Perut

Fasal Yang Ke Empat Pada Menyatakan Perut

Ketahui oleh mu bahawasanya Allah Taala menjadikan ia bagi engkau akan perut kerana beberapa faedah yang bangsa ugama dan beberapa faedah yang bangsa dunia.  Adapun faedahnya yang bangsa agama maka memberi  oleh perut itu akan segala badan akan bantuan daripada yang berubah di dalamnya daripada makanan kepada darah dan kepada air mani, yang dengan dia mendapat anak dan berkekalan oleh manusia. Maka dengan sejahtera segala anggota perut (seperti jantung dan limpa dan paru-paru dan perit besar) sejahtera yang tinggal daripada segala badan daripada segala penyakit yang menegah daripada menunaikan segala ibadat dengan sempurna.  Dan adapun faedahnya yang bangsa dunia maka menyempurnakan kesedapan segala makanan dan minuman dan jimak. Kerana ketiga-tiganya itu adalah ia pada ketika sihat perut. Dan bermula mensyukurkan nikmat perut ini memeliharanya daripada makanan yang haram dan yang subahat, ertinya yang tiada diyakinkan akan halalnya dan tiada diyakinkan akan haramnya,  dan memeliharanya daripada bersangatan kenyang. Maka hendaklah bersungguh-sungguh engkau memelihara perut itu daripada yang haram dan yang subahat kerana tiga perkara. (Pertama) Kerana takut daripada siksa api neraka. Telah berfirman Allah Taala (Surah An Nisa’ : 10). ertinya bahawa sanya sekelian mereka yang makan mereka itu harta anak yatim kerana zalim ha nya sa nya makan mereka itu di dalam perut mereka itu akan sebab bagi api neraka selagi akan masuk mereka itu ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Dan sabda Nabi s.a.w.: …..ertinya tiada masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang haram dan sabda Nabi s.a.w. ….ertinya tiap-tiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka api neraka itu lebih utama dengan dia. Dan sabda Nabi s.a.w. …….ertinya maka barang siapa memelihara dirinya daripada segala yang subahat maka sungguhnya telah menuntut bersih ia akan ugamanya dan dirinya (yang kedua) bahawasanya yang makan akan makanan yang haram dan yang syubahat itu tiada diberi petunjuk akan dia kepada ibadat kerana tiada patut bagi mengerjakan ibadat itu melainkan yang suci daripada segala segala kekotoran sama ada kotoran yang dapat dilihat dengan mata seperti najis atau kotoran yang tiada dapat bdilihat seperti hadas kecil dan hadas besar dan makanan yang haram dan yang syubahat. (Yang ketiga). Bahawasanya yang makan akan makanan yang haram dan yang syubahat itu ditegahkan akan dia daripada mengerjakan kebajikan dan jika mengerjakan ia akan dia nescaya tiada diterima daripadanya dan tiada ada baginya melainkan penat jua. Sabda Nabi s.a.w.: Ertinya beberapa banyak daripada sembahyang malam tiada ada baginya daripada sembahyang melainkan berjaga dan beberapa banyak daripada yang puasa tiada ada baginya daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga diceritakan daripada Ibnu Abbas r.a. …… ertinya tiada menerima Allah Taala akan sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya yang haram, adapun bersangatan kenyang maka ha nya sa nya dituntut daripada menjauhkanbya kerana beberapa perkara (pertama) kerana bahawa sanya banyak makan itu sebab bagi keras hati (yang kedua) bahawa sanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada yang sia-sia dan pada kejahatan dan (ketiga) ada membanyakkan makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan dan (yang keempat) bahawasanya banyak makan itu sebab bagi sedikit ibadat kerana bahawasanya manusia itu apabila membanyakkan ia akan makan nescaya berat badannya dan mengantuk mata , dan (yang kelima) bahawa sanya membanyakkan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ibadat dan (yang keenam) bahawa sanya pada membanyakkan makan itu ditakuti jatuh kepada yang haram dan yang syubaah, ( yang ketujuh) bawasanya padanya menyusahkan hati dan memenatkan badan pada mencarinya dan menyediakannya dan memakannya dan melepaskan daripada mudaratnya dan (yang kedelapan) bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi bersangatan sakit mati, kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedapan dunia (yang kesembilan) bahawasanya padanya mengurangkan pahala akhirat dan (yang kesepuluh) bahasanya padanya hisab pada hari kiamat. Telah menyebut akan sepuluh perkara ini oleh al Imam al Ghazali di dalam manhaj Ikhya Ulumuddin. Telah datang beberapa hadis nabi s.a.w. pada mencela akan kenyang. Setengah daripadanya……ertinya bermula orang yang sempurna iman memakan ia pada satu perut dan orang kafir makan ia pada tujuh perut, memada akan anak cucu adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya. Jika adalah ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah maka sepatutnya sepertiga bagi makanan dan sepertiga bagi minuman, dan sepertiga bagi mengeluarkan nafas Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s