Telinga

Fasal Yang Kedua Pada Menyatakan Telinga Ketahui olehmu bahawasanya telinga itu menjadi ia akan dia oleh Allah taala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa dunia dan beberapa faedah yang bangsa akhirat, maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa dunia bersedap-sedap dengan yang dengar dan menyampaikan ia kepada memahamkan segala perkataan yang didengar dan setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat itu mendengar ia akannya Quran dan hadis nabi s.a.w. dan segala ilmu yang member manfaat, dan kerana banyak ini segala faedah adalah pendengar itu lebih afdal daripada penglihat kerana kebanyakan faedah penglihat itu bangsa dunia dan kebanyakan faedah pendengar itu bangsa akhirat dan kerana itu mendapat engkau akan yang buta lebih sempurna daripada yang tuli dan bermula mensyukur akan pendengar itu memeliharanya daripada mendengar yang dilarang , seperti mengumpat dan mengadu-ngadu dan segala perkataan yang tiada baik seperti bidaah dan berbantah-bantah dan seperti mendengar suara perempuan dan muda belia jika ditakuti daripadanya akan fitnah dan seperti mendengar perkakasan permainan yang diharamkan, seperti serunai dan gendang dan jangan engkau tertipu disebabkan mereka yang menghalalkan akan mendengar umpama serunai itu, kerana perkataan itu menyalahi ia akan Quran dan hadis nabi s.a.w. , maka lazimkan olehmu memelihara pendengaran engkau daripada perkataan yang keji dan yang sia-sia kerana mereka yang menuntut dengan bersekutu ia dengan mereka yang yang berkata-kata pada dosa perkataan yang haram itu dan lagi pula bahawasanya mendengar perkataan yang sia-sia dan keji itu mendatangkan was-was ke dalam hati. Dan ketahui olehmu bahawa sa nya perkataan yang didengar itu seperti makanan setengahnya memberi manfaat dan setengahnya memberi mudharat dan setengahnya penawar dan setengfahnya racun bahkan berkekalan perkataan itu di dalam hati lebih lazim daripada berkekalan makanan makanan di dalam perut kerana makanan itu hilang ia dari dalam perut beserta dengan tidur dan umpamanya, dan terkadang berkekalan ia di dalam perut beberapa hari kemudian hilang ia dengan makanan pancahar (julap) ada pun perkataan jatuh ke dalam hati maka terkadang berkekalan ia di dalam hati seumur hidup maka jika ada ia perkataan yang jahat maka sentiasa ia memfitnahkan dan mendatangkan was-was bahkan terkadang menyebabkan ia akan kebinasaan yang besar. Maka hendaklah bersungguh-sungguh orang yang berakal pada memelihara pendengarannya dan segala anggotanya sebelum ditanya di hadapannya pada hari kiamat telah berfirman Allah s.w.t (surah al_Isra’ 18:36) ertinya bahawasanya pendengaran dan penglihatan dan hati sekelian itu akan ditanya daripadanya pada hari kiamat, wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s