Satiah Tumin

Satiah ialah anak kedua Tumin dan Aton. Abah memanggilnya Mak Ngah. Anak-anak abah pula kena panggilnya nenek Ngah. Sehingga tulisan ini (2010) dia masih hidup dan masih sihat. Suaminya abah panggil Pak Ngah Hamid ialah pesara Bomba. Sewaktu belum bersara mereka tinggal di quaters Bomba di pekan Port Dickson. Setiap kali ke Port Dickson, sudah seperti kemestian, abah mesti singgah ke rumahnya. Sewaktu abah ke rumahnya, jarang sangat abah dapat berbual dengan anak-anaknya. Kebanyakan anak-anaknya pemalu. Selalunya mereka akan berada di dalam bilik atau di perpustakaan di luar quaters membaca buku. Selepas sekolah menengah abah jarang ke rumahnya sehinggalah dia bersara. Abah suka juga ikut datuk singgah di rumah nek Ngah sebab nek ngah akan hidangkan tea susu dan biskut mary yang jarang abah dapat di kampung Jimah Baru. Abah juga suka duduk di luar rumahnya sebab rumahnya bersempadan dengan landasan keretapi. Abah boleh lihat keretapi datang dari Seremban atau keretapi bergerak dari stesyen keretapi Port Dickson ke Seremban. (Kini bangunan setesyen kertapi itu sudah tiada lagi. Landasan keretapi pun tidak lagi digunakan sejak awal tahun 1980-an. Tok dan nenek Ngah sewaktu tinggal di kuaters bomba tidak mempunyai kenderaan baik motorsikal atau pun kereta. Kalau terpaksa bergerak keluar, mereka akan gunakan bas, basikal atau menumpang orang lain.

Nek Ngah ni kaya dengan anak perempuan. Anaknya yang sulung lelaki, iaitu Razak. Kemudian perempuan iaitu Hamidah, Hayati, Halimah, Habibah dan yang bongsu Hanita. Anak-anak mereka adalah pangkat “dua pupu” dengan anak-anak abah.

Nek  Ngah ni pelembut orangnya. Dia mudah senyum dan selalu bertutur dalam nada dan bahasa yang lembut. Pernah satu ketika abah usik dia. Abah kata “Wah Mak Ngah, sejak sudah ramai dapat menantu lelaki ni, Hasan dah tak peduli lagi..”. Nek Ngah senyum dan menjawab dengan lembut..”Menantu ya menantu, anak buah ya anak buah, Mak Ngah tetap ingat dan sayang Hasan juga”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s