Kamsinah Tumin

Nama timang-timangnya ialah Fatimah. Abah panggilnya Cik Mah. (Anak-anak abah kena panggil nenek Mah). Waktu kanak-kanak abah tidak rapat sangat dengan Nenek Mah. Kalau dia jumpa abah awaslah. Kalau tidak hidung abah, telinga abah kena tarik. Apasal dia suka tarik hidung abah, abah pun tak tahu. Sewaktu abah bercuti sekolah di kampung baru, abah jarang jumpa Nenek Mah. Pernah satu kali, dia pulang lambat. Sedar-sedar ada motorkar Volswagon hantar dia balik. Moyang Tumin tarik muka.

Nek Mah (bertudung biru) antara Tetamu Di Walimahtulurus Ami

Nek Mah (bertudung biru) antara Tetamu Di Walimahtulurus Ami

Selepas kahwin, Nenek Mah rajin juga ziarahi kakaknya, nenek Satinah di kampung Jimah Baru. Macam biasalah, bila jumpa abah dia akan tarik hidung abah. Suaminya yang abah panggil Cik Man, suka bermain tennis. Pernah satu kali abah ziarah rumah sewanya – rumah teres dua tingkat – di batu empat, dia baru balik kerja. Dia mengadap TV tetapi akhirya TV yang mengadap dia. Sebaik bangun dia bergegas pula nak main tenis. Tidak lama kemudian hobi tenisnya bertukar kepada golf. Nenek Mah juga berpeluang sesekali ikutnya bermain golf. Datuk Man juga suka menembak. Pernah satu kali dia datang ke Jimah Baru. Dia bawa senapang. Datuk Abu Zarin kata di sebelah hutan ada banyak ayam hutan. Bila Datuk Man balik dari hutan dia kata kepada birasnya Datuk Abu Zarin. “Bulu ayam hutan pun dia tidak jumpa”. Ada satu kali, abah dan datuk Abu Zarin singgah sebentar di rumah sewa mereka. Kami nampak banyak bantal-bantal yang sedang berasap. Nenek Mah kata, bantal tu dilemparkan ke bawah kerana terbakar. Nasib baiklah mereka sedar awal.
Setiap kali ke kampung Jimah Baru, Nenek Mah suami isteri suka lepak bawah pokok rambutan, bentang tikar mengkuang. Kadang-kadang Datuk Abu Zarin sediakan air kelapa muda. Biasanya Datuk Man lebih suka ambil sendiri kelapa muda. Pada musim rambutan mereka juga rajin makan buah rambutan di bawah pokok rambutan. Datuk Abu Zarin ada tanam 12 batang pokok rambutan yang berbuah lebat. Seperti biasa Datuk Abu Zarin akan minta sesiapa sahaja saudara mara yang datang, ambil seberapa banyak rambutan yang mereka suka untuk dibawa balik.
Nenek Mah seorang guru. Kemahiran bahasa Inggerisnya bagus sekali. Satu ketika abah mahu ambil peperiksaan untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Peperiksaan itu diadakan di Sekolah Kampung Gelam, Port Dickson. Nenek Mah cuba nak bantu abah tetapi beberapa kali dia datang, abah nampak dia dihalang dari masuk ke bilik peperiksaan. Turut menduduki peperiksaan itu ialah sepupu Abah, Mak Cik Hamidah.

Nek Mah ni suka sangat berseloroh.  Satu ketika beberapa kali kedengaran nenek Mah mengusik  adik dan anak buahnya yang lain. “Kau orang kalau nak cari bini kena belajar pada si Hasan”.

3 Responses to Kamsinah Tumin

  1. irwan says:

    Assalamualaikum..nak tanya sikit, adakah nek mah ni pernah mengajar di sk kg gelam pada tahun 1987? ketika itu saya di tahun 1.kalau betul sampaikan salam saya kepada bekas guru saya ini.beliau memang suka menarik telinga saya. terima kasih kerana pernah mendidik saya.mohon maaf kalau tersilap orang..

    • san59 says:

      Betul. Kini “nek Mah” boleh ditemui hampir setiap waktu solat lima waktu di surau Bt 4, Jln Pantai Port Dickson. Dia ketua Wanita di sana. Ambil simpang berhampiran Petronas. Khabarnya “Nek Mah” tak berapa sihat kebelakangan ni.

  2. Suzainie Bin Mohtar says:

    Assalamulaikum, cikgu kelas saya semasa darjah 1 Kuning pada tahun 1981 di Sekolah Kebangsaan Si-Rusa, Port Dickson adalah Cikgu Kamsinah. Saya tidak pasti sama ada “Nek Mah” ini adalah orang yang sama. Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s