NURUL FATASHAA’

(Teks ini ditulis oleh kak Ana) Dia dilahirkan di Selangor Medical Centre, Seksyen 20.  Acalah yang paling beruntung sebab dalam ramai-ramai anak Mama, Aca bersalin ditempat yang agak istemewa. Kata Mama biarlah aca jadi anak yang bongsu sebab Mama masih belum habis belajar lagi. Sewaktu Aca dilahirkan semua adik beradik sangat gembira. Mereka ramai-ramai mengunjungi Mama dan Aca di Pusat Rawatan.

Aca dengan pakaian sukan

Aca dengan pakaian sukan

Nama Aca sebenarnya adalah idea Mama dan Kak Ana. Kata Mama, biarlah kali ini Mama yang namakan anaknya. Abah ikut aja. Kemudian Mama namakan Aca sebagai Nurul Fatasha. Abah tak setuju tetapi abah diam aja sebab dia sudah janji dengan Mama beri Mama tentukan nama anak bongsunya. Apapun abah minta semua orang panggil Tasha sebagai Tasyaa’. Kata abah, Tasha tak ada makna. Tetapi Tashaa’ maknanya “yang dikehendaki”. Jadi terjemahan bebas Nurul Tasyaaa’ ialah “cahaya yang dikehendaki”. Bila Mama dengar komen Abah, dia hubungi Jabatan Pendaftaran Negara tanyakan proses tukar nama. Tapi sehingga Tasyaa’ berusia tiga tahun setengah nama dalam surat beranak masih kekal. Apapun semua adik beradik panggil Tasyaa’ sebagai “Aca”.

Aca bersedia nak nyanyi

Aca bersedia nak nyanyi

Sewaktu berusia bawah tiga tahun setengah
Menurut kata Kak Ana, Aca suka makan nasi ayam. Minuman kegemarannya ialah milo atau coklat. Dia suka bermain dengan anak patung yang comel seperti beruang, kucing dan arnab. Abah memang tidak galakkan anak-anaknya bemain anak patung. Kata abah nanti malaikat rahmat tak mahu masuk rumah. Aca juga suka menyanyi. Lagu yang sering dinyanyikannya ialah lagu ciptaan kakaknya sendiri iaitu Ekamatra, Mari Kita dan Aku Bangun Buka Mata. Lagu lain yang dia suka ialah lagu Bangau oh Bangau, Dua Tiga Kucing Berlari, Burung Kakak Tua, Saya Suka Main Buih Sabun dan Cicak-Cicak di Dinding. Aca selalu minta abah nyanyi bersama-samanya. Kadang-kadang mereka menyanyi bersama sewaktu abah memandu kereta. Aca juga suka nyanyi lagi “Ketahuan” dan “Hujan”. Dia akan nyanyi lagu-lagu ini dengan Aki. Iti pula akan bermain gitar mengiringi nyanyian mereka berdua.

Aca sedang sedih sangat

Aca sedang sedih sangat

Menurut kata Ana, adik beradik yang paling Aca suka ialah Ana sebab dia sayang dan ana adalah tempat dia mengadu dan bermanja. Adik beradik yang paling dia tak suka ialah abang Aki sebab Aki selalu ambil barang kesayangan Aca tanpa kebenaran. Sebenarnya, kata Abah, jawapan Aca itu akan berubah jika orang lain pula yang bertanya. Contohnya kalau Ami yang bertanya, Aca akan kata dia paling suka pada Ami. Begitulah Aca. Kecil-kecil lagi sudah pandai berpolitik.
Sejak berusia tiga tahun Aca suka menonton tv astro. Rancangan kegemarannya ialah Tom Tombak, Geng Bas Sekolah, Tom and Jerry dan Mickey Mouse. Warna keegemarannya ialah merah jambu. Sewaktu Aca berusia tiga tahun, dia seorang yang tidak sabar. Dia akan menjerit dan menangis jika lambat disediakan minuman. Dia juga mudah marah jika adik beradik lain makan tanpa mengajaknya sama. Di Tadika, ketika berusia tiga tahun lebih, teman yang disukainya ialah Ain dan Puteri.
Perangainya? Pantang ada orang dapat hadiah pasti nak hadiah juga atau dia mengambil hadiah itu kerana dia lebih suka diberi keutamaan dan perhatian keluarga. Jika inginkan sesuatu, dia akan dapatkannya dengan apa cara sekalipun sehingga dia dapat apa yang dia inginkan.

Mudah-mudahan aca jadi wanita solehah

Mudah-mudahan aca jadi wanita solehah

Jika merajuk bagaimana cara nak pujuk? Kata Ana, kami sekeluarga terpaksa bermain psyco atau reverse psychology kerana budak yang cerdik ini agak sensitif. Sudah menjadi lumrah atau fitrah kanak-kanak perempuan akan gembira jika dia mendapat apa yang dia inginkan dan kasih sayang yang suci daripada keluarga tercinta. Jika dia baru lepas kena marah, kita perlu berlembut dengannya dan meminta maaf kepadanya. Aca juga akan menjerit marah, kalau Abah cium atau dakap Mama. Tapi bila Mama cium atau dakap Abah, Aca tak kisah pun. Berbanding dengan adik-beradik lain, Aca suka berada di Nurseri UiTM. Cikgunya pernah melapor, Aca seorang murid yang pandai dan cepat belajar. Cuma yang tidak baiknya jika pelajaran yang dia dapat itu sesuatu yang tidak baik. Contohnya sewaktu berusia tiga tahun lagi dia sudah minta supaya dipakaikan gincu bibir.

Sekarang Aca Sudah Berusia 8 tahun!

Semasa Aca 8 tahun Aca masih sekolah kebangsaan. Aca ada bela arnab.  Arnab tu betina. Nama arnab tu Warabby bt Sri Dewi.  Warabby suka makan kobis, lobak merah dan makanannya yang dibeli dari kedai.  Hobi arnab itu adalah mencium-cium dan menggigit apa sahaja yang dekat.  Bila di luar sangkar dia berlari sini berlari sana. Bila penat arnab tupun baring.

Aca sedang baca al Quran

Aca sedang baca al Quran

Arnab ini dibeli oleh mak bapa saya sejak dia kecil lagi.Warna bulunya hitam putih.Aca sangat bingung kerana aba namakan ianya dewi sedang kan kakak saya namakan Warabby.  Jadi Aca pening sangat.  Aca namakan arnab tu Warabby . Bila Aca namakan Warabby, aba setuju kak Ana setuju. Jadi kalau aca namakan Warabby semua orang setuju.  Itulah kisah pasal arnab.

Aca pula akan ceritakan pasal kawan-kawan di sekolah. Kawan Aca ada yang jahat ada yang baik.  Kalau kawan baik Aca adalah,  Aliyah Farhana,Farzana dan Fatin.  Aca tak ada kawan baik lelaki cuma kawan biasa.  Kalau budak lelaki jahat,perangai macam perempuan,gatal dan tidak ikut cakap cikgu, Aca tak kawan.

5.12.2014 semasa bulan Disember aca cuti panjang… sangat.Semasa aca cuti sekolah aca membaca buku,menulis blok dan menulis aca bosan kalau cuti sekolah,kerana aca tak dapat jumpa kawan kawan di sekolah waaaa..kesian tapi kawan lelaki tak seronok sebab apa asyik main gameeee… hihiihihhiihih…tetapi juga ada lelaki yang suka sekolah buka.

Kalau hari raya aca seronok tapi sedih juga bulan ramadhan yang mulia ni yang tiada syaitan sudah meninggalkan kita huhuhu…bila waktu hari raya jer syaitan dah keluar dari penjara tu dan terus menguruskan keje keje diorang tu lah hei….mesti waktu hari raya jer budak buak ni mesti pergi satu satu rumah dan ia berkata ”Asslamualaikum!!! kami datang ni nak raya!!!!” kata diorang deka rumah tu tapi sebernanya diorang nak duit raya baik cakap ‘KAMI DATANG NAK DUIT RAYA’ haah…senang hati kau bagi penampar boleh lah hei pandai pandai je dah lah jerit depan rumah lepastu kelam kabut nak kemas….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s