Zahariah

Antara empat orang abang dan kakak abah, Mak Cik Zahariahlah yang paling rapat dengan abah. Abah memanggilnya Kak Yah. Dia berlainan ibu dengan abah. Dia berkulit putih. Mak Cik Yah juga tidak tinggal di kampung Jimah Baru. Dia tinggal di Kuala Klawang. Kemudian Datuk Abu Zarin minta Mak Cik Yah menemani Moyang Soyah di Kuala Pilah. Setiap kali Moyang Soyah datang ke kampung Jimah Baru, Mak Cik Yah akan ikut bersamanya. Selepas SPM, abah ikuti kursus di Maktab

Pak Cik Khalid, suami Mak Cik Yah (kakak abah) di Walimahtulurus Ami

Pak Cik Khalid, suami Mak Cik Yah (kakak abah) di Walimahtulurus Ami

 

Yang sebelah kanan Ami tulah Mak Cik Yah, adik abah. Sebelah kiri Ami, Mak Cik Enon. Yang pakai tudung biru (yang tinggi tu) Mak Usu, adik abah.

Yang sebelah kanan Ami tulah Mak Cik Yah, adik abah. Sebelah kiri Ami, Mak Cik Enon. Yang pakai tudung biru (yang tinggi tu) Mak Usu, adik abah.

 

Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Waktu itu Mak Cik Yah tinggal di rumah setinggan di Kampung Kerinci. Lebih kurang sebulan abah menumpang di rumahnya. Dia sangat mengambil berat tentang diri abah. Dialah satu-satunya abang dan kakak abah yang pernah mencium abah sewaktu abah sudah dewasa. Kami sering berbual dan selalu ketawa bersama. Kadang-kadang kami berbual bisik-bisik supaya tiada yang mendengar. Abah juga suka masakan Mak Cik Yah dan selalu mengambil lauk yang sedang dimasaknya di kuali. Sewaktu Mak Cik Yah berkahwin, abah ikut Atuk dan Nenek ke Kuala Klawang untuk meramaikan majlis perkahwinan Mak Cik Yah. Selepas berkahwin, Mak Cik Yah menetap di Kuala Lumpur. Anak-anak Mak Cik Yah ialah:

  • Khairul (tahun lahir)
  • Imah  (tahun lahir)
  • Boboi  (tahun lahir)
  • Shafik (tahun lahir)
  • Amalina  (tahun lahir)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s