daripada menyeberangnya akan laut dengan Bani Israil.  Dan barang yang tawatir ia daripada                                                        القطب الشر يف العلو ى Sidi Ahmad al-Baduwi r.a. Bahawa ALlah Taala telah menghidup ia akan mereka yang mati atas tangannya karamah baginya.  Maka iaitu daripada jihah  barang yang jatuh ia bagi Saidina Isa alaihissalam. Dan kerana ini    mulkap      oleh mereka itu akannya rodiyollahuanhu dengan    عيسو ى المقام          Dan barang yang jatuh ia bagi Sidi ِAhmad  ar-Rafai r.a  daripada pencubaan sultan masanya kepadanya.[9]  Dengan mencampak akannya ke dalam api.  Maka mesejahtera akannya oleh ALlah Taala daripadanya.  Dan tiada membakar ia akannya. 

Maka iaitu daripada jihah barang yang jatuh ia bagi  al Khalil    Saidina Ibrahim a.s  Ketika melepas akannya oleh ALlah Taala daripada api   Namrud.       Ketika mencampak ia akannya ke dalamnya.  Dan demikian juga barang yang tawatir  ia daripada ulamak al azim ibni Hanifah rodiyollahuanhu bahawasanya berdoa ia akan ALlah Taala pada satu hari.  Maka menurun ia atasnya akan makanan daripada langit.  Maka memakan ia.  Dan mereka yang bersertanya daripadanya.  Maka iaitu daripada jihah barang yang jatuh ia bagi Saidina Isa alaihissalam.  Ketika berdoa ia akan ALlah Taala.  Maka menurun ia atasnya akan satu dulang daripada langit seperti barang yang telah menkhabar oleh taala dengannya pada kitabnya yang mulia.  Dan lain lain lagi daripada beberapa karamah yang telah hasil bagi beberapa wali atas bandingan barang yang telah jatuh ia bagi beberapa Nabi alaihim solah wassalam.  WALlahu a’lam.      

Fasal Yang Ketiga

Ketahui olehmu telah jatuhlah beberapa karamah dengan naqal. Maka setengah daripadanya barang yang telah warid ia pada Quran yang mulia daripada barang yang mengkhabar oleh ALlah Taala daripada Saiditina Maryam binti Imran r.a pada firmannya[10]:

 

Tiap-tiap[11]  kali masuklah Saidina Zakaria akan mihrab, mendapatlah ia pada sisinya akan rezeki. Bersabdalah ia: Hai Maryam daripada manalah bagimu ini. Berkata ia. Dia daripada sisi ALlah Taala. Bahawa ALlah merezeki ia akan mereka yang menghendaki ia dengan ketiadaan hisab. Dan pada memperanaknya akan Sayidina Isa a.s. daripada ketiadaan suami  hal keadaan ia anak dara. Dan pada peraturan Nabi Isa a.s. dengan kelepasan ibunya daripada barang   yang menyangka oleh mereka itu akan dia dengannya. Dan pada firmannya bagi Saiditina Maryam[12] :

 

Dan goncang olehmu kepada mu akan dahan khurma, nescaya menggugur ia atasmu akan buah ratib yang masak. Dan adalah yang demikian pada bukan masanya. Seperti berkata akannya oleh ahli tafsir.

Dan barang yang jatuh daripada perkara-perkara yang mengherankan atas tangan Sayidina al-Khidir a.s. Yang adalah ia bukan nabi atas yang ditahkik akannya pada sisi ulama rahimahu taala.  Serta Nabi  ALlah Musa a.s.. daripada mencabut ia akan satu papan daripada bahtera yang telah berkendera keduanya. Di dalamnya hal keadaan adalah ia di tengah lautan. Dan tiada karam ia. Dan maka sifat di atas hal ghulom yang telah membunuh ia akannya. Dan  perbendaharaan yang adalah ia bagi dua anak yatim. Dan barang yang hasil ia pada kisah  as – Shabul Kahfi r.a. Dan beberapa yang mehiran- mehiran yang telah zahir ia daripada perkataan anjing serta mereka itu.

Dan barang yang hasil ia bagi Zulkarnain raja yang sangat adil.    Seorang[13] daripada yang empat atau yang lima daripada raja-raja dunia. Dan memperboleh oleh ALlah Taala baginya akan barang yang tiada memperboleh ia akannya bagi yang lainnya. 

Dan barang yang jatuh ia bagi  Asif  bin Barkhiya  Menteri Besar bagi Nabi ALlah Sulaiman a.s. Ketika memindah ia akan arash Balqis daripada penghabisan Negeri Yaman kepada penghabisan Negeri Syam dahulu daripada kembali kekerlipan mata Nabi ALlah Sulaiman a.s.

Dan demikian juga barang yang jatuh ia bagi Juraij   rahib daripada Ubbad Bani Israil. Tatkala bertutur akannya oleh kanak-kanak yang baharu diperanak akannya pada harinya. Dan berkata ia baginya: Hai kanak-kanak, siapakah bapamu. Maka berkatalah.  Ia si folan gembala.  Telah warid ia  pada hadis yang sahih lagi masyor di dalam  Sahih al Bukhori dan Sahih Muslim.

Dan demikian juga barang yang jatuh bagi  اصحاب الغار  Mereka yang tiga yang  telah masuk pada satu gua[14].  Dan tertutup atas mereka itu oleh satu batu yang sangat besar. Maka terbukalah demikian itu batu daripada mereka itu. Dan keluarlah mereka itu hal keadaan berjalan mereka itu. Telah diriwayat akan ini pada hadis yang sahih yang diitfak  atas sahnya lagi mashor disebut akannya pada shahihin.

Maka sekalian yang tersebut mereka yang telah menzahir oleh ALlah Taala atas tangan mereka itu akan karamah-karamah lain daripada Sayidina al-Khidir a.s.  Tiadalah mereka itu nabi-nabi dengan  itfak dan yakin.

Dan setengah daripadanya barang yang jatuh ia bagi al-A’la bin al- Hadarmi.[15]   Tatkala menghantar akannya oleh Rasullullah s.a.w. pada satu   tentera[16]    yang ramai kepada Bahrin.  Maka melintang akannya oleh satu sungai yang amat besar. Dan tiadalah perahu padanya yang akan menyeberang.  Oleh mereka itu akan dia dengannya. Maka berdirilah al-A’la. Dan mengambil wudhuk ia. Dan sembahyang ia akan dua rakaat. Dan berkata ia akan:

حليم يا عليم يا علي يا عظيم ا جز نايا

Kemudian mengambil ia dengan tali kudanya. Dan berkata ia “Bismillah seberangi oleh kamu”. Dan adalah sertanya Sayidina Abu Hurairah r.a. Maka berkata ia. “Maka berjalanlah kami atas air. Maka demi ALlah tiada basahlah daripada kami satu kaki. Dan tapak kaki binatang. Dan barang yang warid  ia pada hadis yang sahih.  Yang  diitfak atas sahnya  yang disebut pada sahihin. 

Pada kisah Sayidina Abu Bakar  As-Siddiq r.a. wa rakamahu wajha.   Berserta dhaifnya yang telah berkatalah ia. Demi ALlah.  Tiada adalah kami mengambil daripada satu suap melainkan bertambah ia daripada bawahnya.  Hal keadaan terlebih banyak ia daripadanya. Maka makanlah mereka itu hingga kenyanglah mereka itu. Dan jadilah ia terlebih banyak daripada barang yang ada ia dahulu daripada itu. Maka menilik kepadanya oleh Sayidina Abu Bakar r.a[17]. Dan berkata ia bagi isterinya. Hai Ukhti bani Firas, apakah ini. Berkata ia.    Tiada demi sejuk mata hambamu. Sungguhnya ia sekarang ini terlebih banyak daripadanya dahulu daripada itu dengan tiga kali. Dan barang  yang warid ia pada hadis yang sahih.  Yang diitfak atas sahnya lagi dikeluar akannya pada sahihin.

Telah bersabdalah Rasullullah s.a.w.:

لق كان فيمن قبلكم من الا مم محد ثو ن فان يك في امتي ا حد منهم فا نه عمر

Sungguhnya[18]  adalah pada mereka yang dahulu – dahulu daripada umat-umat  mereka yang diilham  akan mereka itu.  Maka jika adalah pada umatku seorang daripada mereka itu maka bahawasanya Umar.

Dan barang yang sah ia lagi mashor disebut akannya pada sahihin. Dan lain daripada keduanya.  Lagi diiktifak atas sahnya pada cerita lembu betina[19] yang telah membeban atasnya oleh yang mempunyanya. Atau berkendara ia akannya atas bersalahan riwayat. Maka berpaling ia kepadanya.  Dan bertutur ia akannya. Dan berkata ia.  Bahawa aku tiada dijadi akan daku kerana ini. Dan tetapi dijadi akan daku bagi bertanggala. Maka berkatalah manusia. Subhanalla.  Kerana hairan dan terkejut.  Adakah lembu betina bertutur ia. Maka bersabda Rasulullah s.a.w. Maka bahawa hamba,  beriman hamba dengan yang demikian,  hamba dan Abu Bakar dan Umar. 

Dan barang yang sah daripada Saidina Umar r.a. Ketika melihat ia.   Hal keadaan ia berkhutbah di atas mimbar masjid Madinah pada hari Jumaat.   Akan seteru bersembunyi ia  pada jalan Syariah.  Dan ia berjalan dengan satu angkatan tentera. Yang telah menghantar ia akan dia dengannya kepada menakluki negeri Sham. Dan kata Aqil kepada Masir. Maka menyeru ia akannya. Hai Syariah, bukit- bukit. Maka mendengar akan suaranya oleh Syariah.  Dan beringatlah ia daripada seterunya pada satu tempat daripada bukit  pada itu ketika.  Maka pada ini tiga karamah baginya.  R.a melihatnya akan seteru daripada ini perjalanan yang amat jauh hal keadaan ia bersembunyi.  Dan melihatnya bagi Syariah  hal keadaan ia berjalan  pada[20]  jalan persembunyian seteru dan menyerunya r.a. baginya dengan mempaling akannya daripada berjalannya kepada bukit. Supaya mengambil ia akan peringatan daripada seribu seterunya.  Serta memperdengarnya suaranya daripada demikian itu perjalanan yang mustahillah pada adat.  Bahawa ada dengarkan daripadanya akan  suara halilintar yang membelahi bumi. 

Dan lain-lain daripada beberapa karamah yang tiada terkira banyaknya. Dan lemahlah kami daripada mendatang akannya di sini. Maka barang siapa menghendaki lebih.  Maka hendaklah kembali   ia kepada kitab-kitab ulama yang dikarang.  Pada ketentuan ini perkara yang adalah setengah daripadanya kitab  “Raudhal Riyahiim”  bagi qatib waktunya al-a’rifbillah al-Imam al-Yafa’I as-Shahir dan kitab ________ dan kitab ______ satu kitab yang terlebih menghimpun bagi yang demikian karangan setengah daripada guru bagi guru-guru kami iaitu al-ulamak as-Sheikh Yusuf bin Ismail _____yang mempunyai beberapa karangan yang banyak lagi yang indah-indah ____ amin.  WALlahua’lam.

Fasal Yang KeEmpat

Ketahui olehmu  adapun  karamah-karamah  yang telah jatuh.  Maka adalah ia pada masa yang kemudian daripada sahabat-sahabat ان الله عليهمرضو  Terlebih banyak  daripada barang yang jatuh ia pada masa mereka itu. Maka telah berkatalah Imam Ahmad bin Hanbal.  Tatkala   dikata[21]  baginya: Hai  Abi Abdullah.  Bahawa sa sahabat tiadalah diriwayat daripada mereka itu daripada karamah-karamah.  Seumpama barang yang telah diriwayat daripada wali-wali dan mereka yang salih. Maka betapakah ini. “Bermula mereka itu adalah iman mereka itu kuat. Maka tiadalah berhajat mereka itu kepada menambahkan suatu yang boleh berkuat mereka itu dengannya. Dan  yang lainnya daripada mereka itu.  Adalah iman mereka itu lemah.  Tiada menyampai ia akan iman mereka itu. Maka dikuat akan mereka itu,  dengan menzahir akan karamah-karamah bagi mereka itu   dan pada ini makna.  Berkatalah setengah mereka itu pada karamah-karamah Saidatina Maryam binti Imran.  Adalah pada permulaannya dikenalkan kepadanya dengan mencarik adat-adat.   Dengan ketiadaan sebab kerana mana kuat bagi imannya dan menyempurna bagi yakinnya. Maka adalah ia tiap-tiap kali masuk atasnya oleh Nabi ALlah Zakaria akan mihrab, mendapat ia pada sisinya akan rezeki. Maka tatkala kuatlah imannya dan sempurnalah yakinnya dikembali akannya kepada sebab dikatakan baginya

وهزىاليك الاية

Dan berkata sheikh at Tarikah

ؤلسا ن الحقيقة الام العارف با لله الشهاب السهروردي رضي الله عنه

dan mencarik akan adat ha sa dikashapkan dengannya bagi tempat kelemahan yakin mereka yang mengkashap rahmat daripada ALlah Taala bagi segala hambanya yang beribadat lagi pahala yang disegera bagi mereka itu. Dan di atas mereka itu satu kaum yang terangkatlah dinding-dinding daripada hati mereka itu. Dan menyerata akan bathin mereka itu oleh roh al yakin dan Saraf al Makrifah. Maka tiadalah hajat bagi mereka itu kepada bantuan daripada yang mencarik  dan[22]  melihat akan kuasa dan tanda-tanda. Dan kerana ini makna tiadalah ditinggalkan daripada sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. akan yang banyak daripada  yang   demikian melainkan sedikit.

Dan di naqal daripada mereka yang kemudian  daripada mashaih. Dan sadiqin terlebih banyak daripada demikian itu kerana bahawa sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. oleh berkat persertaan Nabi s.a.w. Dan berhampiran turun wahyu. Dan berulang-ulang malaikat dan turun mereka itu bercahayalah bathin-bathin mereka itu. Dan melihat mereka itu akan akhirat. Dan zahid mereka itu pada dunia.  Dan bersihlah diri-diri  mereka itu. Dan tercabutlah adat-adat mereka itu.  Dan teranglah cuaca syak-syak hati mereka itu. Maka terkayalah mereka itu dengan barang yang diberi akan mereka itu daripada melihat akan karamah.  Dan menerangi cahaya-cahaya kuasa. 

Dan barang siapa sampai ia daripada kekuatan yakin akan ini kesampaian,  nescaya melihat ia pada memperlakukan alam hikmah akan barang yang  melihat oleh yang lainnya daripada kuasa.  Dan melihat ia akan kuasa itu tersembunyi ia.  Bahkan nyatalah ia daripada tabir hikmah.  Maka jikalau sunyilah baginya oleh kuasa dan terbukalah baginya oleh barang yang pelik-pelik. Dan mereka yang mempelik bagi kuasa kuatlah yakinnya dengannya kerana bahawa ia didinding akannya dengan hikmah daripada kuasa berkata ia. 

Dan terkadang adalah bagi wali-wali berbagi-bagi daripada karamah.  Seumpama mendengar akan suara yang tiada dilihat akan mereka yang bersuara.  Akannya daripada huak dan seru daripada batin mereka itu.  Dan dilipatkan bagi mereka itu    akan[23] bumi.  Dan terkadang tertukarlah bagi mereka itu oleh benda-benda.  Dan terkadang terbukalah bagi mereka itu oleh barang yang pada dhamir.  Dan mengetahui mereka itu akan setengah daripada barang yang jatuh sebelum terjadinya.  Daripada berkat mengikut mereka itu akan rasulullah s.a.w. Maka yang terlebih sempurna manusia pada bahagian daripada persertaan dan berhampiran dan kehambaan ialah yang terlebih sempurna mereka itu pada bahagian daripada mengikutnya s.a.w. : 

Telah berfirman ALlah Taala[24]

 

kata olehmu Ya Muhammad.  Jika adalah kamu kasih kamu akan ALlah,  maka hendaklah mengikut oleh kamu akan daku.  Nescaya mengasihi akan kamu oleh ALlah Taala. Berkata ia.  Dan karamah-karamah wali-wali daripada kesempurnaan mukjizat Nabi-Nabi dan tiap-tiap Rasul.  Adalah baginya beberapa mereka yang mengikut zahirlah bagi mereka  itu beberapa karamah.  Dan yang mencarik bagi adat inilah setengah daripada perkataannya r.a.

Dan berkatalah al-ustaz al Imam Abu  Qassim al Qashiri r.a. Dan tiap-tiap nabi zahirlah karamahnya atas seorang daripada umatnya.  Maka  iaitu dibilang akannya daripada jumlah mukjizatnya berkata ia kemudian. Bermula ini karamah terkadang kadang adalah ia memperkenan akan doa.  Dan terkadang-kadang adalah ia menzahir akan makanan pada masa kesukaran daripada ketiadaan sebab yang zahir.  Atau hasil air pada masa kedahagaan. Atau dipermudahkan  memotong satu perjalanan di dalam masa yang sedikit. Atau adalah ia melepaskan daripada seteru.  Atau mendengar akan pertuturan daripada hatif.  Atau lain daripada yang demikian daripada segala macam perbuatan-perbuatan   yang[25]  membatalkan   bagi adat intiha.  Dan tiadalah dikata bahawa berserupalah karamah-karamah dengan sihir.  Kerana bahawa sihir zahir ia atas tangan mereka yang fasik-fasik dan yang zindik-zindik dan yang kafir-kafir.   Yang adalah mereka itu atas ketiadaan berpegang dengan hukum-hukum Syara’ dan mengikut akan perjalanan Nabi s.a.w. Dan ada pun wali-wali maka mereka itulah yang telah sampai mereka itu pada mengikut akan perjalanan Nabi s.a.w. dan hukum-hukum   agama dan adat-adatnya akan darjah yang tinggi.  Seumpama inilah telah berkata oleh mashaih yang ariffun  dan ulamak yang muhakkakun, rahimALlahu Taala Amin. ALlahua’lam.

Fasal Yang Kelima

Ketahui olehmu tiada sayogialah bagi tiap-tiap mereka yang berakal bahawa mengingkar  ia akan barang yang jatuh ia bagi aulia ALlah Taala daripada karamah-karamah. Dan memperlihat atas setengah daripada yang ghaib-ghaib dan mengkhabarkan dengannya. Kerana bahawa nafsu wali terkadang-kadang bernafsu ia dengannya pada alam malakut. Dengan sekira kuat persediaan dan hilang yang menegahkan.  Dan dalil atas harus karamah dan ketiadaan jauhnya atas aulia ALlah. 

Bahawa ALlah s.w.t. telah menjadi ia akan alam sekaliannya khadam bagi anak-anak Adam.  Sekaliannya mukmin mereka itu,  dan yang kafir mereka itu,  yang taat daripada mereka itu,  dan yang ngasi daripada mereka itu. Dan memboleh ia akan mereka itu daripada memerintah dan mentaat ia bagi mereka itu, akan binatang-binatangnya dan tumbuhannya dan air-airnya dan pohon-pohon kayunya dan awannya dan hujan-hujannya  Hal[26]  keadaan mereka itu bagi yang lainnya beribadat mereka itu dan dengannya kafir mereka itu.  Maka betapakah tiada mengkurnia ia akan yang demikian bagi wali-walinya yang solih dan ahli khadiratnya yang mukarrabin. 

Dan ialah Tuhan yang memperbuat bagi tiap-tiap suatu dan ia atas tiap-tiap suatu amat berkuasa.  Dan tiada jatuhlah mengingkar akan karamah melainkan daripada mereka yang mubtadak dan yang mulhid pada agama.  Dan tiadalah pelik kerana mereka itu diharam akan mereka itu memperlihat akan suatu daripadanya daripada diri mereka itu dan guru-guru mereka itu.  Dan telah berpegang mereka itu bagi menginkar akannya dengan beberapa sebab yang tiada betul dan hujah-hujah yang tiada boleh dipakai.  Setengah daripadanya bahawa berkata mereka itu jikalau haruslah karamah nescaya berkesamaran ia dengan mukjizat.  Dan tiadalah tinggal bagi mukjizat dalil atas tsabit nubuah

Dan ditolak akan ini  perkataan dengan  ada pancar ini antara keduanya.  Dan iaitu berserta mukjizat dengan dakwa kerasulan bersalahan karamah. Dan setengah daripadanya perkataan mereka itu bahawa karamah jikalau harus menzahir akannya atas seorang solih nescaya haruslah menzahir akannya atas solih yang lain.  Dan banyaklah ia dengan banyak wali-wali.  Dan keluarlah ia daripada keadaannya yang mencarikkan.  Dan jadilah ia adat.  Maka tiadalah tinggal zahir yang mencarikkan menunjuki atas nubuah dan dilipatkan akan hamparannya. 

Maka dijawab akannya bahawa banyak ia tiadalah menafi ia akan sedikitnya dengan dibangsakan kepada adat yang berlaku lagi yang berkekalan dan zahir yang mencarikkan tiadalah mencedera ia   dengan[27]  maqam nabi-nabi alaihissolatu wassalam. Bahkan ia daripada barang yang menambah ia pada kebesaran mereka itu.  Dan kegemaran pada mengikut akan mereka itu daripada sekira-kira mencapailah oleh umat-umat mereka itu akan ini martabat dengan sebab mengikut akan mereka itu.  Dan mengambil pertunjuk dengan pertunjukan mereka itu.  Dan kemuliaan yang mengikut menunjuk ia atas kemuliaan mereka yang diikut.  Dan ini ahtamal kuatlah ia berserta wali-wali umat-umat yang dahulu-dahulu berserta nabi-nabi mereka itu.  Dan adapun wali-wali ini amat maka perbahasan  pada mereka itu gugur ia kerana kenabian disudahi akannya dengan dibangkitkan nabi s.a.w. Dan sejahteralah ia daripada kesamaran. 

Dan adapun sebab yang membawa kepada mengingkar akan wali-wali dan karamah-karamah mereka itu ha sa adalah ia pada keghalifan daripada jasad.  Dan tandanya bahawa mereka yang zahirlah ia daripada mereka itu tak dapat tiada bahawa zahirlah ia dengan pekurnian-pekurnian tuhan.  Dan yang mencarik-carik akan adat dan nafsu-nafsu mereka yang jahil bencilah ia daripada bahawa adalah bagi seorang atas mereka itu martabat.  Dan ketentuan dan terkadang adalah sebab pada yang demikian oleh kelampauan jahil dan  memerintah kelalaian atas hati kerana bahawa mereka yang jahil dengan suatu ialah seteru baginya.  Dan kerana ini adalah yang binasa dengan mereka itu terlebih banyak daripada yang sejahtera. 

Dan telah berlaku adat ALlah Taala pada segala khuwas hamba-hambanya  bahawa memperbiar ia atas mereka itu akan makhluk pada permulaan pekerjaan mereka itu supaya diangkat akan martabat mereka itu dan zahirlah segala rahsia mereka itu   dan[28]  sempurnalah segala  cahaya mereka itu dan besebenarlah meranya nya pada mereka itu. Dan supaya disakiti akan mereka itu seumpama disakiti akan mereka yang dahulu daripada mereka itu. Dan supaya tiada mempercampuri oleh mereka itu akan  makhluk dengan iktikad dan cenderung mereka itu kepada mereka itu dengan persandaraan. Dan jikalau tidalah demikian itu nescaya cenderunglah hati mereka itu kepada kasih pengetuan dan pangkat dan iaitu dinding yang amat besar daripada ALlah Taala. 

Maka jikalau adalah kesemua manusia atas membenar akan wali-wali kesempurnaan pada hak mereka itu, nescaya adalah nabi-nabi terlebih utama dengan yang demikian.  Dan telah sah daripadanya s.a.w. bahawa bersabda ia:

ﺍﺷﺪﺍﻟﻧﺎﺲﺑﻟﻼﺀﺍﻻﻧﺑﻴﺎﺀﭤﻢﺍﻟﻌﻠﻣﺎﺀﭤﻢﺍﻻﻣﭤﻝﻓﺎﻻﻣﭤﻝ

yang terlebih bersangatan pada bala’ ialah nabi-nabi kemudian mereka yang alim kemudian yang amsal dan yang amsal dan bersabda ia:

ﻣﺎﺃﻮﺫﻱﺍﺤﺪﻣﺛﻝﻣﺎﺍﻮﺫﯿﺖ

tiadalah disakiti akan seorang umpama barang yang disakiti akan daku dan bersabda ia:

ﺭﺤﻡﷲﺃﺨﻲﻣﻮﺳﻰﻟﻗﺪﺃﻮﺫﻱﺑﺎﮐﺛﺭﻣﻦﮬﺎﺫﺍﻓﺻﺑﺭ

marhamah oleh ALlah akan saudara ku Musa sesungguhnya telah disakiti akannya dengan barang yang terlebih banyak daripada ini maka sabar ia. WALlahua’lam.

“Fasal Yang Ke Enam”

Ketahui olehmu telah terbahagilah manusia pada mengingkar akan karamah-karamah kepada beberapa bahagian.  Maka setengah daripada mereka itu mereka yang mengingkar ia akan karamah-karamah wali-wali semata-mata.  Dan mereka ahli mazhab yang diketahui akannya lagi tiada   ditaufik[29]  akan mereka itu bagi beriman dengan yang demikian.  Dan setengah daripada mereka itu mereka yang mendustai dengan karamah-karamah wali-wali yang ada pada masanya.  Dan membenar ia dengan karamah-karamah wali-wali yang tiadalah mereka itu pada masanya.  Seperti Makruf al-Khurhi dan Sohil al-Tastari  dan Sidi al-Junid al- Baghdadi   dan  umpama mereka itu r.a.

Maka mereka itu seperti barang yang telah berkata oleh   al-sheikh abu al-Hassan al- Syadzali.  Demi ALlah tiadalah mereka itu melainkan banu Israil percaya oleh mereka itu dengan Musa dan  mendusta mereka itu dengan Muhammad s.a.w. kerana bahawa mereka itu mendapat oleh mereka itu akan masanya.  Dan setengah daripada mereka itu mereka yang membenar ia dengan bahawa bagi ALlah Taala beberapa wali bagi mereka itu karamah-karamah dan tetapi tiada membenar ia dengan seorang yang tertentu daripada ahli masanya.  Maka mereka itu دحرمان    akan mereka itu kerana bahawa mereka yang tiada metaslim ia bagi seorang yang tertentu tiadalah berinfak  ia dengan seorang pun daripada mereka itu:

نسال الله التوفيق وحسن الخا تمة في عا فية لنا ولوالدينا ولمشائخنا

 ولامة محمد صلئ الله عليه وسلم اجمعين

Dan telah ditanya akan setengah daripada ulama yang besar daripada karamah-karamah wali.  Maka berkata ia. Dan siapakah mengingkar ia akan ini jika adalah engkau tiada mengetahui engkau daripada ini akan suatu dan tiada difaham engkau akannya. Maka kembalilah engkau kepada bahawa ALlah s.w.t.  memperbuat ia akan barang yang menghendaki ia dan menghukum ia     akan[30]  barang yang berkehendak ia.

Dan demikian juga telah terbahagilah manusia pada wali-wali kepada yang beriktikad dan yang bertutur dan yang membenar dan yang mendusta.  Maka barang siapa menghendaki oleh ALlah Taala dengannya akan kebajikan menjadi ia akannya daripada mereka yang membenar bagi wali-walinya pada barang yang mendatang oleh mereka itu dengannya. Dan jika lemahlah akalnya daripada mendapat akan yang demikian maka daripada manalah mendapat ia.  Bahawa tiada mengkurnia oleh ALlah Taala bagi wali-walinya melainkan barang yang meluas akannya oleh akal-akal hamba tetapi membenar dengan mereka itu tiada adalah ia melainkan dengan pembukaan seperti ini.  Berkata akannya oleh Al-Junaid Saidusoufiah dan lain-lainnya.  Dan berkata Ibnu Atta ALlah bermula masdaq demikian itu firmanya taala:[31]

 

Dan barang siapa tiada  menjadi oleh ALlah Taala baginya akan cahaya maka tiadalah baginya daripada cahaya dan ha sa membenarkan dengan ilmu-ilmu mereka itu dan rahsia-rahsia mereka itu oleh mereka yang telah menghendaki oleh ALlah Taala bahawa memperhubung ia akannya dengan mereka itu. Dan barang siapa menghendaki oleh ALlah Taala dengannya akan kejahatan menjadi ia akannya daripada mereka yang mendusta bagi mereka itu. Dan kerana ini berkatalah Abu Taraah an-Nahshab apabila membiasa oleh hati akan berpaling daripada ALlah nescaya memperserta akannya oleh mencerca pada aulia ALlah. Dan telah menghendaki oleh hikmah Tuhan jalshaanah akan ketiadaan bersepakatan manusia atas membenarkan wali-wali   bahkan[32]  terbahagilah manusia padanya seperti barang yang telah mendahului oleh kami. Dan kerana beberapa perkara yang lain-lain lagi setengah daripadanya. 

Bahawasa ALlah Taala jikalau menjadi ia akan manusia kesemuanya tunduklah  mereka itu kepadanya nescaya ditakuti atasnya akan fitnah kerana bahawa ia bukan maksum.  Dan fitnah dengan tunduk segala manusia bagi hamba terlebih besar daripada fitnah dengan melawan mereka itu atasnya.  Maka adalah pada yang demikian faedah yang kembali ia atasnya.  Dan setengah daripadanya bahawa mereka itu jikalau adalah mereka itu membenarkan baginya nescaya meluput akannya oleh sabar atas mendusta mereka yang mendusta.  Dan jikalau adalah mereka itu kesemuanya mendusta baginya nescaya meluput akannya oleh Shakar atas membenar mereka yang membenar baginya.  Maka menghendaki oleh ALlah s.w.t. bahawa mengampun ia baginya antara dua maqam Shakar dan sabar supaya beribadat ia akan ALlah dengan sabar atas  mereka yang mendusta ia akannya dan dengan Shakar atas mereka yang membenar ia akannya.  WALlahua’lam.

“Al Wassalsanii”

Pada meisbatkan karamah wali kemudian daripada wafat.  Maka melengkapilah ia di atas memperikan hakikat mati. Dan kelakuan-kelakuan roh pada Barzah. Dan barang yang bagi wali-wali padanya. Dan pada keadaan karamah pada hakikatnya mukjizat bagi Nabi Muhammad s.a.w. pada masa hayatnya.  Dan kemudian daripada wafatnya pada masa hidup   segala[33]  wali-wali.  Dan kemudian daripada wafat mereka itu. Dan pada keadaan mukjizat Nabi s.a.w. tiada putuslah ia dengan wafat . Dan bahawa karamah wali-wali setengah daripadanya maka tiadalah  jalan kepada perkataan   dengan terputusnya. Dan setengah daripada barang yang telah jatuh daripadanya maka padanya beberapa fasal.

“Fasal Yang Pertama”

Ketahui olehmu, bahawa mereka yang telah mengetahui ia akan hakikat mati, tiadalah membeza ia,  antara tasarruf wali dahulu daripada wafatnya, atau kemudiannya. Dan bahawa mati itu,  pada sisi ahlul hak, ialah berpindah roh daripada satu negeri, kepada satu negeri. Kerana bahawa bagi roh itu empat kelakuan. Satu kelakuan, dahulu daripada ada segala jisim,  seperti telah datang dengannya oleh khabar kemudian. Satu kelakuan masa ada segala jisim, hal keadaan bersepaki ia dengannya, dan dinama akannya dengan Alhayatutdunia. Kemudian satu kelakuan mencerai ia bagi jisim, dan terputuslah tasarrufnya,  dan dinamakannya barzah. Kemudian satu kelakuan kembalinya kepada segala jisim, dan dinama akannya bangkit dan alhayatulakhirat. 

Dan iaitu kemudian daripada mencerainya bagi jisim tinggal ia atas barang yang ada ia daripada pengetahuan, atau jahil, atau bersih, atau kotor, atau hampir, atau jauh. Inilah barang yang itfak atasnya oleh ahlul hak.   Serta itfak mereka itu atas bahawa roh kemudian daripada mencerainya bagi jisim, tiada fanalah ia dengan fananya.  Dan telah mensaksi oleh Quran dan hadis dengan bahawa segala roh mereka yang berbahagia dan yang celaka hidup ia. Dan bahawa   mereka[34]  itu dinikmat akan mereka, atau diazab akan mereka itu.

Dan telah memberi ketahui oleh naqal pada sisi kebanyakan as-Sadatussaufiah ahlul Rohhazzahirrah az-Zakiyyah dengan ada tasarruf setengah mereka hal keadaan ia telah diwafatkan.  Seumpama adalah ia bertasarruf ia hal keadaan ia hidup dan tiadalah pada akal barang yang mempaling ia akannya.  Maka wajiblah ketika itu menerima akannya dan ashkal itu ha sa adalah ia atas mazhab mereka yang berkata ia dengan bahawa mati itu idam semata-mata.  Dan bahawa roh itu fana ia dengan fana jisim.  Dan yang demikian daripada barang yang menjalan kepadanya oleh jumhur muktazilah.   Dan mereka yang mengikut-mengikut ia akan mereka itu daripada ahli-ahli yang cenderung daripada jalan-jalan yang sebenar.  Dan yang sebenar itu ialah yang terlebih hak bahawa diikut akannya.  Bahkan telah berkata ulamak yang muhakkakun bahawa tasarrufwali kemudian daripada mati terlebih sempurna daripadanya pada ketika hidup.  Maka bahawa ia pada ketika hidup seperti pedang di dalam sarungnya. Maka apabila mati ia dicabut akannya daripada sarungnya.

Dan tiadalah hidup syarat pada tasarruf wali dan jawab saidus Sheikhzaruk alwali bagi gurunya Sidi Abi AlAbbas Ahmad bin Uqabah al Hadrimi barang yang menunjuk ia bagi yang demikian dan nasnya.  Berkatalah ia telah berkatalah bagiku oleh Sidi Ahmad bin Uqbah alhadrimi pada satu hari adakah bantuan meraka yang hidup terlebih kuat atau bantuan mereka yang mati. Maka berkataku.  Bahawa mereka itu,  berkata mereka itu akan bantuan mereka yang hidup.  Dan hamba berkata.  Bahawasanya mereka yang mati. Maka berkata ia “ia” yakni sebenar kerana   bahawa[35]  ia pada hamparan al-hak.  

Dan lagi telah menyebut oleh al-Arab al Muhakkak  as-Sheikh Ismail Haki pada tafsirnya

 “Roh al-Bayan”  pada surah “an-Naziat”    pada sisi firmanya taala:[36]

 

Akan barang yang nasnya apabila adalah tadbir pada tangan roh dan ia pada ini tempat.  Maka demikian juga apabila berpindah ia daripadanya kepada barzah.  Bahkan ia kemudian  daripada mencerainya akan badan terlebih memberi bekas dan tadbir kerana bahawa jasad hijabpada setengah ketika.  Tidaklah engkau lihat bahawa matahari terlebih bersangatan membakarkan apabila tiada mendinding  akannya oleh  awan.  Atau umpamanya.    Dan pula bermula tasarruf itu pada hakikat ha sa ia bagi ALlah taala dan tiadalah ia masuk di bawah usaha hamba dan ikhtiarnya.  Bahkan memulia ia dengannya akan mereka yang menghendaki ia daripada segala hambanya dengan ikhtiar hamba dan dengan ketiadaan ikhtiarnya dengan mengetahuinya dan dengan ketiadaan mengetahuinya pada masa hidupnya dan kemudian daripada matinya.  Maka tiadalah mustahil pada yang demikian daripada sekira-sekira adalah ia daripada pergantungan-pergantungan kudrat yang maha tinggi.  Dan tiadalah hidup syarat pada mengadakan segala perbuatan ALlah Taala.  Dan tiadalah makna bagi tasarruf melainkan bahawa ALlah s.w.t. memulai  ia akan hambanya yang mukmin dan segala badan pada dunia ialah mezahir-zahir segala roh dan hukum pada alam barzah bagi segala roh tiada bagi segala jasad atas sebalikkan dunia dan segala roh tinggal ia dan yang terputus dengan mati ha sa ialah takhlifdengan segala amal bukan segala amal dan karamah ha sa ialah bunga segala amal yang salih dan tasrif daripada jumlah   karamah-karamah[37]  dan segala karamah dengan sekalian baginya ialah mukjizat bagi Nabi s.a.w. Dan mukjizatnya  tiadalah putus ia dengan wafat dan segala wali bermula mazahar-mazahar karamah-karamah mereka itu ialah dengan segala roh dan jasad mereka itu pada masa hidup mereka itu dan dengan roh-roh mereka itu kemudian daripada wafat mereka itu.  WALlahua’lam.

 “Fasal Yang Kedua”

Kemudian daripada sudah diketahui bahawa tasrif  itu daripada jumlah karamah-karamah illalkhir. Maka hendaklah diketahui bahawa perkataan yang sebenar yang diitfak atasnya.  Bahawa tiada adalah ia bagi sekelian wali bersamaan adalah ia pada masa hidup atau kemudian daripada wafat.  Bahkan tasrif yang sempurna tiada adalah ia. Melainkan bagi yang sempurna-sempurna daripada aulia ALlah Taala dan ah ____ Maka mereka itu berlebih kurang pada kuat  tasrif dengan kekuatan segala kelakuan dan darjat dan martabat dan atas sekira-sekira minuman mereka itu.  Dan berlebih kurang apabila adalah ia tsabit bagi  martabat-mertabat nabi-nabi.  Yang adalah martabat-mertabat mereka itu setinggi-tinggi kesempurnaan yang dibangsakan kepada manusia.  Maka mereka yang di bawah mereka itu daripada martabat terlebih utama dan tahkik demikian itu.  Bahawa tiap-tiap martabat daripada martabat-mertabat yang tsabit ia bagi wali-wali baginya dua taraf permulaan dan kesudahan.  Maka barang siapa sampai ia kepada tepi permulaan daripada mana-mana martabat adalah dibilang akannya daripada ahlinya.  Dan  tinggALlah berlebih kurang antara mereka itu dengan sekira-kira persediaan dan kesempurnaan    dan[38]  perdahuluan dan persungguhan. Dan dalil demikian itu martabat mereka yang mati syahid baginya kesudahan dan iaitu bahawa dibunuh akannya pada jalan ALlah antara hadapan Rasullullah s.a.w. Telah berfirman ALlah Taala:[39]

 

Tiadalah bersamaan daripada kamu mereka yang bernafakah ia dahulu daripada menakluki Mekah.  Dan berperang ia mereka itulah yang terlebih besar darjat daripada mereka yang bernafakah mereka itu kemudian daripada itu.  Dan berperang mereka itu dan akan tiap-tiap  menjanji oleh ALlah Taala akan syurga.  Dan ALlah Taala dengan barang yang kamu beramal amat mengetahui.  Dan serendah-rendah darjat mati syahid ialah barang yang mentsabit akannya oleh Rasullullah s.a.w. bagi satu bilangan daripada mereka yang mati.  Seumpama yang mati terbakar dan yang karam dan yang terkena himpap dan yang mabtun dan lain daripada mereka itu.  Dan diqiaskan atas martabat-mertabat shahadah akan yang lainnya daripada martabat-mertabat. WALlahua’lam.

“Fasal Yang Ke-Tiga”

Ketahui olehmu bahawa karamah-karamah tiadalah masuk ia di bawah usaha hamba dan ikhtiarnya.  Hingga boleh dikata bahawa terputus ia dengan mati seorang.  Maka perkataan dengan ketiadaan harusnya kemudian daripada mati ialah mentarjih  bagi salah satu daripada dua taraf perkara yang memakan dengan ketiadaan yang mentarjihkan   bahkan[40]  ia memperlemahkan bagi kuasa Tuhan.  Dan tiada dikata bahawa hidup syarat pada jatuhnya seperti telah lalu kerana kami berkata bahawa ini tiada  boleh ia melainkan  apabila adalah ia dengan usaha hamba dan ikhtiar nya dan ini karamah daripada kejadian ALlah Taala tiada berhenti memperadakannya atas hidup mereka yang dimulia akan dia dengannya. 

Dan lagi bermula mereka yang dimulia akannya dengan karamah pada hakikat ialah roh.  Dan roh kekALlah ia Maka tiadalah jalan pada hakikat kepada terputus pada karamahnya.  Dan tiada dikata  bahawa jatuhnya bergantung dengan ada muzahir . Kerana kami berkata bahawa assal muzahir ada dan iaitu roh dan yang asal bahawa roh ialah yang dimuliakan dengannya.  Dan roh kekal ia pada alam barzah tiadalah  teradam ia dengan ketiadaan jasad.  Dan alam barzah jika berkatalah kami bahawa tertariklah atasnya oleh hukum di dunia pada membanyakkan daripada pahala dan menambah balasan balasan seumpama adalah ia mazhab ulama yang muhakkikin.  

Maka tiadalah  jalan pada mengingkar  akan karamah kemudian daripada mati kerana ia  bunga amal yang solih dan cawangan mukjizat.  Dan telah dilihat akan beberapa yang banyak daripada wali-wali sembahyang ia di dalam kuburnya dan membaca ia akan Quran.  Dan jika berkata kami bahawa tertariklah atasnya oleh hukum-hukum akhirat maka iaitu tempat bagi bahawa memulia oleh ALlah taala akan wali-walinya padanya. Dan karamah pada hakikat ialah mukjizat bagi Nabi s.a.w. pada masa hayatnya dan kemudian wafatnya,  pada masa hayat wali-wali dan kemudian daripada wafat mereka itu dan  apabila[41]  adalah mukzijatnya s.a.w. kekal tiada putus ia dengan mati. Dan adalah karamah-karamah aulia ALlah daripadanya.

Maka tiadalah jalan kepada berkata dengan terputusnya dengan mati. Dan telah tetap bahawa perbantuan roh wali-wali ialah daripada hakikat Muhammadiah. Dan bahawa wali-wali  mereka itulah mazhar segala cahaya nubuah dan matlak segala penceraannya.  Maka cahaya segala wali-wali lazim tetapnya oleh lazim berkekalan segala cahaya nubuah dan apabila tsabit perkekalan segala cahaya nubuah kemudian daripada wafat nabi –Nabi a.s. Tsabit lah perkekalan cahaya segala wali-wali kemudian daripada wafat mereka itu kerana mereka itu tempat zahir segala cahaya mereka itu dan menzahir bagi demikian itu cahaya-cahaya ialah segala roh. 

Maka jika adalah ia seperti yang demikian nescaya tiadalah khosusih bagi zahir karamah dengan hidup wali-wali dan seumpama bahawa tempat bantuan roh segala wali-wali daripada hakikat Muhammadiah demikian jugalah roh segala Nabi-Nabi adalah tempat bantuannya daripada hakikat Muhammadiah s.a.w. Maka sekalian nabi-nabi dan wali-wali  dibangsa akan mereka itu kepadanya.  Dan memohon oleh mereka itu akan pembantuan daripada hakikatnya dan nurnya. Maka tiadalah di sana satu karamah dan tanda dan yang mencarik bagi adat melainkan  ia  pada hakikat baginya s.a.w.  Dan telah infaklah perkataan aulia ALlah Taala atas bahawa perbantuan yangn aluwi dan amali kesemuanya daripada s.a.w. Maka ialah rasul yang mutlak bagi mereka yang terdahulu dan mereka yang terkemudian. Maka rasul-rasul yang dahulu daripadanya.   Mereka[42]  itulah naib-naibnya dan wali-wali yang kemudian daripadanya mereka itulah khalifah-khalifahnya.  Maka ianya s.a.w. akasir  kebahagiaan.  Maka tiap-tiap mereka yang bahagia pada ini alam.  Maka kebahagiannya dengan wafatah berkatanya s.a.w. Dan tiap-tiap mereka yang dihampir daripada ALlah taala maka hampirnya atas sekira-kira perbantuannya daripadanya. Maka barang siapa  hasillah baginya meminum daripada demikian itu maka tiadalah ia melainkan dengan madad yang batin daripadanya s.a.w. atas sekira kira makamnya yang ditakdirkan baginya pada azalli pada yang dahulu daripada ilmunya.

Maka hakikat Muhamadiah seumpama matahari dan hati -hati wali-wali seperti bulan bulan dan bulan ha sa zahirlah cahayanya dengan zahir cahaya matahari padanya dan berbetulannya baginya.  Maka matahari berkekalanlah adahal keadaan menerangi pada malam dan siang kerana zahir cahayanya pada bulan yang mengambil daripadanya.  Maka tiadalah gurup baginya pada mana-mana waktu pun maka di atas ini wajiblah berkekalan cahaya-cahaya wali-wali dengan berkekalan cahaya Rasulullah s.a.w. pada mereka itu.  Maka ia yang zahir dengan mereka itu dan yang batin pada mereka itu.  Maka tiap-tiap kebajikan sedikit ia atau pun banyak.  Maka daripada hasilnya dan dengan tolaahnya zahirlah ia:

جعلنا الله واحبا بنا من اهل حضرته واذاقنا من شراب محبته اميب

 

 

Fasal yang keempat                                                                                                 

Ketahui[43]  olehmu  telah jatuhlah beberapa karamah bagi wali-wali kemudian daripada wafat mereka itu. Dan telah tsabitlah ia pada tiap-tiap negeri.  Dan masa atas sekira-kira sampailah ia akan had tawatir yang tiada seyogialah mengingkar akannya. Setengah daripadanya  barang yang jatuh ia pada hayatnya s.a.w. bagi Ashim bin Tsabit bin ibnu al-Falah[44] seorang daripada sahabatnya yang mashor ketika dibunuh akannya.  Dan mengkhendakilah Hudzail[45] mengambil akan kepalanya supaya menjual oleh mereka itu akannya kepada Sullafah binti Sa’ad bin Shahbah di Mekah.  Dan adalah ia ketika memperkenal ia yakni membunuh ia akan bapanya pada perang Uhud bernazar ia.  Demi jika kuasa ia atas kepala Ashim sesungguhnya lagi akan meminum ia didalam tempurung kepalanya akan arak.  Maka menegah akannya oleh jantan-jantan[46] lebah.  Maka berkata mereka itu.  Biarkan oleh kamu akannya hingga berpetang-petang ia.  Maka pergi ia daripadanya dan mengambillah kami akannya.  Maka membangkit oleh ALlah Taala akan wadi[47].  Maka membawa ia akan Asim dan pergi ia dengannya.  Dan adalah Asim telah memberi ia akan ALlah Taala akan perjanjian bahawa tiada menyentuh ia akan seorang musyrik pun dan tiada menyentuh akannya oleh seorang musyrik selama-lama pada masa hayatnya.  Dan adalah Saidina Umar r.a. berkata ia,  memelihara oleh ALlah Taala  akan hamba yang mukmin. Adalah Asim bernazar ia bahawa jangan menyentuh ia akan seorang musyrik.  Dan jangan menyentuh akannya oleh seorang musyrik selama-lama  pada masa hayatnya.  Maka menegah akannya oleh ALlah    Taala[48] kemudian daripada wafatnya seumpama tertegah ia pada masa hayatnya.  Dan ketika dikhabarkan Nabi s.a.w. dengan yang demikian bersabdalah ia. Telah pergi ia dengannya kepada syurga.  Atau bersabda ia.  Telah pergi dengannya oleh siilkepada syurga. 

Dan setengah daripadanya barang yang mengkhabar dengannya oleh Nabi s.a.w. daripada bergoncang Arash pada hari meninggal Said bin Muaz.  Dan  hadir tujuh puluh ribu daripada malaikat akan jenazahnya[49].  Dan barang yang memilih akannya oleh ulamak yang muhakkakum.  Bahawa bergoncang Arash itu sebenarnya atas hakikat kerana kesukaan dengan ketibaan  Saidina Said.  Dan kerana  memberi tahu bagi malaikat dengan kelebihannya.  Dan wafatnya atas bahawa Ibnu Ishak dan lainnya menyebut oleh mereka itu bahawa Saidina Said adalah ia bertubuh badannya.  Dan ketika ditanggung akannya tiadalah mendapat oleh mereka itu baginya akan keberatan.  Maka sembah mereka itu.  Ya Rasullullah bahawa kami tiadalah kami mendapat baginya akan keberatan.  Maka bersabda ia bahawa baginya beberapa yang menangung.  Dan pada satu riwayat bahawa malaikat menanggung mereka itu akannya[50]

Dan setengah daripadanya barang yang meriwayat akannya oleh Said Annisaburi r.a daripada an-Nikman bin Bashir r.a. berkata ia.  Telah diwafatkan Asamah bin Zaid r.a. Maka adalah manusia meniti mereka itu akan Saidina Usman r.a. supaya memsembahyang ia atasnya berkata ia.  Maka berdirilah aku kerana menghendaki aku akan sembahyang dua rakaat.  Maka berdirilah ia dan membuka ia akan kain daripada mukanya hal keadaan kaum[51] yakni mereka yang hadir bercakap-cakap mereka itu. Maka berkata ia assalamualaikum.   Maka berkata aku SubhanALlah.  Maka berkata ia.  Diamlah kamu. Bermula Muhammad pesuruh ALlah telah membenarlah Abu Bakar As Sidiq mereka yang lemah pada jasadnya yang kuat pada suruh ALlah adalah yang demikian pada sekelian kitab ditulis akannya dan seumpama ini قديه

Telah jatuhlah ia bagi Tsabit bin Qias bin Shamas r.a  Dan adalah ia setengah daripada mereka yang dibunuh akannya pada perang Yamamah.  Berkatalah  Ubaidillah bin Ubaidillah Ansari[52]    r.a. adalah aku pada jumlah mereka yang mengkebumi akan Tsabit bin Qias r.a. Maka mendengar oleh ku akan dia ketika memasukkan aku akannya akan kubur hal keadaan berkata ia.  Bermula Muhammad pesuruh ALlah.  Telah membenarlah oleh Abu Bakar As Sidik.  Bermula Umar mereka yang syahid.  Bermula Osman mereka yang berbakti lagi yang berkasihan belas.  Seumpama inilah pada kitab “al- Syifa’”  dan lainnya. 

Dan pada “Ihya Ulumuddin” pada cerita Ar Rabik bin Harraj daripada saudaranya.  Dan adalah ia daripada  sebesar-besar tabiin  dan iaitu daripada mereka yang bertutur ia kemudian daripada mati.  Berkata ia. Tatkala matilah saudaraku ditutup akannya dengan  kainnya.  Dan meletak oleh kami akannya atas akan jenazahnya.  Maka membukanya akan kain daripada mukanya.  Dan bangunlah ia hal keadaan duduk ia.  Dan berkata ia.  Bahawa hamba telah berjumpa hamba akan Tuhan hamba azzawajalla.  Maka mendatang ia akan hamba dengan roh dan  raihan.  Dan ia daripada hamba tiadalah memurka  dan bahawa hamba telah  melihat oleh   hamba[53] akan perkara itu tiadalah ia seperti barang yang kamu sangka.  Maka janganlah terpedaya kamu.  Dan  bahawa Muhammad s.a.w. dan sekelian sahabatnya menanti mereka itu akan hamba hingga hamba kembali kepada mereka itu.  Berkata ia.  Kemudian mencampak ia akan dirinya  seolah-olahnya satu anak batu telah jatuh ia ke dalam satu batil.  Maka menanggung oleh kami akan dia.  Dan mengkebumi kami akannya اه  dan pada  الاستيعاب dan lainnya daripada Saidina abi Hurairah r.a. berkata ia.  Telah  keluarlah kami berserta al-Alla’ bin Hadharmi ketika keluar ia kepada Bahrin berkata ia.  Maka di antara kami berjalan pada perjalanan kami tiba-tiba dahagalah manusia.  Maka  mengkhabar oleh mereka itu akannya.  Maka berkata ia adakah pada sisi tuan-tuan daripada air sampai hamba mengambil  wudhu dengannya.  Maka didatang akannya dengan air yang sedikit.  Maka mengambil wudhuk ia dan sembahyang ia  akan dua rakaat.  Kemudian berdoa ia dan berkata ia:

ﯾﺎﻋﻠﻲﯾﺎﻋﻆﯾﻢﯾﺎﺤﮑﯾﻢﯾﺎﻋﻠﯾﻢﯾﺎﺤﻠﯾﻢﺍﻏﺛﻧﺎﻭﺍﺴﻘﻧﺎ

Maka tiba-tiba kami dengan satu awan.  Kemudian menuang ia yakni akan air hujan dan minumlah kami dan minumlah segala sahabatnya.  Dan memberi minum oleh mereka itu akan binatang-binatang mereka itu.  Berkata ia.  Kemudian  sampailah kami kepada satu teluk.  Maka mencari ia akan perahu supaya menyerang kami kepada seteru kami.  Maka tiadalah kuasa ia atasnya.  Maka mengambil wudhuk ia.  Kemudian sembahyang ia.  Dan berdoa ia dengan doanya yang mula-mula.  Kemudian berkata ia.  Hendaklah mengambil oleh kamu dengan kepala binatang-binatang kamu.  Maka mengambillah oleh kami. Kemudian berjalanlah  kami[54] atas laut dan melalui oleh  kami akannya.  Dan tiada  melampau oleh air-air akan kaki-kaki binatang. Dan tiadalah melihat oleh kami akan demikian itu laut dahulu daripada hari itu.

Berkata ia. Kemudian bahawa al-alla’ sakit ia.  Maka melayan oleh kami akan sakitnya. Kemudian mati ia. Maka tiadalah kami mendapat akan air sampai kami  memandi akan dia dengannya. Maka naiklah satu awan seperti sayap   burung dan menghujan ia. Dan memandi oleh kami akan dia. Dan menanam oleh kami akannya. Dan menghendakilah kami  akan kembali. Maka tiba-tiba seorang lelaki. Dan berkata ia. Bahawa ini bumi mencampak ia akan mereka  yang ditanam akan dia padanya daripada si mati.  Maka berkatalah setengah mereka itu bagi setengah. Demi ALlah janganlah kita pergi hal keadaan meninggal oleh kita akan taulan  kita di dalam sia-sia daripada bumi. Maka menggali oleh kami akan kuburnya.  Maka jadilah ia tiap-tiap menggali oleh kami atasnya hilanglah ia daripada kami sehingga gaiblah ia daripada pemandangan-pemandangan kami. Dan penuhlah kubur  pada cahaya yang  melindung ia akannya daripada kami.  Maka tiadalah kami mengetahui kami apakah daripada perkara-perkaranya yang terlebih pelik. Adakah pada laut atau pada awan. Atau pada kuburnya. Dan setengah darinya lagi barang yang zahir ia daripada cahaya atas kubur  النجا شى r.a. Dan iaitu mula-mula mereka yang zahirlah cahaya atas kuburnya daripada ini umat.

Dan inilah bilangan karamah-karamah yang telah jatuh ia bagi sahabat  dan tabiin  kemudian daripada wafat mereka itu.   Yang [55]  telah datanglah ia dengan  asnad-asnad yang sahih daripada mereka yang dipercayai hampirlah ia bahawa diperhubungkannya dengan  perkara-perkara yang dharori.  Dan kitab-kitab ulama penuhlah ia dengan berlakunya atas wali-wali kemudian daripada wafat mereka itu pada tiap-tiap negeri dan pada tiap-tiap masa yang telah  lalu. Dan kurun-kurun yang dahulu-dahulu hingga semasa ini.  Maka tiadalah jalan kepada mengingkar  akannya.  WALlahua’lam.

Fasal Yang Kelima

Telah menukil yang mempunya kitab  “Badiuzzahar fi Waqaiddahar.” Daripada al-Allamah bin al-Jauzi r.a. Bahawa Saidina al-Khidir a.s. adalah ia menghadiri akan majlis fekah bagi al-Imam abu Hanifah r.a. pada tiap-tiap hari kemudian daripada sembahyang subuh.  Hal keadaan mempelajari ia daripadanya akan ilmu syariat. Maka tatkala diwafatkannya memohon ia akan Tuhannya azzawajjala bahawa mengembali ia kepadanya akan rohnya di dalam kuburnya hingga sempurnalah baginya ilmu syariat.  Maka adalah ia mendatang pada tiap-tiap hari seperti kebiasaannya. Hal keadaan mendengar ia daripadanya akan beberapa masalah syariat daripada dalam kubur. Dan berkekalan ia atas demikian itu selama lima belas tahun hingga menyempurna ia atasnya akan ilmu syariat kemudian daripada wafatnya. 

Dan telah menyebut oleh Sidi Abdul Wahab as- Sya’rani r.a. di dalam  طبقاتن   nya pada sisi perkataan terjemah Sidi Shamsuddin al-Hanafi r.a. Bahawa berkata ia.  Pada sakit matinya barang siapa ada baginya satu hajat maka hendaklah mendatang ia kepada kubur ku.  Dan meminta[56]  ia akan hajatnya.  Nescaya aku menunai  akan dia baginya.  Maka ha sa antaraku dan antaranya sehasta daripada tanah.  Dan tiap-tiap lelaki yang mendinding akannya daripada rakan-rakannya oleh satu hasta.  Maka bukanlah ia lelaki dan dengan perkataan yang ringkas tiadalah mengingkarkan karamah-karamah aulia ALlah Taala kemudian daripada wafat melainkan mereka  yang telah memerintah atasnya oleh syaitan  dan menjatuh ia akannya pada lubang kesesatan. 

Dan telah terdahulu bahawa alam barzah tertariklah atasnya oleh hukum dunia pada membanyakkan daripada pahala.  Dan menambah akan balas-balas dan memperlaku akan karamah-karamah padanya ialah daripada ini jihah kerana ia putik-putik amal-amal yang salih.  Bahkan diri di dalam alam barzah terlepaslah ia daripada ikatan-ikatan badan dan bersihlah ia daripada segala kekeruhan yang dibangsakan kepada jisim.  Dan keluarlah ia daripada tempatnya yang sedia dan daripada kesempitan negeri yang adalah ia padanya kepada satu tempat yang terlebih luas daripadanya. 

Maka bahawa negeri barzah terlebih luas daripada ini negeri. Dan terlebih besar dan bandingan ini negeri kepadanya seperti bandingan perut ibu. Kepada ini negeri dan hukum pada alam barzah ialah bagi segala roh tiada bagi jasad-jasad seperti dalam syurga atas sebalik hukum dunia.  Dan segala roh ialah yang asal dan jasad-jasad pada dunia  ha sa ianya tempat—tempat zahirnya.  Maka apabila ia seperti yang demikian maka tiadalah jalan kepada berkata dengan terputus karamah-karamah.  Dan ketiadaan mensandarkannya bagi asal dengan ketiadaan  mezahirnya atas bahawa segala roh  pada alam barzah ha sa berupa- berupa ia pada ghalib dengan rupa badannya.[57] 

Maka adalah tiap-tiap roh menyerupai  ia akan jasad yang mempunyanya kerana meraikan bagi muzahir yang telah zahirlah ia dengannnya  pada dunia.  Maka bersamaanlah zahir karamah-karamah pada masa hidup dan kemudian daripada wafat.  Dan zahirnya kemudian daripada wafat  terlebih utama.  Dan kerana ini telah berkatalah al- Arrafbillah Taala as-Sheikh Muhammad al-Jazaub al-Suakani  daripada aulia  Sudan yang mashor r.a wanafaana bihi. Bermula wilayah  itu kemudian daripada mati. “ Dan pada syarak al asma husna bagi ibnu Haj bahawa yang zahir daripada kaedah-kaedah agama Islam bahawa bagi diri kemudian daripada mencirinya bagi badan beberapa “ada rak yang dibaharu akannya lagi yang jaz’ei.  Dan  memperlihat atas setengah daripada jaz’ei kelakuan-kelakuan mereka yang hidup istimewa pula mereka yang adalah antara mereka itu.  Dan antara simati perkenalan semasa di dunia.  Dan kerana ini didapat akan manfaat-manfaat dengan ziarah kubur. 

Dan telah mensah oleh hujjatul Islam wafahara al-An’am al – Imam al – Ghazali.  Bahawa terbukalah bagi hamba dengan mati, barang yang tiadalah terbuka ia baginya pada masa hidup.  Dan berkata al-Muhakkak Shahwadi. Seyogia bahawa adalah zahir karamah-karamah kemudian daripada mati wali-wali,  terlebih utama daripada zahirnya ketika hidup mereka itu. Kerana bahawa diri kekal ia, lagi bersih daripada segala kekeruhan,  dan  dugaan dan lain-lainnya.  Dan telah dilihat akan yang demikian daripada kebanyakan wali-wali kemudian wafat mereka itu intiha. Dan hasil daripada ini semuanya bahawa karamah- wali-wali tiada diputuslah ia dengan mati sama sekali.

Maka[58] tiadalah berkata dengan terputusnya melainkan  mereka yang berpaling daripada jalan  pertunjuk.  Lagi yang  cenderung kepada jalan kesesatan dan kedegilan.  Kerana bahawa karamah-karamah ialah daripada kejadian ALlah Taala.  Dan tiadalah ia daripada usaha hamba dan  ikhtiarnya.  Maka seumpama bahawa ALlah s.w.t.  memulia ia dengannya akan mereka yang hidup daripada wali-wali.  Maka begitu jugalah memulai ia dengannya akan mereka yang telah mati daripada mereka itu.  Maka hidup hamba tiadalah ia syarat bagi  segala perbuatan ALlah Taala.  Dan telah banyaklah pada ini masa mengingkarkan karamah-karamah wali-wali kemudian daripada  wafat mereka itu daripada satu kaum yang tiadalah bahagian bagi mereka itu.  Dan menjadi oleh mereka itu akan yang  demikian mazhab yang dipegangi akan dia dan ugama yang diiktikad akannya:

ﻮﻧﺴﺄﻞﺍﷲﺍﻠﻌﺎﻔﻴﺔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻤﺔﻮﺍﻠﻧﺠﺎﺓ ﺒﺤﺑﻬﻡﻤﻥﺍﺤﯜﺍﻞﯾﻭﻡﺍﻠﻘﻴﺎﻤﺔ

WALlahua’lam.

“Alkhotimah”

ﺍﺴﺄﻞﺍﷲﺤﺴﻨﻬﺎﻠﻲﻭﻟﯜﺍﻟﺪﻱﻮﻠﻠﻤﺴﻠﻤﻴﻦ

Pada menyebutkan  tasarruf mereka itu kemudian daripada wafat mereka  itu. Dan menyatakan bahawa  tasarruf yang sempurna tiada adalah ia,  melainkan bagi yang kamil-kamil daripada wali-wali  dan bersalah-salahan tasarruf mereka itu. Ketahui olehmu,  bahawa tasarruf pada hakikat ha sa adalah ia bagi segala roh.  Dan roh-roh kekALlah ia. Dan yang terputus kemudian daripada mati ha sa ianya taklif seperti telah lalu. Dan telah menNas oleh ulama yang muhakkakun  atas tasarruf setengah daripada wali pada masa mati seumpama adalah bertasarruf ia pada ketika hidup   daripada [59] barang yang tiada mungkir akannya oleh penulis-penulis. Dan tiada  membilang akannya  oleh pengira-pengira.  Istimewa pula barang yang terbit ia atas tangan al-Imam  as-Shafie r.a dan as-SaidatuNafisah dan Sidi ibi as-Shamud abi as-Ashaari dan Sidi Ahmad al-Baduwi dan Sidi Ibrahim ad-Shauqi dan Sidi Muhammad al-Jazaub al-Suakani  daripada yang masyor-masyor aulia Sudan. 

Dan telah menyebut oleh al-arif billah al-Imam as-Syakrani bahawa tatkala diwafat akan Sidi Ahmad al Baduwi r.a dikembalikan baginya akan rohnya.  Dan dirikan baginya akan satu kerusi antara langit dan bumi.  Maka sentiasalah menunai ia akan segala hajat hamba hingga hari kiamat.  Dan tatkala diwafatkan akan al-Imam al Ghazali dikembali baginya akan rohnya kemudian daripada  tiga.  Dan diangkat akannya kepada langit dunia.  Maka sentiasalah me Iqra ia akan malaikat.  Dan iaitu perkataan persandaraannya kashap

Dan mensaksi baginya oleh barang yang menukil akannya oleh

والتعليم في علم الانوار واالتسليم  صاحب الارشاد

daripada

الامام اليافى نفعنا الله به

Bahawa berkata ia.  Telah menyebut oleh as – Sheikh al-Kabir al-A’raf billahi Taala al-Khabir akan satu perkataan yang tsabit ia pada sisi kami dengan asnad setengah daripadanya. Telah melihat ia pada setengah daripada hari-hari hal keadaan ia duduk bahawa pintu-pintu langit telah dibuka akannya.  Dan tiba-tiba dengan satu perhimpunan daripada langit telah turun mereka itu kepada bumi.  Dan serta mereka itu beberapa pakaian persalinan  yang hijau dan  satu [60] binatang daripada beberapa binatang. 

Maka berhentilah mereka itu atas kepala satu kubur daripada beberapa kubur.  Dan mengeluar oleh  mereka itu akan seorang lelaki daripada kuburnya.  Dan mempakai oleh mereka itu akan dia akan demikian iatu persalinan. Dan memperkendera oleh mereka itu akannya akan binatang.  Dan naiklah mereka itu dengannya kepada langit.  Kemudian sentiasalah mereka itu naik dengannya daripada satu langit kepada satu langit hingga melampau oleh mereka itu akan langit langit yang tujuh. Dan mencarik mereka itu kemudiannya akan tujuh puluh hijab

Maka hairanlah aku daripada yang demikian  dan mengkehendakilah aku mengenal akan demikian itu lelaki.  Maka dikatakan bagi ku inilah  al- Imam Ghazali.  Kemudian tiadalah aku mengetahui kepada manalah sampai penghabisannya.  Dan pada karamah-karamah aulia ALlah Taala barang yang adalah ia terlebih besar daripada ini.  Dan ini perkataan dan jika tsabit ia pada sisi mereka itu dengan  kashaf.  Maka iaitu terlebih  tinggi daripada naqal  dan naqal  daripada bab khabar.  Dan ia mahatamal  ia akan benar dan dusta dan khasaf pada sisi mereka itu diletak akannya pada tempat yakin.  Maka hendaklah diterima akannya kemudian bahawa tasarruf yang sempurna tiada  adalah ia melainkan bagi yang sempurna-sempurna daripada wali-wali.  Sama ada pada ketika hidup atau kemudian daripada mati seumpama adalah ia dengan ketiadaan mengetahui yang mempunyainya.  Dan jika adalah ia pada masa hidupnya atas bahawa  setengah daripada ahli ALlah mereka yang melihat ia akan tasarruf dengan mempecat dan melantik kekurangan dengan dibangsakan bagi barang yang di atasnya daripada makam-makam. 

Dan adalah Sidi  Ali al-Khawas  nafaanallahubihi  berkata  [61]ia.  Bermula yang sempurna daripada wali-wali mereka yang mati ia daripada tasarruf dan tadbir kerana  terpada dengan perbuatan ALlah baginya.   Maka  mencuri manusia akan hartanya pada masa hidupnya dan mencuri mereka itu akan tabirnya dan lilinnya kemudian daripada wafatnya. Maka tiadalah membalas ia akan seorang dengan kejahatan bersalahan wali yang kurang.  Maka bahawa tiap-tiap mereka yang  melintang ia baginya membinasa ia akannya dan demikian itu pertandaan atas berkekalan kikir pada sisinya dan setengah daripada syarat mereka yang sempurna ialah pemurah pada masa hidup dan mati intaha perkataan alkhawas[62] dan iaitu keterangan pada tasarruf wali-wali kemudian daripada mati dan seumpamanya perkataan al Arraf as –Syaarani.

Bahawa ALlah mewakili  ia dengan kubur wali akan seorang malaikat bagi menunaikan hajat-hajat manusia seumpama telah jatuh ia bagi Imam Shafie dan Saidanafisah dan Sidi  Ahmad al Baduwi.  Dan setengah ketika keluarlah wali daripada kuburnya dengan dirinya dan menunai ia akan hajat-hajat manusia kerana bahawa bagi wali-wali kelepasan pada barzah dan kelepasan bagi roh-roh mereka itu intaha perkataan As Syaarani  maka tiada lazim daripada tasarruf malaikat daripada wali terputus tasarruf wali.  Maka sungguhnya adalah yang demikian persungguhan dengan perkara wali.  Tidakkah engkau lihat bahawa Nabi s.a.w. mendengari akan salawat mereka yang mengsalawat ia atas nya dengan dirinya.  Dan serta yang demikian mewakili  oleh ALlah Taala dengan kuburnya yang mulia akan seorang malaikat yang menyampai ia akannya akan salawat mereka yang    [63]mensalawat ia atasnya.  Maka menyampai oleh demikian itu malaikat.  Ha sa adalah ia penunai bagi khidmat  yang diwakil akan dia dengannya.  Dan demikian juga malaikat yang diwakil  akannya dengan kubur wali.  Dan berkata Sidi Abu al- Muahab as-Syazali  serah bermula tasarruf diberi bagi mereka  yang sempurna akan izinnya pada barang yang sedikit ia.  Dan banyak ia daripada segala mudharat dan segala manfaat.  Dan mereka yang dibawahnya bertasarruf ia dengan izin. Dan sekira-sekira perkara-perkara yang  tiba dan yang jatuh. Dan barang siapa dikurnia  akannya akan tasarruf tiada keluarlah ia daripada kehendak tuhan yang fail dengan ikhtiar.  Dan barang siapa menyangka ia akan yang lain daripada yang demikian  didinding daripadanya  akan segala makrifat dan segala cahaya. Dan tasarruf adalah  ia dengan hemah hati yang mengetahui lagi yang ghaib.  Telah bersabdalah ia a.s.:

اللهم مصرﻑﺍﻟﻗﻟﻮﺏ

Mengkehendaki aku pada alam  ghaib.  Dan apabila bersebenarlah dengannya oleh yang mempunyanya pada makam bertasarruflah ia dengan perkataan pada segala manusia. Dan ini daripada rahsia kinuniah daripada khadirat al khiah.  Dan iaitu kalimah al  hadhirat  kun hingga bahawa berkata ia.  Dan sesungguhnya telah melihat oleh kami akan mereka   yang mentasarruf akannya oleh al hak dengan bertuturnya pada segala manusia daripada makhluknya intaha perkataannya.  Dan adapun bersalahan tasarruf mereka itu. Maka setengah daripada mereka itu mereka bertasarruf ia pada setengah waktu tiada pada setengah seperti rajbiin. Dan setengah mereka itu mereka yang bertasarruf ia pada sebuah negeri sahaja atau pada satu benua sahaja dan setengah daripada mereka itu mereka yang ternaik[64]  ia bagi  tasarruf pada segala unsur dan setengah mereka itu mereka yang diazan baginya pada tasarruf pada satu bagi sahaja.  Maka tiadalah berupaya bahawa melampaui ia akannya.  Dan tiada ratalah tasarruf seorang wali pada serba perkara melainkan mereka yang adalah ia Muhammadil maqam.   Dan  engkau hai  saudaraku apabila sampai akan dikau daripada mereka yang arif  oleh satu karamah maka janganlah mengingkar olehmu akannya hal keadaan hidup ia ataupun telah diwafat akannya.  Dan banyak lagi daripada karamah-karamah aulia ALlah Taala atas barang yang telah disebut akannya pada kitab-kitab yang dikarang pada menyatakan  kelakuan mereka itu.  Maka siapa-siapa yang berhajat maka kembalilah ke sana.  

والله سبحانه وتعالئ اعلم و قد تمت هذه الر سالة  جمعا وتحر يرافئ مسا ءالاثنين الرابع والعشرين من السا بع للسابع والخمسين من الرابع عشرعلئ يد ا فقرالعبا دواحوجهمالئ رحمةالكريم الجوادابئ المرتضئ احمد بن محمد سعيد بن جمال الدين غفرالله له ولوالد يه وامنهم من اهوال يوم الدين والحمد لله وكئ وسلام عائ عباده الذ ين اصطفئ تم

 


[1] (Perkataan pertama di halaman 2)

[2] besar

[3] (Perkataan pertama di halaman 3)

[4] (Perkataan pertama di halaman 4)

[5] (Perkataan pertama di halaman 5)

[6] (Perkataan pertama di halaman 6)

[7] (Perkataan pertama di halaman 7)

[8] (Perkataan pertama di halaman 8)

[9] (Perkataan pertama di halaman 9)

[10] Al-Quran, Surah al-Imran : 37

[11] (Perkataan pertama di halaman 10)

[12] Al-Quran, Surah Maryam:25

[13] (Perkataan pertama di halaman 11)

[14] Al-Quran, Surah al-Kahfi, 9-26.

[15] Dalam kitab Al Aghani li Abi al-Faraj al-Ashbahani, kisah Ala’ bin Hadhrami diceritakan secara panjang lebar berdasarkan riwayat Muhammad bin Jarir. Munjab bin Rasyid (sahabat Rasulullah Saw). Kisah ini juga telah diriwayatkan oleh Abu Naim dan Al Baihaqi.

[16] (Perkataan pertama di halaman 12)

[17] HR Bukhari dan Muslim

[18] (Perkataan pertama di halaman 13)

[19] Al-Quran, al-Baqarah, 66-75

[20] (Perkataan pertama di halaman 14)

[21] (Perkataan pertama di halaman 15)

[22] (Perkataan pertama di halaman 16)

[23] (Perkataan pertama di halaman 17)

[24] Al-Quran, Surah al-Imran:31

[25] (Perkataan pertama di halaman 18)

[26] (Perkataan pertama di halaman 19)

[27] (Perkataan pertama di halaman 20)

[28] (Perkataan pertama di halaman 21)

[29] (Perkataan pertama di halaman 22)

[30] (Perkataan pertama di halaman 23)

[31] Al-Quran, Surah an-Nur: 40

[32] (Perkataan pertama di halaman 24)

[33] (Perkataan pertama di halaman 25)

[34] (Perkataan pertama di halaman 26)

[35] (Perkataan pertama di halaman 27)

[36] Al-Quran, Surah an-Naziat:5

[37] (Perkataan pertama di halaman 28)

[38] (Perkataan pertama di halaman 29)

[39] Al-Quran, Surah al-Hadid : 10

[40] (Perkataan pertama di halaman 30)

[41] (Perkataan pertama di halaman 31)

[42] (Perkataan pertama di halaman 32)

[43] (Perkataan pertama di halaman 33)

[44] Antara periwayatnya  seperti yang diceritakan oleh Al-Baihaqi dari jalur Ibnu Ishaq dari `Ashim bin `Umar bin Qatadah

[45] Yang dimaksudkan  seorang lelaki dari suku Huzail.

[46] Kawanan  lebah

[47] Lembah.

[48] (Perkataan pertama di halaman 34)

[49] Hadis riwayat al-Baihaqi , dari Ibnu Umar r.a.  Dalam riwayat lain diceritakan bahawa Jibril menemui Nabi s.a.w. lalu bertanya, “Siapakah hamba saleh yang wafat sehingga pintu-pintu langit terbuka untuknya dan ‘Arsy bergetar?” Nabi kemudian keluar, ternyata Sa’ad bin Muaz telah wafat. (HR Al-Baihaqi dari Jabir r.a)   –penyusun

[50] Riwayat Ibnu Sa’ad dari Mahmud bin Lubaid  – penyusun  

[51] (Perkataan pertama di halaman 35)

[52] Ada yang  menyebut Abdullah bin ‘Ubaidillah  al-Ashari – penyusun

[53] (Perkataan pertama di halaman 36)

[54] (Perkataan pertama di halaman 37)

[55] (Perkataan pertama di halaman 38)

[56] (Perkataan pertama di halaman 39)

[57] (Perkataan pertama di halaman 40)

[58] (Perkataan pertama di halaman 41)

[59] (Perkataan pertama di halaman 42)

[60] (Perkataan pertama di halaman 43)

[61] (Perkataan pertama di halaman 44)

[62] pancaindera

[63] (Perkataan pertama di halaman 45)

[64] (Perkataan pertama di halaman 46)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s