Sekimah Tumin

Nama timang-timangannya di kalangan adik beradiknya ialah “Ngendon”. Confirm, Jawa !!Abah memanggilnya Mak Lang.  Dia suri rumah sepenuh masa. Sewaktu zaman kanak-kanak, abah sering juga ke rumahnya dengan basikal bersama Tok Busu. Sewaktu Hari Raya pun abah kerap ziarahinya di rumahnya di Kampung Sawah, Sunggala, Port Dickson. Selepas Moyang Tumin meninggal mereka sekeluarga berpindah ke Kampung Baru untuk tinggal di tanah Faraid Moyang Tumin.

Anak-anaknya yang rapat dengan abah tiga orang. Yang sulong Zainab namanya dan sebaya dengan abah. Zainab meninggal dunia sewaktu berusia 13 tahun. Masa kecil abah suka juga duduk berhampiran Zainab. Dia tidak boleh bercakap, tidak boleh berdiri dan tidak boleh menguruskan dirinya sendiri sehinggalah meninggal dunia. Ayahnya yang abah panggil Pak Lang lah yang selalu mendukungnya ke sana dan ke sini. Zainab suka melihat budak-budak bermain. Dia akan ketawa sendirian sebab tiada budak-budak yang mahu berbual dengannya. Kadang-kadang Zainab menangis sendirian dan biasanya yang memujuknya ialah nenek Lang atau datuk Lang. Abah memang bersimpati dengannya dan selalu duduk sebelahnya. Dia pula seolah-olah suka abah menemaninya. Perasaannya hanya dilahirkan dengan cara ketawa dan menangis.
Anak nenek Lang yang kedua seorang lelaki, Zainal namanya. Zainal muda setahun dari abah. Anak ketiganya ialah Zailan. Zailan tiga tahun lebih muda dari abah. Selepas Zailan, perempuan yang bernama Zaimah. Bawah Zaimah abah tidak kenal  sangat. Zainuddin, Zairi, Zaili – meninggal kerana  kemalangan helikopter dan jatuh ke laut. Mayatnya tidak ditemui.  Yang bongsu sekali si Zaidi.

Satu perangai Nek Lang ni yang paling abah suka kalau beraya di rumahnya sejak abah kecil hinggalah separuh abad, dia akan bising sebising-bisingnya jika juadah yang dihidangkan tidak abah jamah. Lebih baiklah abah jamah sebelum dia mula buka mulut…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s