Membesar Diri

(Bab Yang Ke Lapan Pada Menyatakan Membesarkan Diri)

Ketahui olehmu bahawasanya membesarkan diri itu bahawa melihat ia akan dirinya lebih daripada orang lain pada sifat kesempurnaan. Dan melihat ia akan orang yang lain itu lebih hina daripadanya. Maka ia setengah daripada segala sifat  kecelaan yang di dalam hati. Dan sebesar-besar maksiat yang  sembunyi. Telah berfirman Allah Taala (Ayat al Quran) .ertinya; Maka sejahat-jahat oleh  tempat  ketetapan sekelian  yang membesar kan diri iaitu api neraka jahanam. Dan bersabda Rasulullah s.a.w. pada barang yang  menceritakan ia akan dia daripada Tuhannya yang maha mulia:  (teks bahasa Arab)  ertinya;  Ketinggian itu selindangku. Dan kebesaran itu kainku. Maka barang siapa mencabut dan merebut ia akan daku akan satu daripada keduanya nescaya aku campakkan dia ke dalam api neraka jahanam. Dan tiada aku peduli. Bermula  (…?) itu meninggi atas yang lain dengan bahawa melihat ia bagi dirinya kemulian atas orang yang lain. Dan azimat itu keadaan sesuatu  pada dirinya mulia lagi sempurna lagi terkaya.  Maka yang pertama lebih tinggi daripada yang kedua. Kerana ia kesudahan bagi yang kedua. Kerana itu dimisalkan  yang pertama dengan selendang. Dan yang kedua dengan kain yang dipakai  di pinggang. Adalah makna hadis  ini bahawasanya keduanya dua sifat yang ketentuan dengan ALLah Taala tiada patut keduanya melainkan bagi Allah Taala. Maka barang siapa membesarkan dirinya maka seolah-olah ia   merebut akan bda Nabi s.a.w. (teks bahasa Arab)  ertinya;  Tiada masuk ke dalam syurga oleh seorang yang ada  di dalam hati seberat biji saw daripada membesarkan diri. Dan seperti adalah membesar kan diri itu kelakuan yang dicela. Demikian juga sebaliknya adalah merendah diri itu kelakuan yang dipuji oleh syarak.  Kerana sabda Rasullullah s.a.w. (teks bahasa Arab)  ertinya;  Tiada menambah oleh Allah akan hamba dengan  sebab memaafkan kesalahan orang lain melainkan akan  kemulian. Dan tiada merendah diri oleh seorang kerana Allah taala melainkan meninggikan akan dia oleh ALLah Taala (Hadis Riwayat Muslim dari Abi Hurairah r.a).

Dan sabda Rasulullah s.a.w.: (teks bahasa Arab)  ertinya; Barang siapa meninggalkan ia akan memakai pakaian yang elok kerana merendah diri kerana Allah pada ketika kuasa ia atasnya nescaya menyeru akan dia oleh ALLah Taala pada hari kiamat atas kepala sekelian makhluk hingga member pilih ia daripada barang mana segala  (helat?) iman menghendaki  ia memakai ia akan dia. Dekehendaki dengan  menyeru atas kepala sekelian makhluk bahawa memasyurkan akan dia oleh ALLah Taala antara sekelian manusia dan bermegah-megah ALLah Taala  dengan dia dan (makni?) (Hilat?) itu dua helai kain yang baru (selindang dan kain yang dipakai di pinggang).

Dan hanya sanya   adalah membesarkan diri itu  sangat besar dosanya  hingga tiada masuk  syurga mereka yang ada di dalam hatinya  seberat biji sawi daripadanya  kerana ada di bawahnya tiga macam daripada kekejian yang besar (yang pertama) Merebut sifat yang tertentu dengan ALLah Taala seperti  yang tersebut  pada hadis yang terdahulu (yang kedua)  Mengingkarkan yang sebenar  dan menghinakan  manusia. Sabda Nabi s.a.w. (teks bahasa Arab)  ertinya; Bermula membesarkan diri  itu perbuatan mereka yang  menolak ia akan yang sebenar dan mengingkarkan ia akan dia  dan menghinakan  ia akan manusia(Yang ketiga)  Bahawasanya membesarkan  diri itu sebab  bagi meninggalkan  segala sifat  kepujian.  Kerana orang yang membesarkan diri itu tiada kuasa  ia kasih bagi manusia  akan barang yang kasih ia bagi dirinya, dan tiada kuasa ia  merendah diri  dan tiada kuasa  ia meninggalkan  marah dan dengki  dan berlemah lembut  pada member nasihat  dan meninggalkan  riya’  pendeknya tiada ada  kelakuan yang dicela  melainkan mengerjakan akan dia oleh orang yang  membesarkan  diri, dan tiada ada kelakuan  yang dipuji melainkan meninggalkan ia akan dia.

Dan ketahui olehmu bahawasanya  ubat membesarkan diri itu bahawa mengetahui manusia yang membesarkan diri itu akan hakikat dirinya. Dan bahawasanya permulaannya  air mani yang binasa (kemuruh?) dan kesudahannya bangkai yang keji.  Dan ia pada antara demikian itu menanggung  akan tahi. Dan bahawasanya  (asli ?) ketiadaan kemudian dijadikan akan asalnya daripada tanah kemudian  dijadikan akan dia  sendiri daripada air mani kemudian daripada darah kemudian daripada seketul daging.  Dan tiada ada baginya pendengaran dan tiada pengetahuan dan tiada penglihatan dan tiada hidup dan tiada kekuatan. Kemudian dijadikan baginya  segala yang tersebut. Dan bahawasanya  mengerasi akan dia oleh  penyakit. Terkadang sakit ia dengan tergagah. Dan dihingga(?) dengan tergagah. Dan terkadang menghendaki ia akan mengetahui  sesuatu maka jahil ia akan dia.

Dan menghendaki ia akan melupakan  sesuatu maka  ingat ia akan dia. Dan menghendaki ia mengingat akan sesuatu maka lupa ia akan dia. Dan benci akan sesuatu maka memberi  manfaat   ia akan dia. Dan ingin ia akan sesuatu maka memberi  mudharat ia akan dia. Kemudian kesudahannya  mati dan hisab maka jika adalah ia  daripada  isi neraka  maka anjing  dan babi  lebih baik daripadanya.  Maka kerana apa membesarkan ia akan dirinya.  Dan ia hamba yang hina yang lemah. Dan betapa patut  membesarkan diri  bagi mereka yang membasuh tahi dengan tangannya  tiap-tiap hari. Dan menanggung ia  akan dia selama-lamanya. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s