Kaki dan Tangan

Fasal Yang Ke Enam dan Fasal Yang Ketujuh) (Pada Menyatakan Dua Tangan dan Dua Kaki)

Ketahui olehmu bahawa sanya Allah Taala menjadikan ia bagi engkau akan dua tangan dan dua kaki kerana beberapa manfaat yang bangsa akhirat dan yang bangsa dunia. Maka adapun segala manfaat akhrat maka mengerjakan engkau dengan keempat-empatnya akan segala pekerjaan kebajikan seperti berjalan kepada masjid dan kepada tempat belajar ilmu yang member manfaat dan berjalan kepada tempat perang sabil dan tempat mengerjakan haji dan umrah dan berjalan kerana ziarah dan menghubung rahim dan yang lainnya daripada segala ibadat yang diklerjakan dengan dua kaki dan seperti menghilangkan yang mungkar dengan tangan dan menulis akan ilmu dan berjabat tangan dengan orang yang solih dan yang lain daripadanya daripada segala ibadat yang dikerjakan dengan dua tangan. Dan adapun segala manfaat dunia maka iaitu berusaha dengan dua tangan dan dua kaki itu pada mencari harta benda dan segala tujuan engkau dan memelihara engkau dengan dia daripada mudharat. Seperti lari dengan kaki daripada binatang buas-buas dan seperti menolak dengan tangan akan kejahatan orang yang menerkam ia akan dikau, dan bermula mensyukurkan nikmat kaki dan nikmat tangan ini bahawa engkau pakai akan keduanya pada segala taat, dan engkau pelihar keduanya daripada tiap-tiap maksiat, maka jangan engkau menyakiti dengan dua tangan engkau akan yang diharamkan pada syara’ menyakitinya Dn jangan engkau khianat dengan kedua akan orang yang dipercayai engkau dengan dia. Dan jangan engkau pegang melainkan dengan yang haram dan jangan engkau tulis dengan keduanya akan yang dilarang daripada yang memberi mudharat akan orang Islam dan daripada ilmu yang diharamkan seperti sihir.Dan jangan engkau berjalan dengan kaki engkau kepada tempat yang haram dan kepada tempat orang yang zalim melainkan kerana dharurat, pendeknya segala gerak engkau dan segala diam engkau itu sebesar-besar nikmat Allah Taala atas engkau. Maka palingkan oleh mu akan dia kepada taat supaya adalah engkau daripada mereka yang mengetahui akan nikmat dan mensyukurkannya maka diharap berkekalan nikmat itu pada engkau kerana syulur itu pengikat bagi nikmat dan sebab bagi bertambahnya dan jangan engkau palingkan segala gerak dan diam engkau itu kepada maksiat supaya jangan ada engkau daripada mereka yang kafir akan nikmat (Ertinya tiada syukur akan dia) maka sebab bagi ditinggalkan nikmat itu dan sebab bagi siksa yang bersangatan pada hari mensaksikan atas mereka itu oleh segala lidah mereka itu dan segala tangan mereka itu, dan segala kaki mereka itu, dengan barang yang ada mereka itu mengerjakan akan dia di dalam dunia daripada segala kejahatan. Dan ketahui olehmu bahawsanya memelihara segala anggota yang tujuh ini daripada segala kejahatan dan memakainya pada segala kebajikan tiada sempurna keduanya melainkan denga membersihkan akan rajannya daripada segala perangai yang dicela seperti riya’ dan takabbur dan dengki dan kikir dan lain-lainnya dikehendaki dengan rajannya itu iaiatu hati, Wallahu;’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s