Kemegahan

(Bab Yang Ke Enam Pada Menyatakan Kasih Akan Kemegahan) Ketahui olehmu bahawasanya kemegahan itu memilik akan segala hati yang dituntut akan taatnya. Seperti kaya itu memiliki akan harta benda yang banyak. Dan keduanya sebab bagi menunaikan akan keinginan dan menyampaikan kepada tujuan. Dan bahawasnya kasih akan kemegahan itu satu kelakuan yang dicela yang sebab bagi kebinasaan. Telah berfirman Allah Taala; …..Ertinya; bermula negeri akhirat itu kami jadikan dia bagi mereka yang tiada berkehendak mereka itu akan ketinggian di atas muka bumi dan tiada akan kebinasaan. Menghimpunkan ALLah Taala pada ini ayat akan menghendaki ketinggian dan menghendaki kebinasaan. Dan menerangkan ia akan bahawasanya negeri akhirat itu bagi mereka yang suci hatinya daripadanya kedua-dua kehendak itu dan masuk di dalam ketinggian itu kemegahan, dan berfirman ia:……………………………..ertinya; barang siapa ada ia menghendaki dengan amalannya akan hidup dunia dan perhiasannya nescaya kami sempurnakan kepada mereka itu akan balasan segala amal mereka itu di dalam dunia. Dan mereka itu tiada dikurangkan akan sesuatu di dalamnya. Bermula mereka itu yang tiada ada bagi mereka itu pada akhirat melainkan api neraka. Dan batal oleh barang yang memperbuat mereka itu. Maka tiada ada pahalanya di akhirat. Dan batal barang yang mengerjakan mereka itu di dalam dunia daripada segala kebajikan bermula ini ayat melengkapi juga akan kasih akan kemegahan. Kerana bahawasanya kemegahan itu sebesar-besar kesedapan daripada segala kesedapan hidup dunia dan sebanyak-banyak perhiasan daripada segala perhiasan. Dan ketahui olehmu bahawasanya kemegahan itu tiada dicela akan dia semata-mata semacam dengan harta tiada dicela semata-mata. Bahkan ada juga kemegahan yang dipuji. Dan berhajat kepadanya oleh manusia. Seperti berhajat ia kepada sedikit daripada harta. Maka tiap-tiap kemegahan yang dikehendaki akan dia kerana menyampaikan kepada yang dipuji Maka iaitu dipuji seperti kemegahan seseorang di sisi raja. Yang menolak ia dengan dia akan zalim. Dan yang dapat ia dengan dia member nasihat akan raja itu. Dan ketahui olehmu bahawasanya ubat bagi kasih akan kemegahan itu bersusun daripada ilmu dan amal. Adapun ilmu maka mengetahui ia akan segala kebinasaan yang bersegera di dalam dunia. Seperti dengki atasnya oleh manusia. Dan menyakiti mereka itu akan dia. Dan susah ia pada memelihara kemegahannya daripada hiilang. Kerana tiap-tiap yang mempunyai kemegahan itu sentiasa ia di dalam ketakutan daripada hilang akan kemegahannya dengan berubah hati manusia. Dan Allah Taala muqallibil Kuluuub. Dan mengetahui ia akan bahawasanya jika adalah kemegahan sampai sujud baginya manusia, nescaya tiada berkekalan ia kerana ia akan mati. Demikian juga sekelian yang sujud kepada nya. Maka betapa suka ia dengan kemegahan dunia yang binasa yang menyebabkan hilang akhirat yang berkekakan. Dan adapun amal maka mengerjaykan engkau akan barang yang harus yang yang menggugurkan pangkat engkau pada sisi manusia. Seperti barang yang diceritakan; bahawasanya seorang raja menziarahi ia akan seorang yang sangat zuhud. Maka tatkala mengetahui orang zuhud itu akan kedatangan raja maka menyuruh ia dengan menghidang makanan. Maka memakan ia dengan bersangatan dan loba dan membesarknan ia akan suapnya supaya hilang zahidnya dari dalam hati raja itu. Maka tatkala melihat akan yang demikian oleh raja itu maka berpaling ia. Maka berkata orang yang zahid itu:………………………………….ertinya; segala puji bagi ALLah Taala yang memalingkan ia akan dikau daripada aku. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s