KHABARNYA…

  1. Abah tengok “pekerja sambilan di KFC Seksyen 18 tu” sudah mula malas pergi kerja.” Mungkin dia yakin dapat masuk universiti kot. Depan abah asyik tidur tetapi belakang abah ligat “goreng gitar”. Tak boleh gitu. Kena jaga nama yang baik. Kalau dapat masuk Universiti pun, apabila cuti semester senang minta  kerja sambilan, itu pun kalau rekod baik.
  2. Wow, emak beritahu si Kiki ada beritahu akan melangsungkan pertunangan/perkahwinan tidak lama lagi. Baguslah kalau berita itu benar.
  3. Emak juga beritahu Aki tak puas dengan cabaran “skywalk” di Taman Pertanian Shah Alam baru-baru ini. Dia mahukan sesuatu yang lebih mencabar.
  4. Tahniah kepada Ami yang dipanggil menghadiri temuduga biasiswa skim pensyarah muda. Yang penting bukan “dapat” tetapi rebutlah peluang itu untuk belajar bagaimana menghadiri temuduga dan perbaikilah kelemahan  dari masa ke masa.
  5. Wah…apa dah jadi pada Aca. Kebelakangan ni asyik nak “cuti” aja. Sudah tidak minat pergi ke sekolah. Kak Ana di UiTM Dungun kenalah sesekali telefon Aca. Bagi perangsang. Aca memang sayang kak Ana. Katanya selepas sayang emak dan abah, dia sayang kak Ana.
  6. Sebaik balik dari sekolah tengahari semalam  (6/4/2011) Aki seronok bercerita kejayaannya menewaskan wakil sekolah dalam perlawanan catur persahabatan.  Mudah-mudahan kejayaan ini menjadi perangsang padanya untuk bertanding mewakili sekolahnya pada hari sabtu depan.
  7. Mama beritahu abah, Ami telah melalui beberapa dugaan sebelum temuduga sebenar petang ini (7/4). Abah beritahu Mama, semuanya itu ada hikmah dan iktibar. Ami kena sabar, fokus dan lebih banyak bersedia dan berdoa. Selepas tu bertawakkal. Apa sahaja keputusan temuduga kena “redha”. Jika dapat “bersyukur” dan jika tidak berjaya “sabar”. Kesemuanya ada pahala. Malah ada pendapat yang mengatakan pahala sabar itu lebih besar dari pahala syukur. Wallahu’alam.
  8. Hari ini Aki akan mewakili sekolah dalam pertandingan catur. Khabarnya malam tadi dia bersengkang mata berguru dengan Ami. Sebelum tu Kiki juga sudah beri sedikit tips. Dia nampak bersemangat pagi ini. Malah pagi ni dia ubah menu di kedai Mamak. Dia pesan roti telur. Belanja sekolahnya pun hari ini digandakan oleh Mamanya. Abah hanya sempat ucapkan   “Good Luck” sewaktu dia bersalaman di pintu pagar sekolah.
  9. 17/4 (Ahad). Abah bawa Mama, Aki, Ami dan Aca sarapan pagi di Taman Tasik Perdana, KL. Aca senyum sampai ke telinga bila naik bas keliling taman. AKI pula pecah tembelang selama ni dia ada  penyakit “Gayat” sewaktu meneropong di Menara Planetarium. Yang peliknya sewaktu “skywalk” dulu dia ok aja.
  10. Hari ini 22/4/2011, Abah dan Mama sedih. Aca tidak dapat ke sekolah kerana sakit. Kesian Aca, muntah-muntah. Alhamdulillah, Ami dan Iti bergilir jaga Aca. Iti sesi pagi dan Ami sesi petang. Kalau tidak, salah seorang, Abah atau Mama kena cuti.
  11. Hari ini juga, sewaktu ambil Aki di sekolah dia kata “ada good new, bah”. Rupanya pihak sekolah benarkan dia masuk kelas 6 A berdasarkan keputusan peperiksaannya baru-baru ini. Hai..sudah hampir separuh tahun baru tukar kelas. Mungkin ada hikmahnya. Jika dikenang prestasi Aki lucu juga. Dia bermula dengan 1A, lepas tu menurun 2B, 3C.  Kemudian dia kekal 4C. Lepas tu naik semula 5B dan kejap 6B.  Mulai isnin depan ni dia masuk kelas 6A. WOW!
  12. Semalam (21/4/2011), Ami dan Ana duduki kertas pertama peperiksaan semester Januari 2011. Abah dan Mama doakan Ami dan Ana berjaya.
  13. Pagi ni, 25/4  Aki ubah menu sarapan pagi di Kedai Mamak. Dia pesan pula roti sardin. Dulu pun dia ubah menu kepada roti telur. Abah perasaan setiap kali Aki “stress” dia kuat makan. Pagi ni mungkin dia asyik berfikir yang dia akan masuk kelas 6A.  Katanya “Malulah bah”. Dulu dia lantak roti telur sebab ada perlawanan catur. Hai, hai..tak boleh stress pulak…
  14. Tengahari 25/4 : Mama mengadu kereta  yang Ami bawa tu  “dicium” oleh kereta lain. Tu sebab Ami sedih. Abah nak ingatkan sahaja. Dulu abah larang letak kereta di hadapan flat tu. Tapi Ami degil….kan…kan..
  15. 8/5 :  Mama bawa berita – ITI sudah dapat tawaran masuk UiTM. Syabas pada Iti.  Anak abah kelima masuk UiTM. Harap-harap dapat belajar sampai tamat. Mama juga beritahu abah, Ami sudah bersedia “berniaga” makanan di Puncak Perdana/Alam. Gila berniaga anak abah seorang ni. Pantang cuti – JM Berianilah, Kopitiam lah, Bakery lah, jual kereta terpakailah…Jangan sampai terbantut cita-cita asal sudahlah. Abah tak kisah asalkan jaga solat fardhu.
  16. 9/5 : Ana sudah balik. Kelas Ekamatra akan dibuka semula. Berita ini benar-benar menakutkan Aki. Maklum Aki akan menghadapi peperiksaan UPSR. Acalah yang paling gembira mendengar berita Kak Ananya balik bercuti.
  17. Sudah terlalu lama tidak menjengah blog ini. Pendekkan cerita,  apa yang dapat dikongsikan disini adalah anak2 terutamanya bila habis je setiap semester Fitri telah melangkah untuk mencari kerja-kerja sambilan. Pd awalnya dapat di Aeon Big sebagai RA tpi selepas bebrapa bulan dh berhenti. Masuk kerja awal bulan Jun 2014 berhenti pertengahan Julai. Kemudian mencuba pula diUptown Shah Alam , start keja 8.00 malam sampai  5.00 pagi. kdg2 kerja lebih masa sehingga 4.00ptg esuknya. Sekarang ni dh berhenti dan duduk rehat menolong kerja2 rumah membantu Ma. Fitri seorang anak lelaki yang rajin dan mudah untuk mendapatkan pertolongan dari kudrat dia. Walupun selalu kena marah dan herdik oleh abah tetapi beliau bukan seorang anak yang pendendam. Itulah salah satu sikap yang amat terpuji dan emak banggakan.
  18. Farhana telahpun bekerja tetapi sering bertukar kerja lain kerana mengejar gaji yang lebih. Alasannya nak kasi kat emak sedikit. Tapi Ma tak pernah suruh dia melompat-lompat kerja. Sebenarnya, Ma minta sedikit gaji disedekahkan utk Ma  kerana mendidik anak2 supaya ingat pada emak (mengelak dari memntingkan diri sendiri ) dan mendidik seorang yg bersedekah . Selain dari itu ianya tuntutan dari agama. Anak ma dan abah ini seorang yang berwawasan tinggi dan memegang prinsip yang sangat kuat dan  unik. Apa yang dia hajati, jgnlah dihalang klu tidak akan jadi satu konflik dan  protes. Dia seorang yang suka berbahas dan mempunyai pendapat sendiri.  Jauh bezanya  dengan sikapnya terdahulu yang pendiam, pemalu dan memendam. Semasa akhir semester dalam degree, beliau mengikut latihan praktikal disatu syarikat international iaitu Asian Secret International Bhd diKeranchi KL selama 6 bulan iaitu mula dari Julai 2013 sehingga Disember 2013. Directornya Mr Victor amat mengagumi hasil kerja dan perkhidmatan yang diberikan oleh Farhana. Beliau akan diserapkan terus dengan menawarkan jawatan Stock Manager dengan gaji sebanyak RM3500  . Tp beliau menolak kerana kerja-kerjanya kena 2-3 kali turun ke Pelabuhan Kelang. Sedangkan Farhana belum boleh membawa kereta apalagi memiliki lessen kereta. Memandangkan syarikat tersebut memrlukan dengan segera, Farhana terpaksa reject. Dalam bulan Januari2014, beliau banyak mencari kerja diwebsite spt Jobstreet dan sebagainya.  Banyak jawatan yang beliau mohon dipanggil temuduga. Bulan Februari 2014 beliau ditawarkan kerja sebagai Customer service Executive dgn gaji RM2000. Namun tawaran tersebut hanya sementara sehingga Jun 2014. Relation & Service Executive yang  ditawarkan di Syarikat Jepun ‘Kansai Paint’ memberi satu lagi peluang yang baik dimana Farhana telah terpilih. Tapi telah ditolak dengan alas an kerja tidak mencabar walupun gaji yang ditawarkan sebnyak RM2600. Rupanya dalam pada itu, beliau terjumpa rakan lama semasa belajar diploma dulu. Rakannya membuka perniagaan sendiri iaitu dua syarikat diantaranya syarikat mencuci bangunan dan Man Power Supply. Jawatan Projek & HR Manager telah ditawarkan kpd beliau yang berlokasi di klana Jaya, bermula 1hb Ogos 2014. Gaji agak lumayan dan termasuk commission serta faedah2 lain dan bonus. Namun kerja2nya kadang2 sehingga malam dan sekali-sekali sabtu ahad. Tugasnya yang sering berjumpa dengan client , bos-bos syarikat, mendapatkan pekerja baru, menguruskan pekerja serta jadual, menguruskan temuduga dengan pekerja dan  kerja-kerja pembentangan adalah minatnya. Sekarang ini beliau berusaha kuat demi kerja dan masa depan dan beliau sendiri memaklumkan kepada Ma utk tidak sepenuhnya membantu kerja2 dapur/rumah. Klu boleh dia minta utk dikecualikan tapi Ma tetap memrlukan tenaga serta khidmat beliau sama2 turun membanting tulang bersama keluarga.

One Response to KHABARNYA…

  1. nazirah yacob says:

    sebaiknya bang, setiap makluman perlu berterusan dan updated supaya makluman dapat dikongsi dan diketahui

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s