Bismillah hirrahmannirrahim

Segala puji bagi ALlah Taala  tuhan yang menjadikan ia  akan jin dan manusia supaya mengerjakan  mereka itu akan ibadat   lagi yang sangat mengetahui  ia akan yang tersembunyi di dalam dada dan segala mata yang khianat, dan lagi akan bertanya ia daripada pendengaran  dan penglihatan dan  hati dan lainnya pada hari kiamat, dan salawat dan salam adalah keduanya bagi nabi yang dibangkitkan  kepada sekelian alam kerana rahmah, yang bersabda ia:   Bahawasanya Allah Taala tiada menilik  ia kepada rupa kamu dan tetapi menilik ia  kepada segala hati kamu, dan atas sekelian keluarganya dan sahabatnya yang membersihkan mereka itu akan segala hati mereka itu daripada sifat kecelaan, dan menghiasi mereka itu akan dia dengan perangai yang baik dan sifat kepujian.

Amma ba’du maka ini sebuah kitab yang kecil pada permulaan ilmu tasawwuf,  hamba himpunkan dia kerana peringatan bagi hamba sendiri dan bagi sekelian saudara-saudara yang baru belajar, dan hamba namakan akan dia dengan  (penawar bagi hati) pada menerangkan barang yang wajib dibersihkan  daripadanya  dan dihiasai dengan dia  akan segala hati,  dan hamba sebut di dalamnya  akan satu pendahuluan dan tiga kitab.

Dan akan Allah Taala jua hamba pohonkan bahawa memberi manfaat ia dengan ini kitab bagi hamba sendiri dan bagi sekelian pembacanya. Dan bahawa menjadikan  ia akan dia ikhlas semata-mata menuntut keredhaannya. Kerana bahawasanya ia sangat kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Yang menghimpun

  • Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al Indonesia al Manduli
  • Makatul mukarramah pada tanggal tujuh bulan Rejab
  • Tahun seribu tiga ratus tujuh puluh delapan hijrah

Pendahuluan

  1. Ketahui olehmu bahawa sanya  ilmu tasawwuf itu pengetahuan yang diketahui dengan dia akan segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar atau  kelakuan yang dibenci seperti dengki dan membesar diri.  
  2. Dan adapun faedahnya  maka menyampaikan ia kepada  mengosongkan hati  daripada yang lain daripada ALlah taala dan menghiasinya  dengan memandang kepada tuhan sekelian alam.
  3. Dan adapun hantarannya maka iaitu hati manusia daripada pihak kelakuan yang  datang kepadanya.
  4. Dan adapun hukumnya maka fardhu ain atas tiap-tiap yang berakal lagi sampai umur
  5. Dan adapun tempat ambilnya maka daripada Quran yang mulia dan hadis Nabi s.a.w.
  6. Dan adapun namanya bab ilmu tasawwuf

Dan ketahui olehmu bahawasanya maksud daripada ilmu tasawwuf itu membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji,  supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan, dan dikehendaki dengan segala  anggota yang zahir  itu tujuh anggota,  pertama mata dan kedua telinga, dan ketiga lidah, dan keempat perut, dan kelima faraj,  dan keenam dua tangan dan ketujuh dua kaki. Dan hendaklah engkau ingat di dalam hati engkau akan bahawasanya Allah taala telah memberi nikmat ia akan dikau dengan  beberapa nikmat yang besar-besar, dan iaitu  segala anggota engkau,  yang wajib atas engkau memeliharanya  dan mensyukurikannya. Maka jika tiada  memelihara engkau akan dia nescaya selagi jadi saksi semuanya atas engkau pada hari Qiamat, seperti firman ALlah taala:  …….ertinya pada hari qiamat mencap oleh ALlah telah atas segala mulut mereka itu,  ertinya    menegah  ia akan dia  daripada bercakap, berkata-kata akan ALlah taala   oleh segala tangan mereka itu, dan menyaksikan oleh segala kaki mereka itu dengan barang yang ada mereka itu  mengusaha akan dia di dalam dunia, maka tiap-tiap anggota bertutur ia dengan  kejahatan yang keluar   daripadanya dan firman Allah taala…….ertinya  dan tiada ada kamu dahulu di dalam dunia bersembunyi pada ketika mengerjakan kejahatan daripda menyaksikan atas kamu oleh segala telinga kamu, dan segala mata kamu,  dan segala kulit kamu dan tiada dapat bersembunyi  daripada sekelian saksi yang  tersebut melainkan  dengan meninggalkan segala  kejahatan itu sama sekali, kerana bahawasanya  tiada bercerai semuanya  daripada manusia  pada tiap-tiap masa dan tiap-tiap tempat  selagi menyebut hamba akan  tujuh fasal bagi segala anggota  yang tujuh yang tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s