Kalbu

(Kitab Yang Ke Kedua Pada Menyatakan Kalbu Ertinya Jantung)

Dan padanya sepuluh bab yang mengandung akan sifat kecelaan yang sepuluh. Ketahui olehmu bahawasanya kalbu itu ada baaginya dua makna. (Pertama)  kalbu jasmani iaitu daging yang ditaruh dalam dada sebelah kiri yang menyerupai ia akan jantung pisang, dan iaitu daging yang tertentu di dalamnya ada lubang,  dan di dalam lubang itu ada darah yang hitam. (Yang kedua) Kalbu rohani iaitu suatu yang halus yang mengetahui dan yang mengenal dan yang mendapat daripada manusia. Dan ia  hakikat  manusia dan ia jua yang dihadapkan kepadanya perkataan, dan ia jua yang disuruh dan yang dilarang. Dan ada baginya sangkut paut dengan kalbu jasmani dan sungguhnya tercengang kebanyakan akal manusia pada mengetahui sangkut paut antara keduanya. Kerana persangkutan keduanya  menyerupai persangkutan aurat dan jisim. Atau persangkutan yang memakai perkakas dengan perkakas  dan apabila disebutkan akan jantung di dalam kitab itu maka dikehendakinya makna yang kedua dan ialah yang dikehendsaki dengan firman Allah Taala:  …ertinya Bersabda olehmu hai Rasullullah:  Bermula roh itu daripada pekerjaan tuhanku pendeknya kalbu dan roh dan nafsu ketiga-tiganya  satu makna. Pada salah suatu daripada segala makna ketiga-tiganya. Berkata akan dia oleh Hujjatul Islam Al Ghazali di dalam Ihya’ U’lumuddin.

Kemudian lazimkan olehmu  akan memelihara jantung engkau  daripada segala kelakuan yang dicela seperti takbur dan riak dan akan menghiasainya dengan segala kelakuan yang dipuji, seperti sabar dan merendah diri kerana beberapa perkara (Pertama)  kerana firman ALLah Taala:   …..ertinya Dan  ALLah Taala mengetahui ia akan barang  yang di  dalam  jantung kamu. Maka hendaklah kita takut  daripada  mengetahui oleh Allah   Taala  pada jantung kita  akan  kejahatan dan (Yang kedua) kerana bersabda Nabi s.a.w………………ertinya  bahawasanya Allah taala tiada menilik  ia kepada segala rupa kamu dan segala badan kamu. Dan hanya  menilik ia kepada  segala jantung kamu maka jantung itu tempat  tilik Allah  Taala. Maka tiada  patut bagi kita   menghiasi muka kita, yang ia tempat  telek manusia. Dan kita biarkan jantung kita kotor, berlumur dengan segala sifat kecelaan yang ia tempat telek   bagi tuhan  kita. Bahkan seyogia bagi  yang berakal  membersihkan jantungnya dan menghiasinya  lebih bersangatan daripada membersihkan  dan menghiasi mukanya. (Yang Ketiga) Bahawasanya jantung itu raja bagi  segala anggota dan segala anggota itu mengikut ia akan peintah rajanya, Dan apabila baik jantung itu  nescaya baik segala anggota dan apabila jahat ia nescaya jahat segala anggota. Sabda Nabi s.a.w.: …..Ertinya, Bahawasanya adalah di dalam tubuh itu  sepotong daging apabila baik ia nescaya  baik oleh tubuh itu semuanya, dan apabila binasa ia nescaya binasa oleh tubuh itu semuanya jaga-jaga dan iaitu jantung dan apabila adalah baik jantung itu sebab bagi baik segala  anggota nescaya wajib atas kita bersungguh-sungguh pada membaikinya dan memeliharanya daripada segala kebinasaan.

Dan (yang keempat) bahawasanya jantung itu tempat taruh bagi segala sifat-sifat  kepujian seperti  iman dan makrifat dan tawakkal dan redha dan pengetahuan maka patut sangat bagi pertaruhan yang seperti ini bahawa dipelihara akan dia daripada segala kelakuan yang dicela dan dijaga daripada seteru, iaitu syaitan dan (yang kelima) bahawasanya jantung itu tempat ilham daripada malaikat dan tempat was-was bagi syaitan, dan lagi jantung itu tempat berperang akal dan hawa nafsu. Maka akal  itu menyeru kepada  kebajikan dan  hawa nafsu  menyeru ia kepada  kejahatan  maka seyogia bahawa tiada dilalaikan daripadanya tambahan lagi  bahawasanya  kesalahan jantung itu lebih besar, sekurang-kurangnya keras ia tiada menerima pengajaran. Dan kesudahannya kafir. Tiadakah engkau dengar akan firman Allah Taala : ………….(Surah Al Baqarah : 34) ertinya, enggan oleh iblis daripada sujud kepada Adam a.s.  dan membesarkan diri ia  dan jadilah ia daripada sekelian  yang kafir  maka  adalah  takbir itu  di dalam jantungnya  maka menyebabkan ia  akan tertegah  daripada sujud dan akan kafir dengan tuhannya Wal a’izubillah.

Dan ketahui olehmu bahawasanya segala kelakuan yang dicela itu  banyak tetapi hamba sebutkan di sini sepuluh perkara pada sepuluh bab kerana yang sepuluh ini asal bagi  semuanya dan yang lain daripadanya terjadi ia daripada yang sepuluh ini (Pertama) sangat loba atas makanan (Kedua) sangat loba atas berkata-kata (ketiga) marah (keempat) dengki (kelima) kikir dan kasih akan harta (keenam) kasih akan kemegahan (ketujuh)  kasih akan dunia (kedelapan) membesarkan diri (kesembilan) ujub (kesepuluh) riya’ hendaklah bersungguh-sungguh engkau    membersihkan  jantung daripada sifat kecelaan ini nescaya adalah engkau  mendapat kemenangan dunia dan akhirat,  kerana firman Allah taala …..(Surah al Mukminin: 9)  ertinya Sungguhnya dapat kemenangan mereka yang membersihkannya ertinya membersihkan akan jantungnya daripada kelakuan yang dilarang, dan sabda Nabi s.a.w. (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Tarmizi) ……. Ertinya bersuci itu separuh dari iman. Memberi  faham  oleh ini hadis akan bahawasanya sempurna iman itu adalah ia dengan membersihkan  jantung dari barang yang tiada kasih akan dia  oleh Allah Taala, dan  menghiasinya dengan kelakuan yang kasih ia akan dia, maka membersihkan itu setengah iman, seperti menghiasinya  itu setengah iman,  dan perhimpunan keduanya iman yang sempurna, wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s