Emak

Mama asalnya adalah panggilan Tasyaa’ kepadanya. Iti, Ana dan Aki

memanggil sebagai “emak”. Ami pula memanggil sebagai “Mom”. Untuk tulisan ini abah ikut panggilan Aca sebab Mama manjakan Aca.

Mama berasal dari Kampung Kayan, Sitiawan. Dia bersekolah rendah di kampungnya kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, di pekan Sitiawan sehinggalah ke Tingkatan 5. Mama aktif dalam bola jaring sama ada di sekolah atau pun sewaktu mula-mula bekerja di UiTM. Sewaktu sebelum kahwin dengan abah, Mama juga sering terlibat dengan tarian melalui persatuan belia yang diceburinya. Sewaktu di Amerika, Mama pernah bentuk satu kumpulan tarian terdiri dari anak –anak Malaysia keturunan China dan India untuk adakan persembahan “Cultural Show”. Persembahan mereka mendapat tempat ketiga (mengikut negara-negara).
Mama memulakan kerjayanya di UiTM sebagai Operator Telefon. Abah masih ingat lagi sewaktu memohon, terdapat barisan panjang calon yang ingin memohon jawatan itu. Mama sendiri pun tidak yakin boleh dapat jawatan itu memandangkan Mama antara orang yang terakhir yang ditemuduga. Mama kerja sekejap di UiTM Seri Manjung, Perak sebelum ikut abah ke UiTM Shah Alam. Mama juga berpeluang bekerja sebagai “Front Office” di Hotel UiTM. Kemudian Mama beralih pula bekerja di Kolej Kediaman Pelajar sebagai Penolong Pengurus Asrama.

Adik beradik Mama ialah seperti berikut:

  • Mak Long (kakak Mama)
  • Pak Cik Yusof  (abang Mama)
  • Pak Cik Ramli  (abang Mama)
  • Andak Piah  (adik Mama)
  • Pak Cik Jamal  (adik Mama)
  • Cu Nor  (adik Mama)
  • Sewaktu sudah mempunyai anak, Mama masih lagi mahu belajar dan berjaya menamatkan pelajarannya di peringkat diploma.  Mama memang hebat, dia belajar sambil bekerja dan menguruskan rumah tangga. Sekarang Mama menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah. Abah mahu anak-anak abah mempunyai keazaman dan komitmen seperti Mama. Jangan mudah putus asa jika gagal pada kali pertama. Terus berusaha.

    2 Responses to Emak

    1. nazirah yacob says:

      Semasa di Amerika, abah sering membawa mama bermain tenis. Sehubungan itu, mama jatuh cinta dgn tenis. Mama hebat juga main tenis tp abah lagi hebat. Sayangnya skill itu kian pupus kerana abah tdk menggalakkan mama bergiat lebih jauh.

    2. nazirah yacob says:

      abang sayang, mohon tukar gambar lmom yg lain sbb nampak macam baru balik dr ladang

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s