Mak Long

Setiap kali cuti raya, jika ditanya pada Aki rumah mana yang hendak diziarah, dia akan sebut rumah Mak Long. Adik beradik lain faham sangat mengapa Aki memilih Rumah Mak Long. Ada dua sebab. Pertama : Dia sudah menjangkakan Mak Longnya akan beri banyak duit raya. Kedua: Dia boleh bermain “game”/playstation dengan sepupunya berapa lama pun dia suka. (Dia ingat abah tak berani tegur atau tarik telinganya).

Seperkara lagi, kata Aki -Mak Long pandai masak. Selepas Mamanya, pastilah Aki akan pilih Mak Long. Abah fikir bukan siapa yang pandai masak, tetapi di rumah Mak Long Aki tu banyak pilihan juadah hari Raya. Tak kisahlah. Yang penting Aki memang gembira setiap kali ke rumah Mak Long. Cuma tiada anak-anak Mak Long yang sebaya Aki. Agaknya kalau ada yang sebaya dengannya mungkin Aki lebih seronok lagi.

One Response to Mak Long

  1. nazirah yacob says:

    dialah emak dialah ayah. hatinya bersih dan transparent wlupun bergekar datin namun orgnya low profile

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s