Rosnah

Kak Rosnah ialah kakak Abah nombor dua. Dia berlainan ibu dengan abah. Anak-anak abah kena panggilnya Mak Cik Nah atau Mak Cik Rosnah. Mak Cik Rosnah berkulit putih. Sejak kecil abah tidak pernah bertemu dengannya. Dia tinggal di Kuala Klawang bersama keluarga ibunya. Kali pertama abah bertemu dengan Mak Cik Rosnah ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Durah. Atuk membawa abah berjumpa Mak Cik Rosnah dengan menaiki motorsikal Honda 65CC. Selepas SPM, Atuk membantu Mak Cik Rosnah mencarikan pekerjaan di Jabatan Pertanian Negeri. Terdapat beberapa buah buku cerita atau buku sekolah Mak Cik Rosnah yang ditinggalkan di kampung Jimah Baru. Antara yang abah ingat ialah novel Desa Pingitan, enam siri buku Hikayat Seribu Satu Malam dan beberapa buah buku HAMKA seperti “Di Dalam Lembah Kehidupan”. Datuk Abu Zarin sangat suka membaca novel dan buku cerita itu. Dia baca berulang kali. Abah pun hairan juga kenapa Datuk Abu Zarin suka sangat baca buku cerita itu. Kemudian abah pula membacanya. Novel dan buku itu abah juga baca berulang kali sampai kulitnya koyak rabak. Buku 1001 malam itu benar-benar melekakan.
Sejak mula bekerja barulah Mak Cik Rosnah datang ke Kampung Jimah Baru. Abah tidak berkata Pak Cik Harith dan Mak Cik Rosnah balik ke kampung Jimah Baru selepas abah remaja. Mungkin dilakukan lebih awal tetapi abah tidak tahu atau masa itu abah terlalu kecil atau memang mereka tidak pernah tiba sebelum catatan di atas. Abah teringat satu ketika abah pernah ajar Mak Cik Rosnah menunggang motorsikal Honda 65CC kepunyaan Atuk di kampung Jimah Baru. Cara mengajar ialah dia berada di hadapan abah dan abah membonceng di belakangnya. Dia menjerit-jerit bercampur takut dan suka.   Mak Cik Rosnah memang sayang pada atuk. Sebab itulah setiap kali dia ke kampung Jimah, dia akan berikan atuk Abu Zarin “ang pau”. Anak-anak Mak Cik Rosnah  hanya ada tiga orang semuanya perempuan:

  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)
  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s