Makanan

Bab Yang Pertama

Pada Menyatakan ……Ertinya Sangat Loba Atas Makanan

Adalah sangat loba (berlebih-abh)  atas makanan itu setengah daripada asal segala kejahatan. Kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan. Kerana daripadanya terjadi keinginan faraj kemudian apabila  mengerasi oleh keinginan makanan dan keinginan jimak. Nescaya terjadi daripadanya  sangat  loba kepada harta. Kerana tiada dapat menunaikan dua keinginan itu melainkan dengan  harta. Dan  terjadi daripada ingin kepada harta itu ingin kepada kemegahan.  Kerana sukar  menguasai akan harta itu  melainkan dengan kemegahan. Kemudian apabila menuntut  ia akan harta dan kemegahan  dan mendapat ia akan keduanya  nescaya berhimpun padanya  oleh beberapa banyak daripada kebinasaan. Seperti riya’ dan takabur dan dengki dan berseteru dan lain daripadanya.  Dan tempat keluar  semuanya  itu perut. Maka kerana itu membesarkan oleh Rasululllah s.a.w. akan pekerjaan lapar. Maka bersabda ia:……..Ertinya; Tiada ada pekerjaan yang lebih kasih kepada Allah Taala  daripada lapar dan dahaga. Dan bersabda ia……..Penghulu segala pekerjaan itu lapar. Dan sabda Nabi s.a.w.;…..Ertinya; Berfikir itu setengah Ibadat. Dan sedikit makan  itu ia satu ibadat. Dan sabda Nabi s.a.w. : Ertinya;  Yang lebih afdal daripada kamu pada sisi ALLah Taala yang lebih lama kamu lapar dan  berfikir dan yang lebih dibenci daripada kamu kepada ALLah  Taala  tiap-tiap yang banyak makan banyak minum banyak tidur. Dan sabda Nabi s.a.w……………….Ertinya; Tiada  memenuhkan manusia akan bijana yang lebih jahat daripada perutnya. Memadalah akan manusia oleh beberapa  suap yang  membetulkan akan tulang belakangnya. Menyebut akan segala hadis ini al Imam Al Ghazali di dalam kitab al Arba’in fi Aswal AdDin.

Dan ketahui olehmu bahawasanya bagi lapar itu  beberapa faedah. Setengah daripadanya  nipis hati hingga mendapat ia  akan sedap ia mengerjakan ibadat. Dan setengah daripadanya  cerdik hati  kerana kenyang itu menyebabkan bodoh dan setengah  daripadanya memecahkan keinginan  mengerjakan maksiat dan mengerasi atas nafsu  yang sangat menyuruh dengan kejahatan. Dan setengah daripadanya  ringan tubuh  bagi sembahyang  tahajuj dan mengerjakan ibadat. Dan hilang mengantuk yang menegah ia daripada  ibadat dan  setengah daripadanya  memada dengan sedikit  daripada harta dunia. Ada pun kenyang itu maka ada padanya  beberapa kebinasaan pertama ketiadaan sedap  mengerjakan ibadat.  Kedua menambah keinginan nafsu. Ketiga ketiadaan  kasihan akan yang miskin, kerana apabila ia kenyang nescaya  menyangka ia akan sekelian  manusia semuanya kenyang bersalahan lapar.  Maka ia sebab bagi kasihan belas akan orang miskin. Dan  inilah setengah daripada hikmah  wajib puasa. Dan keempat  lemah daripada mengingat akan ilmu  yang memberi manfaat.  Kelima bahawasanya orang yang sempurna iman itu pergi datang ia  kepada masjid. Dan  orang yang  banyak kenyang itu lagi datang ia kepada jamban.  Maka jika engkau berkata:  Sungguhnya telah jadi  kenyang itu adat bagiku maka betapa  meninggalkan akan dia?  Maka dijawab bahawasanya yang demikian itu mudah atas mereka yang  menghendaki akan dia dengan diansur-ansur.  Dan iaitu bahawa mengurangi  engkau pada tiap-tiap hari daripada makanan  engkau yang biasa kadar  sesuap hingga mengurangi engkau  akan sepinggan di dalam sebulan. Maka tiada nyata  bekas  mengurangkan itu pada diri engkau  dan jadilah mensedikitkan itu adat engkau.

Dan ketahui olehmu bahawasanya  mensedikitkan makanan itu  tiga pangkat. Pertama pangkat as sodikin  iaitu menyimpankan  atas kadar memelihara badannya daripada binasa. Dan iaitu kadar yang  ditakuti dengan sebab kurang daripadanya  akan binasa akal atau menyebabkan mati. Yang kedua bahawa  terpedaya ia dengan  setengah cupak  tiap-tiap hari. Dan iaitu  memenuhi sepertiga perut. Dan atas yang demikian itu memperbuat oleh  saidina Umar r.a. dan jumat(?) daripada sahabat  kerana adalah makanan mereka itu segantang syair(?) pada tiap-tiap tujuh hari. Yang  ketiga bahawa memada akan secupak  tiap-tiap hari. Dan apabila melebihi akan yang demikian itu maka ia bersekutu akan orang kebanyakan dan masuk di dalam membanyakkan makan adapun mensedikitkan makan dengan ditilik kepada masa maka iaitu tiga pangkat juga. Yang lebih tingginya  bahawa lapar ia tiga hari atau lebih  ertinya tiap-tiap tiga hari  atau lebih sekali makan.  Maka sungguhnya  adalah saidina Abu Bakar r.a lapar ia enam hari.  Dan adapun yang pertengahannya bahawa makan ia  pada tiap-tiap  dua hari dan yang lebih rendah  bahawa makan ia tiap-tiap  hari sekali.  Adapun mereka yang makan  dua kali pada tiap-tiap hari  maka tiada ada baginya  kelakuan lapar  sama sekali.  Dan adalah ia meninggalkan kelebihan lapar. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s