Kasinah Tumin

Kasinah Tumin ialah adik ke-4 nenek Satinah. Abah panggilnya Cik Nah (anak-anak abah panggilnya Nenek Nah). Masa abah kanak-kanak, nenek Nah ini banyak duduk di dapur. Kerjanya membantu emaknya memasak. Abah masih ingat lagi, dialah yang selalu hantar lauk dan makanan lain ke rumah “Tok Omar” yang banyak abah sebut di bawah tajuk kecil “Ahmad Razali Omar”. Sebenarnya ada cerita lucu juga. Sewaktu abah bercuti sekolah dan tinggal di kampung baru, moyang aton iaitu ibu kepada nenek Satinah beri sendiri makanan kepada “Tok Omar”. Tetapi Moyang Tumin (bapak kepada nenek Satinah) selalu tarik muka. Cemburulah tu. Jadi moyang aton suruh Nek Nah sahaja ganti tempatnya setiap hari.

Uniknya nenek Nah ini pada pandangan abah ialah kalau dia ketawa, bunyi itik angsa akan keluar. Susah betul mahu berhenti ketawa. Kadang-kadang dia ketawa hingga keluar air mata.
Sewaktu nenek Nah bernikah, abah berada di kampung Arab melihat emak nenek Satinah iaitu moyang Aton sakit. Nenek Nah datang dengan pakaian pengantinnya menziarahi emaknya. Selepas bernikah, suami nenek Nah tinggal bersama di rumah moyang Tumin. Dia rajin basuh motorsikal. Tidak lama kemudian dia membeli sebuah kereta. Sewaktu abah bercuti sekolah abah selalu lihat dia mencuci kereta sambil membuka lagu kuat-kuat. Lagu yang dia suka ialah lagu-lagu dari orkestra El Suraya dari Medan. Nenek Nah pernah mengambil upah menjahit baju di rumah moyang Tumin sebaik meletakkan jawatannya sebagai guru. Dalam ramai-ramai Mak saudara abah, nenek Nah lebih rapat dengan abah. Itu sebab kalau ke kampung Baru, abah tidak pernah tidak singgah ke rumah nenek nah. Nenek Nah juga selalu cium abah sekali pun abah sudah meningkat dewasa.  Ada satu kali  sewaktu menziarahnya di hari raya aidil fitri, nenek Nah cium satu muka abah sampai abah rimas. (Agaknya dia rindu sangat dengan kakaknya iaitu nenek Satinah kot).  Kini nenek Nah menetap di Kampung Baru, SiRusa Port Dickson.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s