Mariani

Mariani dipanggil “Mang” oleh Atuk. Nenek pun tak setuju dan dia pernah tanya “apa pula panggil Mang?” Abah ingat lagi satu hari adik nenek yang bernama “Timah” bertanya kepada Atuk. Mengapa dipanggil Mang tidak Mar. Abah lupa apa jawapan Atuk. Selain dari “Mang” Atuk dan nenek memanggil Mariani “Adik”. Sebutan itu kekal menjadi panggilan adik beradik yang lain. Semuanya memanggil adik atau adik Mang.  Tetapi anak-anak abah kenalah panggil dia “Mak Usu”. Sewaktu kecil Mak Usu suka bermain anak patung tetapi nenek tidak beli. Kata nenek tak baik simpan anak patung dalam rumah. Mak Usu bersekolah ugama sejak kecil. Sekolah agama itu terletak di Labu. Dalam adik beradik abah, hanya Mak Usu sahajalah yang berpeluang bersekolah TADIKA dan sekolah agama. Seperti Pak Cik Fathil, Mak Usu selalu dibawa Atuk dan nenek berjalan. Malah sewaktu Atuk dan nenek mengerjakan haji,  Mak Usu ikut sama.

Anak-anak Mak Usu ialah:

  • Mohd Zaki  (1997)
  • Muhammad Hamdan  (1999)
  • Noorshasmah  (2004)
  • Muhammad Hafizuddin  (2007)
  • Muhammad Hazimuddin  (2007)
  • Nama  (tahun lahir)
Mak Usu lah yang menjaga Atuk dan nenek sewaktu zaman tua Atuk dan nenek. Mak Usu lah yang menjaga kesihatan Atuk dan nenek.  Menjaga ibu dan bapa di masa-masa tua mereka sangat besar pahalanya.  Atas kesedaran ini , pernah satu kali abah minta Atuk dan Nenek tinggal bersama abah di Shah Alam. Biarlah abah sahaja yang memelihara Atuk dan nenek. Atuk hanya tersenyum. Nenek pula berkata, “Siapa nak jaga lembu dan beri makan ayam di kampung.” Dalam ramai-ramai adik beradik abah,  Mak Usu lah yang paling ramai kenal dan rapat dengan kaum kerabat Atuk dan nenek.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s