Mohd Fathil

Nenek Satinah memang  kuat bekerja walau pun sedang lelah (arthma). Meskipun begitu sesekali kedengaran juga dia menyanyi. Paling kerap dia menyanyi sewaktu menidurkan Pak Cik Fathil.   Sewaktu kecil abah selalu bantu nenek menidurkan Pak Cik Fathil. Dia hanya mahu tidur di dalam buai. Buai itu digantung dengan tali dan diikatkan di muka pintu bilik tidur nenek dan datuk. Selalu juga nenek suruh abah membuai atau mendukungnya. Abah juga kerap membawanya bermain. Pak Cik Fathil suka main bola dari buah limau nipis. Pada masa itu banyak buah limau nipis berbuah di belakang dapur. Sewaktu berusia 10 ke 12 tahun, Pak Cik Fathil sangat malas terutama jika diajak bekerja di ladang. Dia selalu dimarahi oleh Atuk dan Nenek. Selain dari abah, anak yang selalu kena sebat oleh Atuk ialah Pak Cik Fathil. Apabila teringat Pak Cik Fathil, abah ketawa sebab dia mengingatkan abah pada Aki anak abah.

 

 

Pak Cik Fathil dan isteri di walimahtulurus Ami

Pak Cik Fathil dan isteri di walimahtulurus Ami

Abah lihat perangai dan rupa Aki 80% sama dengan Pak Cik Fathil. Pak Cik Fathil berbeza dari Pak Cik Zaini. Sejak kecil dia suka berkawan dan bermain dengan kawan-kawannya. Dia lebih rapat dengan Mak Cik Mariani, adik bongsu abah. Dia juga sering di bawa oleh Atuk dan Nenek berjalan-jalan sebab pada zamannya Atuk sudah memiliki kereta.

Pak Cik fadil  (atau panggilan anak-anak buahnya sebagai Pak Uda) tidak kedekut. Setiap kali musim raya dia akan sediakan wang raya untuk anak-anak buahnya. Semua anak-anak buahnya sukakannya termasuk Ami dan Ana. Malahan Pak Cik Fadil juga pernah beri Ami dan Ana duit poket sebab Ami dan Ana cemerlang dalam peperiksaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s