Amalan Harian

Berikut ialah rutin harian peringkat awal yang abah cadang untuk diamalkan oleh anak-anak abah. Buat sedikit tak apa tetapi konsisten. Jangan “hangat-hangat tahi ayam”. Amalan yang kita buat selalu akan jadi tabiat. Tabiat yang selalu kita buat akan jadi budaya. InsyaALlah kalau kita tak buat/terlupa, kita akan rasa tidak selesa. Macam gosok gigilah. Jika sekali tidak gosok gigi, kita akan rasa macam ada yang tidak kena, tidak beres.

  • Mulakan perbuatan baik dengan bacaan “bismillah”
  • Solat lima waktu di masjid
  • Solat sunat masuk masjid
  • Niat iktikab ketika duduk di masjid
  • Doa masuk dan keluar masjid
  • Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu (kalau boleh ambil 4 rakaat dua salam)
  • Hadir majlis ilmu (cth ceramah selepas maghrib di masjid) sekurang-kurangnya satu atau dua kali seminggu)
  • Solat Dhuha
  • Baca alQuran sekurang-kurangnya empat halaman
  • Berdoa  lepas solat fardhu – paling kurang sekali sehari
  • Solat  tahajuj – paling  kurang 2 rakaat
  • Solat witir – paling kurang satu rakaat
  • Solat Qadha (manalah tahu waktu awal-awal baligh ada yang tertinggal)
  • Puasa sunat Isnin dan Khamis
  • Puasa Qadha Ramadhan (manalah tahu waktu awal-awal baligh ada yang tertinggal)
  • Solat Jumaat
  • Solat sunat sebelum dan selepas solat Jumaat
  • Zikir – La illa ha illallah sekurang-kurangnya 1000 kali setiap hari
  • Salawat- sekurang-kurangnya 1000 kali setiap hari
  • Istigfar – sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari
  • Doa masuk dan keluar tandas
  • Doa makan & berbuka puasa
  • Masuk rumah beri salam
  • Masukkan duit cth 10 sen atau setakat yang ada sebagai sedekah setiap hari di tabung masjid
  • Tidur awal
  • Bangun awal
  • Jawab azan & iqamah
  • Doa-doa harian lain – tidur, keluar rumah, menuntut ilmu, pakai baju dll.
  • Mandi pagi sebelum solat subuh
  • Makan sedikit tetapi ada khasiat
  • Buang air besar setiap hari
  • Gosok gigi setiap hari
  • Jaga hubungan baik dengan jiran

Elok juga dibuat catatan. Buatlah buku log masing-masing, ikut keselesaan masing-masing.

Elakkan:

  • Tonton TV – Kalau teringin juga tak lebih 1 jam sehari
  • Elakkan dengar muzik
  • Jaga mata
  • Jaga lidah
  • Jaga tangan & kaki
  • Kurangkan makan dan biasakan berlapar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s