Harith

Harith ialah abang abah yang tertua. Kami berlainan ibu. Ibu Harith ialah seorang wanita dari Kuala Klawang Jelebu. Abah tidak sempat bertemu dengan emak kandungnya. Sewaktu kecil kerap juga abang ikut Datuk Abu Zarin ke Kuala Klawang menziarahi bekas ipar-ipar dan bapa mertua datuk. Setiap kali abah dan datuk datang, Pak Cik Harith tiada di rumah. Kalau musim buah seronok juga ke Kuala Klawang sebab banyak durian. Sebenarnya kakak Atuk Abu Zarin dan anak-anak  saudara Atuk  Abu Zarin juga tinggal di Jelebu. Biasanya setiap kali ke Jelebu kami akan menziarahi ketiga-tiga rumah itu serentak.

Mama sedang menyambung anak Pak Cik Harith, angah di Walimahtulurus Ami

Mama sedang menyambut  anak Pak Cik Harith, angah,  di Walimahtulurus Ami

Sehinggalah abah berada di sekolah menengah, abah tidak pernah melihat Pak Cik Harith. Kata datuk Abu Zarin, Pak Cik Harith merajuk dengannya. Malah kata Atuk,  Pak Cik Harith sewaktu darjah 6  pernah kata dia akan beli kereta dan langgar Atuk. Sewaktu bercerita dengan abah, Atuk ketawa-ketawa kecil. Kata Atuk, sampai sekarang dia belum lagi beli kereta tapi Atuk sudah ada kereta”.

Akhirnya Pak Cik Harith datang juga ke kampung Jimah Baru. Dia ditemani oleh seorang rakannya. Mungkin hatinya sudah terbuka untuk bertemu semula dengan bapa kandungnya iaitu Atuk. Sejak itu hubungan Atuk dan  Pak Cik Harith akrab juga. Atuk juga telah bantunya menjadi peneroka di Felda LB Johnson. Sejak jadi peneroka, Pak Cik Harith selalu juga balik ke kampung Jimah menjenguk Atuk dan nenek. Dia memanggil nenek “Mak Cik”. Pak Cik Harith tidak rapat dengan abah. Dia lebih rapat dengan Mak Cik Mariani.

Abah teringat satu ketika sukan sekolah. Masa itu abah berada di  tingkatan 5. Satu acara terbuka telah diadakan untuk para belia dan beliawanis. Acaranya ialah merentas desa. Turut ikut serta ialah Pak Cik Harith. Sebaik wisel berbunyi, dia dan beberapa pemuda lain berlari sekuat-kuat tenaga seperti berlari 100 meter. Abah kagum dengan kehebatan lariannya. Tetapi apabila peserta larian pertama sampai ke garisan penamat, muka Pak Cik Harith tiada. Sehinggalah ke peserta terakhir sampai ke garis penamat, Pak Cik Harith masih tidak nampak muka. Rupa-rupanya dia lari terus balik ke rumah datuk, minum air dan rehat terus.

Sepanjang yang abah ingat Pak Cik Harith pernah sekali datang ke rumah kita di Shah Alam. Mereka datang beramai-ramai sempena hari raya aidil fitri. Dia memang tidak banyak bercakap dengan abah tetapi mudah senyum.

Apabila tanah Rancangan Felda LB Johnson dijual, Pak Cik Harith adalah antara peneroka di Felda tersebut jadi jutawan segera. Kalau tidak silap setiap peneroka dapat hampir 1.2  juta ringgit. Pak Cik Harith jadi jutawan segera. Dalam ramai-ramai adik beradik satu bapa satu emak dengan abah, hanya Mak Cik Mariani sahaja yang berani mengecek duit Pak Cik Harith.

Pak Cik Harith meninggal pada tahun 2003. Kerjaya terakhirnya sebelum meninggal dunia ialah pemandu teksi. Sewaktu menunggu ketibaan jenazahnya hampir tengah malam,  Datuk Abu Zarin berdiri di sisi abah.  Dia tidak banyak bercakap. Sebaik jenazahnya tiba dan diletakkan ke dalam rumah, abah renung Datuk Abu Zarin yang duduk  tenang di sisi jenazah dan membaca yasin.  Di sebelah Datuk Abu Zarin ialah Mak Cik Rosnah yang juga duduk membaca surah yasin. Kemudian pandangan abah beralih kepada sekumpulan rakan-rakan Pak Cik Harith. Mereka masih bersembang di luar. Begitulah hakikat dunia, teman ketawa mudah didapat. Anak-anak Pak Cik Harith ialah:

  • Along
  • Angah
  • Duan
  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s