Zainon

Mak Cik Zainon ialah adik perempuan abah yang pandai. Sewaktu kecil dia rajin belajar membaca alQuran. Dia juga sering mendapat nombor satu atau nombor dua dalam kelas. Sejak berada di tingkat empat dan lima prestasi akademiknya merosot terus. Pada abah kemerosotannya dalam pelajaran sebab tumpuannya kepada pelajaran terganggu di saat-saat menghadapi peperiksaan SPM.  Selepas kegagalannya dalam peperiksaan SPM Mak Cik Zainon bekerja di Kilang.

Berbeza dengan layanan nenek terhadap kakak-kakak abah yang lain, layanan nenek kepada Mak Cik Zainon sangat keras. Nenek akan memarahinya jika dia malas atau lambat buat kerja-kerja rumah. Abah juga sering marah dan pukul Mak Cik Zainon jika nenek marah pada Mak Cik Zainon. Pernah nenek marah balik pada abah. Nenek kata. “Mak tak suruh kau pukul budak itu”. Tapi abah jawab, “Biarlah san pukulkan bagi pihak emak”. Nenek juga selalu nasihatkan abah. “Kau janganlah marah-marah pada Enon tu. Biar emak aja yang marah dia. Kau tak tahu kadang-kadang dia tak sembahyang tu ada sebab”.

Begitulah nenek. Di hadapan Mak Cik Zainon agak keras tetapi di belakangnya dia lembut dan penyayang.

Mak Cik Zainon seorang yang tabah. Dia  berjaya membesar dan mendidik  anak-anaknya dalam kesukaran. Pernah satu ketika dia disamun sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Lama juga dia terlantar di hospital. Mak Cik Zainon mempunyai lima orang anak, tiga perempuan dan dua lelaki. Anaknya yang pertama lelaki sebaya dengan Fadli. Anaknya kedua perempuan, sebaya dengan Fikhri. Anaknya yang ketika lelaki dan sebaya pula dengan Fahmi. Anaknya yang keempat perempuan sebaya pula dengan Farhana. Kini Mak Cik Enon tinggal di rumah sewa di kampung Jijan. Anak-anak Mak Cik Enon ialah:

  • Nurhafifi  (tahun lahir)
  • Nur Faezah (tahun lahir)
  • Nur Sazrul Izwan  (tahun lahir)
  • Nur Fazlin (1991)
  • Nur Shaheera  (1997)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s