Rosni

Sepanjang ingatan abah Rosni atau abah panggil kak Ani, sudah ada di sisi abah sejak abah masih kecil. Dia berlainan ibu dengan abah. Mak Cik Ani berkulit hitam manis. Setiap kali nenek dan datuk ke ladang, Mak Cik Anilah yang menguruskan rumah tangga. Mak Cik Ani seorang yang rajin. Abah masih ingat setiap pagi dia akan menyapu atas rumah dan halaman rumah dengan menggunakan penyapu lidi. Penyapu lidi itu bukannya dibeli tetapi dibuat sendiri oleh nenek. Dia juga rajin menanam bunga. Di hari pertama abah mahu masuk ke darjah satu, Mak Cik Anilah yang hantar abah ke sekolah. Masa itu Atuk dan nenek ke ladang getah. Abah masih ingat, abah pernah marah-marah kerana kasut abah kotor sewaktu berjalan ke sekolah. Mak Cik Ani menyapu bahagian kasut yang kotor dan memujuk abah. Mak Cik Ani bernikah di kampung Jimah Baru. Selepas semua tetamu pulang, abah tertidur keletihan di atas pangkin di penanggah. Antara dengar dengan tidak, abah dengar bualan orang-orang tua… “Kakak berkahwin, adik pula keletihan”. Selepas berkahwin Mak Cik Ani menetap di Ampangan, Seremban. Sejak suaminya meninggal dunia, Mak Cik Ani bekerja menjual kuih secara sepenuh masa.

Anak-anak Mak Cik Ani ialah seperti berikut:

  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)
  • Nama  (tahun lahir)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s