Fahmi Akhiri Zaman Bujang

10631162_10152689076513501_1132334046884046990_o

UiTM Hotel, Seksyen 1 Shah Alam (August, 31)

1. Selamat Penganting Baru semoga berbahagia sampai ke akhir hayat
dari adik mu Aca.  Selepas kahwin jangan lupa sayang Aca…

2.  Semoga gembira di dunia dan akhirat dan sentiasa ingat ALlah. (Aki “handsome”).

Gambar sila lihat di laman walimatulurus

Advertisements
Imej | Posted on by | Tinggalkan komen

Ujian

Setakat tulisan ini, tidak sampai sepuluh orang peneroka asal (lelaki) Kampung Jimah Baru yang masih hidup. Mudah-mudahan saki baki yang hidup ini tidak terganggu fikiran mereka dengan tawaran pembelian tanah yang semakinnya menarik. Mudah-mudahan saki baki penerika asal ini dapat menasihati pewaris tanah lain supaya tidak mudah terpesona dengan tawaran harga yang diberikan.

Antara ujian kesenangan dan kesempitan, ujian kesenanganlah yang paling merbahaya. Benar, sama ada merbahaya atau tidak kedua-dua jenis ujian ini bergantung kepada sejauh mana mereka menjadi dekat atau menjadi jauh dari Allah SWT. selepas ditimpa ujian ini. Namun kelazimannya manusia yang diuji dengan kesempitan lebih mudah dan cepat mengingati Allah SWT.

Masalah Faraid

Tanah di Kg Jimah Baru ini hanya boleh ditukar nama pada geran tanah untuk satu nama sahaja. Terserahlah kepada penama itu mahu mengagehkan secara faraid, sama rata atau cara lain. Jika simati sudah berwasiat supaya harta mereka diagehkan secara faraid sekali pun, ini tidak menjamin harta tersebut akan diagehkan mengikut syariat Islam kecuali ada dokumen bertulis yang diiktiraf oleh undang-undang sedia ada.

Pada pendapat abah, sesiapapun yang diberi kuasa untuk mengurus tanah tersebut wajiblah diagehkan secara faraid. Jika tidak dapat kata muafakat dari pewaris untuk menamakan pewaris bagi tanah tersebut (pertukaran nama pada geran tanah) eloklah diwakafkan sahaja kepada masjid kampong Jimah Baru. Jika kita menghayati pengorbanan generasi terdahulu, tidak mungkin pewaris sampai hati untuk menjual tanah kampong. Mudah-mudahan ALlah memberi petunjuk kepada pewaris tanah kampong. Amin.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Hilang Cincin

Siapa ada kehilangan cincin? Kami jumpa di pantai berdekatan Rainbow Paradise Resort, Pulau Pinang.
Sila hubungi kami.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Wahh..lamanya

lama betul abah tak jengok blog ni. Kebetulan tadi sembang dengan kawan sekampung abah. baru teringat yang blog ni lama abah tak jenguk..

Cuma abah nak rakamkan dalam blog ni tentang Aki. Dia sudah berada di tingkatan satu. Nampak kemas bertali leher. Setakat ini dia rajin membaca novel Melayu dan Inggeris. Baguslah untuk pertingkatkan kemahiran bahasa.

Hari ini Ana terakhir periksa. Dia pun sudah dapat surat pertukaran ke kampus Puncak Alam. Mudah-mudahan dia bertemu saingan sekursus.

Iti sedang sibuk belajar di Arau. Cutinya lambat lagi tapi sudah berangan nak kerja part time.

Hari ini 5 Januari 2014.
Sejak semalam Aca masih lagi memujuk abah untuk membelikannya seekor arnab. Abah masih lagi menanguh-nanguh permohonannya. Abah tahu sangat, anak abah biasanya “panas sekejap” aja dengan sesuatu hobi. Abah harap, apa sahaja keputusan abah akan memberi kebaikan kepada Aca.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Ikhlaslah dalam Beribadah

Abah selalu perhatikan telatah anak-anak abah ketika solat. Ada yang lambat, ada yang terlalu cepat bacaannya dan ada yang cuba  tinggalkan perkara yang sunat. Pesanan abah, dalam melaksanakan ibadah – solat, puasa, membaca alQuran , bersedekah dan lain-lain perlulah ikhlas. Hanya dengan ikhlas sahaja kita akan merasa kenikmatan dalam mengerjakan ibadah tersebut. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Bertemu Kawan Lama

Minggu ini abah rasa seronok kerana bertemu tiga orang kawan lama. Pak Cik Idzhar, sudah 30 tahun tak jumpa. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Untuk Renungan

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen