Berkata-Kata

(Bab Yang Kedua Pada Menyatakan Sangat Loba Atas Berkata-Kata) Ketahui olehmu bahawasanya loba atas berkata-kata itu kelakuan yang dicela yang wajib atas menjauhkannya. Kerana apabila loba seseorang atas berkata-kata nescaya keluar daripadanya perkataan yang sia-sia dan berkata-kata dengan yang sia-sia itu sebab bagi gelap jantung. Bahkan banyak berkata-kata itu sebab bagi mati jantung itu. Dan kerana itu membesarkan oleh Rasullullah s.a.w. akan pekerjaan lidah maka bersabda ia: ……….Ertinya; Dan tiada menyebabkan akan manusia atas hidung mereka itu melainkan yang diketam oleh lidah mereka itu. Ertinya perkataan mereka itu. Dan bersabda ia;…………Ertinya; Barang siapa membenarkan ia akan ALLah Taala dan akan hari kiamat maka hendaklah berkata-kata ia akan yang baik. Atau hendaklah diam ia. Dan bersabda ia…….Ertinya; barang siapa menjamin ia bagi ku akan barang yang antara dua tulang dagunya dan dua kakinya nescaya aku jamin baginya akan syurga. Dan dikehendaki dengan barang yang antara dua tulang dagu itu lidah. Dan dikehendaki dengan barang yang antara dua kaki itu faraj. Ditanya akan Rasululllah s.a.w., daripada yang lebih banyak barang yang masukkan ia ke dalam api neraka? Maka bersabda ia: Dua yang berlubang: Pertama mulut, kedua faraj. Dan sabda ia …..ertinya; barang siapa banyak perkataan nescaya banyak oleh tersalahnya. Dan barang siapa banyak tersalahnya nescaya banyak dosanya dan barang siapa banyak dosanya maka api neraka itu lebih utama dengan dia. Ketahui olehmu bahawasanya ada bagi lidah itu kebinasaan yang banyak. Tetapi memada akan dikau kerana menolak akan semuanya oleh beramal dengan satu ayat daripada Quran yang mulia iaitu firman Allah taala …………………….Ertinya; tiada ada kebajikan pada banyak daripada bisik-bisik mereka itu melainkan mereka yang menyuruh ia dengan bersedekah atau kebajikan atau mendamaikan antara manusia makna ayat ini bahawa tiada engkau berkata-kata pada barang yang tiada member manfaat akan dikau, dan engkau simpankan akan perkataan engkau pada yang memberi faedah maka ada padanya kelepasan daripada kebinasaan di dunia dan akhirat. Dikehendaki dengan barang yang tiada member manfaat itu iaitu perkataan yang jikalau ditinggalkan dia nescaya tiada luput dengan dia oleh pahala akhirat atau faedah dunia yang sangat dihajatkan. Dan barang siapa menyimpankan ia daripada perkataan atas yang member manfaat nescaya sedikit oleh perkataannya. Maka hendaklah engkau fikirkan – pada ketika engkau berkata-kata dengan barang yang tiada berfaedah – akan bahawasanya jika mneyebut engkau akan nama ALLah Taala ganti daripada perkataan yang tiada berfaedah itu nescaya adalah ia untung yang sangat besar. Kerana zikir Allah itu menyerupai ia akan sepotong emas. Dan perkataan yang tiada berfaedah itu menyerupai ia akan sepotong daripada tanah yang keras. Maka betapa suka orang yang berakal meninggalkan ketul mas dan mengambil ia akan ketul tanah yang keras, Ini jika perkataan itu tiada ada padanya. Maka jika ada padanya dosa nescaya telah rugi ia dengan sebab meninggalkan mas dan mengambil ia gantinya akan sepotong api dan yang demikian itu rugi yang sangat besar. Maka setengah daripada segala perkataan yang tiada memberi manfaat itu menceritakan segala perjalanan dan kelakuan makanan segala negeri dan segala adat manusia. Dan segala kelakuan manusia dan kelakuan perniagaan dan perusahaan. Inilah setengah daripada barang yang banyak manusia berkata-kata padanya. Maka setengah daripada kebinasaan lidah yang banyak itu berdusta dan mengumpat dan berbantah-bantah dan memuji dan melawak. Adapun berdusta iaitu mengkhabarkan akan suatu atas menyalahi barang yang ia atasnya. Sama ada mengetahui ia akan yang demikian menyengaja (mensengaja?) ia atau tiada. Dan mengetahui dan menyengaja itu syarat bagi berdosa bukan syarat bagi nama dosa. Telah berfirman Allah taala …………………… (Al Imran : 17) ertinya; Maka menjadikan kita akan laknat ALLah taala atas sekelian yang berdusta. Dan bersabda Rasulullah s.a.w. :…………………….ertinya; Lazimkan oleh kamu akan benar, kerana benar itu menyampaikan ia kepada kebajikan, dan kebajikan itu menyampaikan ia kepada syurga. Dan sentiasa seorang laki-laki itu benar dan bersungguh-sungguh ia akan benar hingga ditulis akan dia pada sisi Allah Taala yang banyak benar. Dan jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan akan berdusta, kerana berdusta itu menyampaikan ia kepada jahat seperti keluar daripada taat. Dan jahat itu menyampai ia kepada api neraka. Dan sentiasa hamba itu bersungguh-sungguh pada berdusta hingga ditulis akan dia pada sisi ALLah taala yang banyak dusta. Dikehendaki dengan ditulis di sini dihukumkan bagi yang pertama dengan banyak benar dan mendapat ia akan sifat dan pahala yang banyak benar, dan dihukumkan bagi yang kedua dengan banyak berdusta. Dan mendapat ia akan sifat dan dosa yang banyak berdusta. Dan sabda Nabi s.a.w.: ……….ertinya; jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan takut oleh kamu akan berdusta. Kerana berdusta itu menjauhkan ia akan iman. Dan sabda nabi s.a.w.: …….ertinya; apabila berdusta seorang hamba Allah taala sekalli berdusta nescaya jauh daripadnya oleh malaikat satu mil kerana busuk dusta yang mendatangkan ia dengan dia. Ketahui olehmu bahawasanya berdusta itu haram melainkan kerana sangat berhajat kepadanya. Seperti berdusta pada peperangan dan berdusta kerana mendamaikan orang yang berkelahi dan berdusta suami tatkala ingkar ia di hadapan isterinya. Bahawa ada madunya lebih kasih kepadanya, dan apabila harus berdusta maka yang lebih baik bahawa memakai ia akan (turiat?) dan iaitu menyebut ia akan perkataan yang ada baginya dua makna satu makna yang hampir, dan satu makna yang jauh. Maka mengkehendaki ia akan makna yang jauh itu. Adapun mengumpat maka iaitu menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika mendengar ia akan dia, sekali pun engkau benar, sama ada ada engkau sebut akan kekurangan pada dirinya atau pada akalnya atau pada perbuatannya atau pada perkataannya atau pada kainnya atau pada lainnya. Telah berfirman ALLah Taala; ………………………Ertinya; dan jangan mengumpat oleh setengah kamu akan setengah-setengah. Adakah kasih seorang kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka benci kamu akan dia . Dan sabda Nabi s.a.w.: ……………….ertinya; jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan takut oleh kamu akan mengumpat. Kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasululllah betapa? Ertinya; kerana apa mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina? Bersabda ia: Bahawasanya seorang laki-laki itu terkadang berzina ia dan taubat ia maka menerima Allah taala akan taubatnya, dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya. Dan menilik oleh Nabi s.a.w. ke dalam api neraka pada malam mikraj. Maka tiba-tiba di dalamnya beberapa lelaki yang memakan bangkai. Maka bersabda ia: Siapa mereka itu Jibrail? Berkata Jibrail: Mereka itu yang mengumpat manusia. Dan ketahui olehmu bahawasanya mengumpat itu haram dengan ijmak, melainkan pada enam tempat diharuskan padanya mengumpat. (Pertama) Orang yang mengadu kepada raja berkata ia si anu menzalimi ia akan daku. Dan menyebut ia akan kejahatan itu (yang kedua) orang yang meminta tolong pada menghilangkan maksiat, maka harus baginya bahawa berkata ia: Si Anu mengerjakan maksiat tolong olehmu akan daku pada menghilangkannya. Dan menyebut ia akan nama maksiat itu (Yang ketiga) orang yang meminta fatwa. Apabila berhajat kepada menyebut pertanyaan, seperti berkata oleh isteri: Suami aku seorang yang kikir tiada member ia bagi ku akan yang memadai daripada nafkah. Maka ada harus aku ambil daripada hartanya setengah yang memada bagiku (keempat) yang menakutkan akan orang Islam daripada kejahatan orang yang lain seperti berkata ia perempuan itu jahat kelakuannya maka jangan engkau berkahwin dengan dia dan menyebut ia akan nama kejahatan itu (Yang kelima) Bahawa ada seorang yang masyur ia dengan yang adalah padanya kecelaan, seperti seperti al A’arj ertinya yang capik. (Yang keenam) Bahawa adalah ia menzahirkan akan kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan yang dizahirkannya itu. Dan ketahui olehmu bahawasanya ubat yang menegahkan daripada mengumpat itu bahawa engkau berfikir pada janji seksa yang datang daripada Nabi s.a.w. seperti dipindahkan kebajikan orang yang mengumpat kepada suratan amal orang yang diumpatnya. Maka tilik olehmu akan sedikit kebajikan engkau dan banyak umpat engkau kemudian tilik olehmu akan kecelakaan engkau. Maka berbimbang engkau dengan diri engkau lebih baik daripada berbimbang dengan diri orang yang lain. Dan jika ada pada engkau dosa yang kecil maka ketahui olehmu bahawasanya mudharat dosa kecil engkau atas diri engkau lebih banyak daripada mudharat dosa besar orang yang lain. Dan jika tiada ada pada engkau kecelaan maka ketahui olehmu bahawasanya jahil engkau dengan kecelaan diri engkau itu adalah ia sebesar-besar segala kecelaan, kerana siapa manusia yang suci daripada kecelaan? Kemudian jika suci engkau daripada kecelaan maka hendaklah engkau syukur akan Allah taala kerana ganti bagi mengumpat orang itu kerana mengumpat itu sebesar-besar kecelaan. Dan adapun berbantah-bantah maka iaitu mencela akan perkataan orang lain dengan menzahirkan kecederaan padanya sama ada secara cedera pada lafaznya atau pada maknanya Bermula yang membangkitkan atas berbantah-bantah itu dua perkara, adakalanya kerana meninggikan diri dengan menzahirkan kelebihan dirinya, dan ada kalanya kerana tabiat yang jahat yang suka menghinakan orang yang lain. Maka berbantah-bantah itu menguatkan ia akan dua perkara yang sangat keji ini . Bahkan yang wajib atas engkau bahawa engkau membenarkan akan barang yang engkau dengar daripada perkataan yang sebenar, dan bahawa engkau diam daripada barang yang engkau dengar daripada perkataan yang salah, melainkan apabila adalah pada menyebutnya faedah yang bangsa agama, maka menyebut engkau akan dia dengan lemah lembut. Sabda Rasulullah s.a.w.: ………………………….ertinya; Barang siapa yang meninggalkan ia akan berbantah-bantah pada ketika ia yang sebenar nescaya diperbuat baginya rumah pada setinggi-tinggi syurga. Dan barang siapa meninggalkan akan dia pada ketika ia yang salah nescaya diperbuat baginya rumah pada keliling syurga. Bermula yang demikian itu kerana meninggalkan berbantah atas yang sebenar itu lebih sukar. Dan Sabda Nabi s.a.w. …….ertinya; Tiada menyempurnakan oleh hamba itu akan sebenar-benar iman hingga meninggalkan ia akan berbantah-bantah pada ketika ia benar. Dan adapun melawak dan seloroh maka berlebih-lebihan padanya membanyakkan ia akan tertawa-tawa dan mematikan ia akan hati dan menyebabkan ia akan (damdam?) dan menghilangkan akan keadaan ditakuti Sungguhnya telah bersabda Nabi s.a.w.: …ertinya Jangan membantahi engkau akan saudara engkau. Dan jangan engkau melawak dan berseloroh dengan dia dan Sabda Nabi s.a.w. : …….ertinya; Bahawasanya seorang lelaki sungguhnya berkata-kata ia dengan satu perkataan yang menjadikan ia dengan ditertawa-tawa sekelian yang duduk sertanya, Maka jatuh ia dengan sebabnya lebih jauh daripada bintag ketika. Ketahui olehmu bahawasanya sedikit daripada melawak (Berseloroh) dengan perkataan atsu perbuatan pada setengah masa tiada dilarang akan dia. Bahkan adalah ia harus istimewa serta kanak-kanak dan perempuan. Kerana membaikkan akan hati mereka itu sesungguhnya diceritakan akan yang demikian itu daripada Rasulullah s.a.w., tetapi bersbda ia: …….ertinya; Bahawasanya aku berseloroh dan tiada berkata aku melainkan akan yang sebenar. Dan bersabda ia bagi seorang perempuan yang tua ………ertinya; Tiada masuk syurga perempuan yang tua, ertinya; tiada berkekalan ia tua dalam syurga, bahkan dijadikan dia muda pada ketika masuk ke dalamnya. Dan siriwayatkan bahawasanya berlumba ia akan Siti Aishah r.a. dengan berlari. Dan bersabda ia bagi seorang kanak-kanak ……..ertinya; Hai bapa Amir apa memperbuat oleh anak burung ciak? Adalah budak itu bermain ia dengan anak burung chiak. Dan bersabda ia bagi Sohib r.a pada ketika makan tamar oleh Sohib r.a …… Ertinya; Adakah patut engkau makan tamar pada ketika engkau sakit mata? Maka bersembah oleh Sohib r.a. Hanya sa nya aku makan dengan sebelah yang lain. Maka tersenyum oleh Rasulullah s.a.w. Maka yang seumpama yang tersebut tiada mudharat dengan dia, dengan syarat benar dan tiada menjadikan ia akan dia beradat. Adapun memuji maka ada padanya enam kebinasaan. Empat kebinasaan atas yang memuji, dan dua kebinasaan atas yang dipuji. Maka kebinasaan (yang pertama) bahawasanya yang memuji itu terkadang berlebih-lebihan ia pada memuji itu, maka jatuh ia ke dalam dusta (yang kedua) Bahawasanya terkadang menzahirkan ia akan kasih akan yang dipujinya, pada ketika tiada kasih ia akan dia pada batin djatuh ia ke dalam riya’ (yang ketiga) terkadang berkata ia akan barang yang tiada diyakinkannya, seperti berkata ia: Bahawasanya si anu adil atau wara’ dan yang seumpamanya daripada yang tiada diyakinkannya. Maka adalah ia berkata-kata dengan ketiadaan aturan, dan memuji seorang lelaki dihadapan Rasulullah s.a.w. akan seorang yang lain. Maka bersabda nabi s.a.w.: …………….ertinya; kasihan akan dikau, telah engkau potong leher kawan engkau (yang keempat) bahawasanya yang memuji itu menjadikan ia akan yang dipujinya itu sukacita, dan terkadang adalah yang dipuji itu orang yang zalim. Maka berdosa ia dengan sebab memasukkan sukacita ke dalam hatinya. Sabda Nabi s.a.w. ……ertinya; bahawasanya Allah Taala sungguhnya marah ia apabila dipuji akan orang yang fasik , dan berkata al Hasan rahimahulah taala: Barang siapa mendoa ia bagi orang yang fasik, dengan berkekalan hidup maka sungguhnya telah kasih ia bahawa dikerjakan maksiat Allah taala. Maka orang yang zalim yang fasik seyogianya bahawa dicela akan dia supaya kurang gemarnya pada zalim dan fasik itu. Dan adapun yang dipuji maka salah satu daripada dua kebinasaannya bahawa terjadi padanya takbur dan ujub. Yang bermula keduanya sebab bagi binasa, kerana inilah sabda Nabi s.a.w.: ….ertinya; telah memotong engkau akan leher kawan engkau, dan yang kedua bahawa sukacita ia dengan dia, maka lemah ia daripada mengerjakan ibadat, dan redha ia daripada dirinya Adapun jika sejahtera yang memuji dan yang dipuji daripada kebinasaan maka tiada dilarang memuji itu, bahkan terkadang adalah ia sunat. Sabda Nabi s.a.w.: ………………ertinya; Jika ditimbang iman Abu Bakar r.a. dengan iman sekelian alam nescaya lebih berat ia, dan bersabda Nabi s.a.w. ………ertinya; Jika tiada dibangkitkan akan daku jadi pesuruh nescaya dibangkitkan akan dikau hai Umar. Dan sungguhnya telah memuji oleh Rasulullah s.a.w. akan banyak daripada sahabat. Kerana mengetahui ia akan bahawasanya yang demikian itu menambah ia pada rajin mereka itu dan tiada menjadikan ia akan mereka itu membesarkan diri dan ujub. Dan seyogia bagi mereka yang dipuji bahawa mengamat-amati ia pada kesudahan yang ditakuti kerana terkadang adalah seorang itu baik tetapi kesudahannya jahat. Dan pada kebinasaan segala amal kebajikan dan bahawa ingat ia akan kejahatan dirinya.Dan bahawa menzahirkan ia akan benci bagi puji itu serta benci ia akan dia di dalam hatinya. Dan kepada ini menunjukki oleh sabda Nabi s.a.w.:…..ertinya; Genggam olehmu akan tanah dan lemparkan oleh kamu akan dia pada segala muka yang memuji. Dan berkata saidina Ali k.w…….ertinya, Hai Allah, ampunimu olehmu bagiku akan barang yang mengetahui mereka itu barang yang tiada Ertinya, Hai Allah ampuni oleh mu bagi ku akan barang yang tiada mengetahui mereka itu akan dia dan kau ambil jangan salah akab daku dengan sebab barang yang berkata mereka itu akan dia. Dan jadikan, olehmu akan daku lebih baik daripada barang yang menyangka mereka itu akan dia, wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s