Zaini

Dalam ramai-ramai adik beradik abah yang lain, Pak Cik Zainilah yang banyak membantu Atuk dan Nenek bekerja di ladang atau di tanah kampung Jimah Baru. Pak Cik Zaini bersekolah Inggeris di Anglo Chinese, Seremban sejak darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima. Mungkin bahasa Inggerisnya lebih hebat dari abah tetapi abah tidak pernah dengar dia bertutur bahasa Inggeris. Dia sangat pendiam. Perangainya seperti Fitri anak abah. Sewaktu kecil dia juga seperti Fitri selalu berdarah di hidung dan jarang tinggal solat fardhu. Abah ingat lagi satu hari dia bermain-main pensel dengan mengorek lubang hidungnya. Entah mengapa besi di kepala pensel itu tersangkut di lubang hidung. Kelam kabut Atuk Abu Zarin mengeluarkan besi pensel itu. Setiap kali turun ke ladang, dia akan bantu Atuk dan abah pula akan bantu nenek. Pak Cik Zaini tidak ramai kawan sewaktu kecil. Selepas SPM pun dia tidak mempunyai ramai kawan. Bagaimana pun jika berkawan dia sangat rapat dengan kawannya. Selepas SPM Pak Cik Zaini kerap mengambil peperiksaan STP tetapi gagal masuk ke Universiti. Semangatnya untuk masuk universiti tu patut dipuji. Pak Cik Zai sangat taat kepada nenek dan datuk. Pak Cik Zai juga bertuah kerana dialah orang yang terakhir berbual dengan nenek sebelum nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. Anak-anak Pak Cik Zaini ialah: Mohd Nazri (1993) Siti Aminah (1995) Nur Aishah Suhada (1996) Mohd Ahnaf (1999) Mohd Rejab (2000) Siti Nurafiqah Syazwina (2007)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s