Hazizah Tumin

Hazizah ialah adik perempuan nenek Satinah yang bongsu. Dia panggil nenek Satinah Kak Tinah. Abah panggil dia sebagai Cik Wang, tetapi anak-anak abah kenalah panggilnya nenek Wang sewaktu dia hidup (Tetapi dia meninggal pada tahun 2003). Dia tua empat atau lima tahun   dari abah. Dia sangat sayang pada nenek Satinah. Sewaktu dia jadi isteri Menteri Besar macam-macam yang dihadiahkan kepada nenek Satinah. Kain batik sahaja entah berapa helai. Kalau dia tak dapat datang ke rumah, di suruhnya pemandu suaminya hantarkan. Kalau musim hari raya, macam-macam kuih muih dan rendang yang dihantarnya. Satay pula semacam kemestian.
Sewaktu abah berusia 9-12 tahun, kerap juga abah datang ke Kampung Baru terutamanya masa cuti sekolah. Kadang-kadang datuk Abu Zarin hantar dengan motorsikal. Apabila umur abah 11 atau 12 tahun, abah pergi sendiri naik bas. Dari kampung Jimah Baru, abah naik bas Mara. Kemudian tunggu bas Utam Singh di simpang Seremban – Port Dickson. Sampai di bas stand pekan Port Dickson, abah naik bas Chin Wah terus ke Kampung Baru. Abah suka lepak lama-lama di bas stand Port Dickson sebab masa itu pekan Port Dickson belum ditambak. Bas stand di situ terletak betul-betul tepi laut. Yang memisahkan air laut dengan tebing ialah tembok yang dibina di pantai. Di sebelah bas stand terletak pula teksi stand. Di tepi tembok laut, terikat bot-bot nelayan. Banyak penjaja menjaja seperti china menjual minuman sejuk dan keling jual kacang putih. Abah pun hairan juga apasal mereka panggil kacang putih sedangkan makanan yang dijual tiada yang berwarna putih. Walau pun bas 1 jam sekali berlepas, abah tak kisah sangat sebab abah suka bas stand tu. Sesekali abah nampak Tok Gemuk (bapa saudara nenek Satinah) lepak di Teksi Stand. Tapi abah buat-buat tak nampak.
Sepanjang tinggal di kampung baru setiap kali cuti, abah tidur satu katil dengan Nenek Wang. Katil tu pulak katil bujang. Jadi abah tak boleh nak lasak-lasak sewaktu tidur.
Sebelah pagi abah selalu tolong Nenek Wang menoreh. Tanah kebun getah itu kini telah diberikan kepada Nenek Satinah secara faraid selepas bapanya Tumin meninggal dunia. Menoreh di kebun moyang Tumin ini tidak sama dengan menoreh di tanah Datuk Abu Zarin di kampung Jimah Baru kerana pokok-pokoknya sudah tua dan tempat torehannya hanya beberapa inci sahaja lagi mencecah tanah. Kawasan kebun getah juga agak semak dan tidak begitu terurus. Selepas habis menoreh Nenek Wang akan membuka bungkusan. Di dalamnya terdapat lempeng tepung, tebal sedikit dari roti canai. Di dalam lempeng itu sudah ditaruh sambal tumis. Kami berdua makan bersama.
Sewaktu abah di tingkatan dua, Nenek Wang belajar di Maktab Perguruan Raja Melewar. Maktab itu terletak tidak jauh dari Sekolah Tunku Durah, sekolah abah belajar. Satu hari abah nak jumpa Nenek Wang. Abah tunggu dia di kantin. Semasa menunggu dia, perut abah lapar. Lalu abah beli Kuew Teow. Itulah kali pertama abah makan koew Teow. Abah masih ingat lagi pengusaha kantin itu seorang wanita keturunan China yang sudah tua. Abah juga sering nampak Nenek Wang tumpang kereta Encik Mat Isa (tidak lama kemudian mereka bernikah) balik ke Maktab Raja Melewar. Masa itu Encik Mat Isa masih lagi menjadi guru bahasa Melayu di Sekolah Dato’ Abdul Razak yang terletak di sebelah belakang sekolah Tunku Durah. Encik Mat Isa bergaya dengan kereta Alfa Romeonya yang berwarna merah.
Abah teringat satu ketika. Masa itu abah sudah berada di Tingakatan 5. Nenek Wang ziarahi nenek Satinah. Bila dia mahu pulang, dia lalu di bawah pokok rambutan betul-betul di hadapan tangga dapur. (Pokok itu sudah ditebang, dan tapak pokok rambutan itu telah ditambak). Pada masa itu anak dara ramai yang pakai kain ketat terbelah sampai nampak betis. Abah pun tegur pakaian dia. Nenek Wang menjerit panggil nenek Satinah. “Kak tengoklah si Hasan ni, dia tegur kain Wang. Eh Hasan, Cik Wang nak tengok nanti bila kau dah kahwin, macam mana pakaian isteri kau. Amboi..”.
Seperti nenek Satinah, Nenek Wang juga meninggal dunia kerana kanser. Di hari-hari terakhir hayatnya dia ada mengeluh kepada nenek Satinah. Nenek Satinah yang ceritakan pada abah. “Kak, kenapa Hasan tak datang jenguk Wang. Dia macam jauhkan diri sahaja. Masa kecik dulu dia sangat rapat dengan Wang.”

Abah sayu setiap kali teringat kata-katanya. Memang abah yang bersalah kerana sejak Nenek Wang menjadi isteri Menteri Besar, abah sengaja jauhkan diri darinya. Abah tidak mahu ada orang tuduh abah ambil kesempatan dan minta itu dan ini kepada suami Nenek Wang atau Nenek Wang. Dalam dunia realiti, hakikat begini selalunya berlaku. Tapi abah sedar, pada nenek Wang, sangkaan abah mungkin keterlaluan. Abah harap anak-anak abah tidak mudah bersangka tidak baik  lebih-lebih lagi kepada saudara mara yang pernah mengasihi dan menyayangi kita sewaktu kita kecil.

One Response to Hazizah Tumin

  1. mansady says:

    saya masih ingat lagi masa saya konst kena jaga rumah MB tahun 80 an datin dan dato masa tu memang baik, langsung tak sombong semuga arwah di cucuri rahmat kadang-kadang saya selalu cerita pengalaman jaga rumah MB kat kekawan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s