Ingat Mati

(Bab Yang keSepuluh Pada Menyatakan Ingat Akan Mati)

Ketahui olehmu bahawasanya ingat akan mati itu kelakuan yang dipuji lagi yang dituntut oleh syarak. Dan adalah ia sebab bagi membanyakkan  ibadat dan sebab bagi mensedikitkan dunia dan angan-angan kerana sabda Rasulullah s.a.w.:  (bahasa Arab)  ertinya; Banyakkan oleh kamu menyebut akan yang memutuskan segala kesedapan ( iaitu mati)  kerana  bahawasanya mati itu tiada disebutkan akan dia  pada ketika banyak angan-angan  dan dunia melainkan  mensediktkankan ia akan dia. Dan tiada disebut akan dia pada ketika sedikit amal ibadat melainkan membanyakkan ia akan dia. Dan sabda Nabi s.a.w.:  (bahasa Arab)  ertinya;  Banyakkan oleh kamu  akan menyebut yang memutuskan segala  kesedapan iaitu mati. Ditanya akan Rasulullah s.a.w.:  (bahasa Arab)   Ertinya; yang mana sekelian orang yang  beriman yang lebih pintar? Bersabda ia: Iaitu yang lebih banyak mereka itu menyebut mati.  Dan yang lebih elok mereka itu bersedia bagi barang yang kemudiannya. Mereka itu juga sekelian yang pintar (yang cerdik) dan sabda Nabi s.a.w.: (bahasa Arab)  ertinya; bermula mereka yang berakal mereka  yang menghisab ia akan dirinya dan beramal ia kerana barang yang kemudian  daripada mati. Dan sabda Nabi s.a.w.: (bahasa Arab)  ertinya;  memada dengan mati itu memberi  pengajaran.

Dan ketahui olehmu bahawasanya mati itu huru hara  yang sangat besar. Dan ada pada  menyebutnya manfaat yang maha besar. Kerana bahawasanya  melayarkan ia daripada dunia. Dan merindukan ia kepada akhirat.  Dan bermula sebab bagi  lalai daripada mati  itu panjang angan-angan  dan sebabnya kasih akan dunia dan  jahil. Sabda Rasulullah s.a.w.: Bagi Abdullah bin Umar r.a. : (bahasa Arab) ertinya;  jadi olehmu di dalam dunia  seolah-olah  engkau orang dagang atau  yang lalu di jalan. Dan berkata Ibnu Umar r.a.:  A pabila engkau  masuk pada waktu petang maka jangan engkau nanti akan pagi. Dan apabila engkau masuk pada waktu  pagi maka jangan engkau nanti akan petang. Dan ambil olehmu  daripada masa sihat engkau bagi sakit engkau. Dan daripada masa hidup engkau bagi mati engkau. Menceritakan dia  oleh Al Bukhari.

Dan  bahawasanya setengah daripada  yang menolong atas mengingatkan mati itu ziarah akan kubur, kerana sabda Rasululllah s.a.w.: (bahasa Arab) ertinya; ziarah oleh kamu akan kubur. Kerana bahawasanya memperingat ia akan mati dan sabdanya;  (bahasa Arab)  ertinya;  adalah aku dahulu melarang akan kamu daripada  menziarahi kubur. Maka ziarah oleh kamu  akan dia pada masa yang akan dating. Kerana bahawasanya  menyebabkan ia akan zahid pada dunia dan memperingatkan  ia akan akhirat.

Dan ketahui olehmu bahawasanya pendek angan-angan itu  kelakuan yang dipuji.  Kerana adalah ia  sebab bagi bersedia  bagi barang yang  kemudian daripada mati. Dan bahawasanya  manusia  bersalah-salahan  mereka itu pada pendek angan-angan  dan panjangnya setengah mereka itu  mencita-cita ia  akan panjang umurnya seribu  tahun. Kerana firman Allah Taala (ayat Al Quran)  ertinya  mencita-cita seorang  daripada mereka itu  bahawa dipanjangkan umurnya seribu tahun. Sabda Rasullullah i s.a.w.: (bahasa Arab) ertinya bermula  hati orang tua muda ia atas kasih akan dua perkara. Pertama lama hidup dan kedua harta dikehendaki dengan muda di sini sempurna kasihnya akan keduanya  seperti sempurna  kekuatan orang yang  muda pada masa mudanya. Dan setengah mereka itu mereka yang mencita-cita  akan setahun. Dan setengah mereka itu  mereka yang mencita-cita  enam bulan. Dan setengah mereka itu mereka yang mencita-cita sehari semalam diceritakan daripada Muaz bin Jamal r.a. bahawa berkata ia: Tiada melangkah  satu langkah melainkan menyangka oleh aku akan bahawasanya tiada aku perikutkan dia  akan langkah yang lain.  Dan bahawasanya faedah  bagi pendek angan-angan  itu bersegera pada mengerjakan  amal ibadat.  Dan bahawasanya alamat bagi orang yang  mendapat petunjuk  bahawa tiada lalai   ia daripada mati maka bersedia ia  pada pagi-pagi  mati itu  dengan taubat  dan amal  yang baik.  Maka jika hidup ia  sampai petang maka syukur ia akan ALLah Taala  batas taatnya dan sukacita ia dengan ketiadaan sesia harinya kemudian memulai  ia bersedia pada petang  hingga pagi – pagi  maka syukur ia atas taatnya  pada malam  itu dan sukacita ia dengan tiada kosong malamnya  daripada amal yang salih. Demikianlah tiap-tiap pagi  dan petang. Dan tiada mudah  yang demikian itu melainkan bagi mereka yang  kosong hatinya daripada hidup  sampai besok. Maka mati itu  tuah baginya. Dan hidup itu bertambah kebajikannya Wallahu’alam.

Dengan kepujian ALLah Taala telah selesai hamba daripada menghimpun kitab (Penawar Bagi Hati)   pada tanggal tujuh daripada bulan Rejab tahun seribu tiga ratus tujuh puluh delapan daripada Hijrah penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w.. Alhamdulillah (bahasa Arab)  Wasallallah alai saidina Muhammad Wa ala aalihi wasohbihi wasalam. Subhanarabbika rabbil ‘aizzati amma yasifun wasalamualai mursalin walhamdulillah hi rabbil ‘alamiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s