Faraj

Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj   

Ketahui olehmu bahawa sanya Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat  iaitu mengadakan anak  dengan dia. Sabda Nabi s.a.w. : Ertinya  berkahwin oleh kamu  nescaya kamu mendapat anak-anak  maka bahawa sa nya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat  dan sabda Nabi s.a.w.:  ……ertinya apabila mati manusia nescaya putus oleh amalannya melainkan daripada tiga perkara.  Pertama wakaf, dan kedua ilmu yang diambil manfaat dengan dia, dan ketiga anak yang beriman   yang  mendoa baginya . Berkata Ibnu Hijar rahimah hullah hi taala:  Ditulis baginya  seumpama segala  amal yang baik  yang mengerjakan dia  oleh anaknya. Tiada  segala amalannya  yang jahat-jahat  antahi  demikian lagi  menjadikan  Allah Taala  bagi engkau akan faraj  kerana kegunaan dunia iaitu  bersedap-sedap dengan jimak dan  bersuka-suka dengan sekelian anak yang dapat dengan jimak itu, yang bermula  mereka itu sebesar-besar segala perhiasan dunia. Kerana firman Allah Taala: ….ertinya  bermula harta benda dan sekelian anak itu perhiasan hidup dunia, dan firmannya …… ertinya  dihiasi bagi manusia akan kasih akan segala keinginan  daripada perempuan dan anak-anak  Bermula mensyukur kan ini anggota  memelihara daripada yang diharamkan, seperti  zina dan  luat (?)  dan mengeluarkan air mani  lain daripada tangannya isterinya  dan jarinya, dan memeliharanya  daripada yang syubaat,  seperti jimak pada nikah yang batal jika taklid ia akan  yang berkata  dengan sah nikah  itu dan jika  tiada nescaya adalah  ia haram bukan  syubahat, telah berfirman Allah taala pada ketika  memuji akan orang yang  beriman yang mendapat  kemenangan  (surah Al Mukminun: 5)……….ertinya  dan sekelian yang memelihara  mereka itu akan segala faraj mereka, kecuali atas sekelian  isteri dan sahaya mereka itu yang perempuan maka bahawasanya  mereka itu tiada dicela,  dan ketahui olehmu  bahawasanya tiada sempurna  memelihara faraj   itu melainkan  dengan memelihara mata daripada melihat  perempuan yang haram  dilihat dan memelihara  hati daripada  memikirkan rupa yang elok,  dan memelihara perut  daripada memakan yang syahwat dan daripada bersangatan kenyang. Kerana yang demikian itu menyeru kepada zina yang adalah ia sebesar-sebesar segala dosa besar dengan ijmak ulama  kemudian daripada kafir  dan membunuh orang. Telah berfirman Allah taala:  (Surah Al Furqan :  68……ertinya  dan mereka yang tiada mengibadatkan  mereka itu seperti ALLah Taala  akan tuhan yang lain, dan tiada  membunuh mereka itu  akan nyawa yang mengharamkan  Allah Taala akan membunuhnya melainkan dengan  sebenar-benar dan  tiada berzina mereka itu dan  barang siapa mengerjakan  akan demikian itu  nescaya  berjumpa ia akan siksa (atau akan telaga di dalam api neraka jahanam) digandakan baginya akan siksa pada hari kiamat dan berkekalan  ia padanya dihinakan dia melainkan mereka yang taubat. Dan  firmannya: (Surah al-Isra’ : 32) ….Ertinya  dan jangan menghampiri  kamu akan zina kerana bahawa sanya  zina itu adalah  ia maksiat  yang sangat keji  dan sejahat-jahat jalan ertinya  sejahat-jahat pekerjaan. Telah menceritakan oleh Al Bukhari  danMuslim daripada  Ibnu Al Mas’ud r.a.  berkata ia: bertanya aku akan Rasulullah s.a.w.: Apa dosa yang lebih besar pada sisi Allah Taala? Bersabda ia  bahawa engkau  jadikan bagi Allah Taala  akan yang  menyekutui, dan ia juga menjadikan  akan dikau. Bersembah aku: Bahawasanya  demikian  itu sungguhnya  dosa yang sangat besar. Bersembah aku: Kemudian apa? Bersabda ia bahawa engkau  bunuh anak engkau  kerana takut engkau  bahawa makan ia serta engkau, bersembah aku: Kemudian apa? Bersabda ia  bahawa engkau berzina akan perempuan  orang yang hampir dengan rumah engkau Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s