Kasih Dunia

(Bab Yang Ketujuh Pada Menyatakan Kasih Akan Dunia)

Ketahui olehmu akan bahawasanya dikehendaki dengan dunia itu tiap-tiap barang yang di atas muka bumi daripada segala yang diingini dan segala yang sedap-sedap dan segala mata benda yang ingin akan dia oleh  nafsu dan loba ia atasnya dan harta dan kemegahan itu setengah daripada dunia dua macam  daripada  segala bagi-bagi dunia. Atau bahawasanya  dunia itu tiap-tiap  barang yang  tiada memberi  manfaat kemudian daripada mati. Dan akhirat itu tiap-tiap yang memberi  manfaat kemudian daripada mati. Sekali pun ada ia di dalam dunia. Seperti ilmu dan ibadat. Dan seperti makanan yang menolong atas mengerjakan ibadat.  Dan bahawasanya  kasih akan dunia itu kelakuan yang dicela oleh syara’. Dan adalah ia kepala bagi segala kesalahan. Telah berfirman Allah Taala; …….ertinya; Maka adapun mereka yang melampaui akan yang harus kepada yang haram dan memilih ia akan hidup dunia dengan mengikut keinginan yang diharamkan maka bahawasanya api neraka jahanam itu ia tempat kediamannya. Dan sabda Nabi s.a.w.: ………ertinya;   Jika ada dunia itu menyamai pada sisi Allah Taala sebelah sayap nyamuk nescaya tiada memberi minum ia akan kafir daripadanya sekali minum air. Dan sabda Nabi s.a.w.:…….ertinya;  Bermula dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir dan sabda Nabi s.a.w.: ………ertinya;  Dunia itu ditinggalkan akan dia dan jauhkan akan dia  dan ditinggalkan dan dijauhkan barang yang di dalamnya  melainkan zikirullah dan barang yang  kasih Allah Taala akan dia daripada segala taat dan  orang yang alim dan yang belajar ilmu.

Dan ketahui olehmu bahawasanya seperti adalah dunia itu dicela demikian juga adalah ia perumpamaan bagi akhirat. Selagi mengetam engkau pada akhirat akan barang yang engkau tanam di dalam dunia daripada segala amal yang baik. Dan adalah ia tempat mencari bekal bagi  perjalanan yang sangat panjang. Iaitu perjalanan ke negeri yang kekal kerana firman ALLah Taala:  ……..ertinya;  Dan menuntut bekal oleh kamu maka bahawasanya  sebaik-baik bekal bagi perjalanan akhirat itu menjunjung perintah ALLah Taala dan menjauhkan  akan larangannya. Dan tiada binasa melainkan mereka yang  melalaikan akan dia oleh dunia daripada akhirat. Dan melupakan akan dia oleh segala kesedapannya daripada perjalanannya. Seperti seorang yang  musafir di dalam  hutan dengan orang ramai. Maka melihat ia buah-buahan di dalam hutan ini. Maka  bersungguh-sungguh ia  memakan buah-buahan itu. Hingga ketinggalan ia daripada kawannya. Maka sesat ia dan menerkam akan dia oleh binatang yang buas.

Dan ketahuilah olehmu bahawasanya barang siapa menyangka ia akan badannya berlumur dengan dunia. Dan hatinya kosong dan bersih  daripadanya  nescaya telah  menipu akan dia oleh syaitan. Kerana sabda Nabi s.a.w.:…………ertinya;  Hanya sanya bandingan yang mempunyai dunia seperti yang berjalan pada air . Adakah kuasa yang berjalan pada air bahawa tiada basah oleh dua tapak kakinya? Dan dicerita daripada Saidina Ali karamallahu wajhah: ….Ertinya  Pada hari kiamat, dan yang haram daripada nya sebab  bagi seksa  dengan api neraka. Dan diriwayatkan bahawasanya melihat oleh Nabi  Isa a.s. akan dunia pada rupa perempuan  yang tua yang sangat hodoh atasnya daripada tiap-tiap perhiasan.  Maka bersabda ia baginya . Berapa orang suami yang telah berkahwin engku akan mereka  itu  maka menjawab dunia itu: Tiada dapat aku menghingga mereka itu. Maka bersabda ia: Adakah mentalaq mereka itu  akan dikau atau mati mereka itu daripada engkau? Maka berkata ia bahkan aku pun sekelian mereka itu. Mka bersabda  Nabi Isa a.s. Tercengng aku bagi sekelian suami engkau yang tinggal . Betapa tiada  mengambil tauladan mereka itu dengan sekelian  suami engkau yang dahulu.

wallahu’ alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s