Lidah

Fasal Yang Ketiga Pada Menyatakan Lidah

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Taala  menjadikannya akan lidah bagi engkau supaya membaca engkau dengan dia akan Quran dan  hadis nabi s.a.w. dan segala zikir dan pengetahuan yang memberi manfaat  dan supaya mengajar engkau  dengan dia akan ilmu  yang member manfaat  dan menyuruh engkau dengan kebajikan  dan melarang daripada kejahatan. Dan member nasihat engkau  akan orang Islam dan menunaikan engkau  akan hajat mereka itu  dan mendamaikan engkau  akan mereka itu, dan barang sebagainya daripada  segala faedah akhirat  yang dikerjakan dengan lidah, seperti menjadikan Allah Taala  akan lidah engkau itu kerana muslahat dunia, seperti mencari harta  dengan segala akad, seperti akad jual beli, dan akad sewa, dan hendaklah syukur engkau atas nikmat lidah ini , dengan memeliharanya daripada barang yang tiada dijadikan dia  kerananya,  daripada berkata-kata dengan yang dilarang seperti berdusta yang menyakiti akan orang lain –lain  maka itu dosa besar, bersalahan berdusta yang tiada menyakiti maka iaitu dosa kecil, kecuali kerana hajat,  maka tiada ada ia dosa seperti berdusta kerana mendamaikan antara manusia, kerana sabda Nabi s.a.w. bermaksud  tiada mereka yang mendamaikan antara manusia itu berdusta.

Bahkan terkadang wajib berdusta seperti melihat ia akan orang yang  haram dibunuh, yang bersembunyi ia daripada orang yang zalim yang mengkehendaki membunuhnya maka wajib berdusta kerana melepaskan daripada dibunuh orang yang zalim itu, dan seperti mengumpat,  iaitu menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika didengarnya, maka iaitu haram dengan ijmak ulama bahkan berkata kebanyakan mereka itu: bahawasanya mengumpat itu dosa besar, kerana barang yag dating padanya daripada beberapa janji seksa yang  bersangatan seperti firman Allah Taala (Surah Al Hujerat  49:12) Ertinya hai sekelian mereka yang beriman jauhkan oleh kamu akan banyak daripada sangka iaitu sangka yang jahat kerana bahawasanya setengah daripada sangka itu dosa dan jangan kamu mencari dan memeriksa aib manusia, dan jangan mengumpat  setengah kamu akan setengah,  adakah suka seorang kamunahawa makan ia daging saudaranya pada ketika mati, maka benci kamu akan dia dan takut oleh kamu akan Allah Taala, bahasanya Allah Taala itu sangat menerima taubat lagi sangat kasih saying, dan telah menceritakan oleh al Baihaqi  dan At Tabarani dan Abu Al Syeikh dan Ibnu Abi Ad Dunia daripada Jabir dan Abi Said r.a.  berkata keduanya bersabda rasululllah s.a.w. ….. ertinya jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan jauhkan oleh kamu akan mengumpat, kerana bahawa sanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina, dikatakan bagi nabi s.a.w.: betapa ada mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina? Bersabda ia: bahawasanya seorang laki-laki terkadang berzina ia dan taubat ia maka menerima Allah taala akan taubatnya, dan bahawasanya yang mengumpat itu tiada diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang  diampunnya, dan seperti menyalahi janji yang adalah  ia salah satu daripada segala alamat munafik, sabda nabi s.a.w.: …….ertinya tanda munafik itu tiga apabila bercerita ia nescaya berdusta ia, dan apabila menjanjikan ia akan kebaikan nescaya menyalahi ia akan janjinya dan apabila dipercayai akan dia nescaya khianat ia, ertinya tiada menunaikan ia akan barang yang  dipercayai ia padanya itu.

Dan seperti berbantah-bantah dan berkata-kata pada barang yang  tiada member faedah sabda nabi s.a.w. :…… ertinya setengah daripada keelokan Islam seorang itu meninggalkan ia  akan barang yang tiada member manfaat akan dia pada dunia atau akhirat dan  seperti mengadu-adu sabda nabi s.a.w.:….. ertinya tiada masuk ke dalam syurga orang yang mengadu-ngadu menceritakan dia  oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah r.a. dan sungguhnya telah iktifak ulama atas bahawasanya  mengadu-ngadu itu dosa besar,  iatu memindahkan perkataan setengah manusia kepada setengah kerana tujuan membinasakan mereka itu dan menjadikan mereka itu berkelahi,  ada pun memindahkan perkataan kerana nasihat bagi mereka  yang dipindahkan perkataan kepadanya maka wajib ia tiada masuk ia di dalam mengadu-ngadu yanbg dilarang,

Dan ketahui olehmu bahawasanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besarnya daripada kejahatan maka lazimkan olehmu akan memeliharanya dan tiada menolong akan dikau atas sejahtera daripada kebinasaannya melainkan  mengasingkan diri daripada manusia, dan mengekalkan diam melainkan pada ketika berhajat kepada berkata-kata, seperti belajar dan mengajar dan member nasihat,  bersembah oleh Muaz bin Jabal r.a. , Hai Rasululllah berpesan olehmu akan daku, maka mengeluarkan oleh Rasullullah s.a.w. akan lidahnya yang maha mulia, dan bersabda ia, Tahan olehmu atas engkau akan ini, ertinya lidah engkau yang seperti kidah aku ini hendklah engkau tahan akan dia daripada berkata-kata dengan perkataan yang dilarang, dan adalah saidina Abu Bakar as Siddik r.a. memegang ia akan lidahnya, dan berkata ia inilah yang mendatangkan akan daku pada segala tempat kebinasaan berkata oleh syair (penyair) luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah * tetapi tiada semudah yang dilukakan lidah

Dan hendaklah engkau ingat akan bahasanya perkataan yang baik itu mendatangkan petunjuk bagi segala anggota,  dan perkataan yang jahat itu menyebabkan akan jahat segala anggota,  telah menceritakan oleh Abu Said al Khudri r.a.  bahasanya manusia itu apabila berpagi-pagi bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah, dan berkata semuanya baginya: menuntut oleh kami akan dikau dengan nama Allah bahawa engkau betul atas petunjuk, kerana bahawasanya engkau jika engkau lurus nescaya kami lurus dan jika engkau bengkok nescaya kami bengkok dan berkata oleh Malik bin Dinar rahimah tulla hi taala apabila melihat engkau akan keras pada hati engkau dan lemah pada badan engkau dan tergetagh engkau maka ketahui olehmu bahawasanya engkau telah berkata-kata pada barang yang tiada member manfaat akan dikau

Dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan engkau itu ada kalanya taat atau maksiat atau yang  harus yang sia-sia, maka jika ada ia taat seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang  daripada kejahatan maka padanya pahala yang besar-besar dan jika ada ia maksiat maka padanya seksa yang tiada engkau kuasa menanggungnya sabda nabi s.a.w. …… ertinya dan tiada menyebabkan akan menusia atas muka mereka itu  atau atas hidung mereka itu melainkan barang yang  berkata-kata mereka itu dengan dia dan jika ada perkataan itu yang harus yang tiada berfaedah maka padanya membuat pekerjaan bagi malaikat kiraman katibin dengan barang yang  tiada kebajikan padanya dan mengirim surat kepada Allah taala yang tertulis di dalamnya  perkataan yang sia-sia dan membencinya dihadapan Allah taala pada hari kiamat pada ketika huru hara yang sangat besar lagi pada ketika lapar dan dahaga dan bertelanjang wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s