Mata

Fasal Yang Pertama Pada Menyatakan Mata

Ketahui olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikan dia oleh Allah taala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat memandang kepada langit dan matahari dan bulan dan bintang, dan lainnya supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah taala dan atas keesaan dan atas kekuasaannya dan setengah daripadanya melihat akan Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ilmu dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau dan melepaskan engkau daripada segala yang menyakiti seperti jatuh, dan berlaga, dan bermula mensyukur akan mata itu memelihara daripadanya tiap-tiap kaki berzina keduanya, dan zina keduanya berjalan kepada tempat yang haram berjalan kepadanya dan bermula mulut itu berzina ia dan zinanya mengkucup akan yang tiada halal dikucup dan bermula hati itu berkehendak ia dan mencita-cita ia, dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj (dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu) atau mendustakan ia akan dia (dengan bahawa tertegah ia daripadanya) menceritakan akan ini hadis oleh Muslim dan al Bhahaqi daripada Abu Hurairah r.a dan ada pada hadis ini menunjukki atas bahawasanya asal bagi zina faraj itu dua mata. Dan hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau, dengan apa pekerjaan yang patut ia dan akan apa pekerjaan yang dinanti-nanti baginya, maka memelihara engkau akan segala anggota engkau itu sebagai pelihara yang patut padanya dengan pekerjaan yang dinanti baginya itu, maka jika pekerjaan itu sangat besar nescaya engkau pelihara anggota itu dengan pelihara yang bersangatan, maka bermula kaki itu adalah dinanti-nanti baginya akan berjalan di dalam kebun syurga dan mahligainya, dan ada pun tangan itu maka dinanti-nanti baginya mencapai buah-buahan syurga dan meminumnya, seperti itulah anggota yang lain, maka mata hanya sanya ia kerana memandang kepada zat Allah taala di dalam syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu, dan tiada ada di dalam negeri dunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat tuhan itu, maka patut sangat bagi mata yang dinanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga sehingga pelihara, dan dimuliakan dia sehabis-habis mulia, dan bahawa tiada dikotor kan dia dengan memandang akan yang haram walla hu ‘ alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s