Khauf

(Bab Yang Kedua Pada Menyatakan Khauf Ertinya Takut  Akan Allah Taala)

Ketahui olehmu bahawasanya  takut itu pada hati dan sakit ia dengan sebab dibenci pada masa yang akan datang. Dan terkadang adalah takut itu  kerana dosa. Dan terkadang ada ia kerana mengenal sifat Allah Taala.  Dan yang kedua ini lebih sempurna daripada yang pertama. Kerana bahawasanya orang yang mengenal ALLah Taala tak dapat tiada  takut ia akan dia.   Kerana inilah berfirman ALlah Taala   daripada segala hambanya  oleh sekelian orang  alim dan bahawasanya takut itu  mengikut pengenalan barang siapa banyak pengenalannya nescaya banyak takutnya.  Dan barang siapa sedikit pengetahuannya nescaya sedikit oleh takutnya. Kerana ini bersabda Nabi s.a.w.; …..Ertinya Aku lebih takut akan ALLah Taala daripada kamu. Kerana adalah Nabi s.a.w. lebih banyak pengetahuannya daripada orang lain  dan bahawasanya takut itu satu kelakuan yang dipuji. Telah  mengampun oleh Allah Taala akan empat perkara bagi sekelian yang takut akan Allah Taala.

(Pertama) Petunjuk dan (Kedua) Rahmat dan (Ketiga) Pengetahuan dan (Keempat) Redha daripadanya oleh Allah Taala. Kerana firman Allah Taala …………..Ertinya;  Petunjuk dan rahmat bagi sekelian mereka yang takut akan tuhan mereka itu dan firmannya: ……yang telah terdahulu. Dan firmannya:  ……telah redha Allah Taala daripada mereka itu dan redha mereka itu daripadanya.   Yang demikian itu bagi mereka yang  takut  akan  tuhannya. Dan ketahui olehmu  akan bahawasanya menghasilkan takut itu dengan  dua perkara (Pertama) dengan pengetahuan dan pengenalan. Maka mereka yang mengetahui ia akan kebesaran Allah Taala  dan akan ter….kayanya daripada segala makhluk dan akan bahawasanya menjadikan ia  akan syurga dan api neraka dan akan penduduk bagi keduanya. Dan tiada mengetahui ia akan bahawasanya adakah ia penduduk syurga atau  penduduk api neraka. Maka tak dapat tiada daripada takut ia akan Allah Taala. Dan (Yang Kedua) dengan memandang kepada sekelian mereka yang takut dan menilik akan  kelakuan mereka itu  dan mendengar akan perkhabaran  mereka itu,  bandingannya seperti kanak-kanak  tiada takut  ia akan ular. Kerana tiada  mengetahui ia akan bahawasanya ular itu  menyebabkan kebinasan. Bersalahan bapa bagi budak itu  takut ia akan ular. Kerana mengenal ia dan mengetahui ia akan mudharat dengan sebab dipatuk itu ular. Tetapi apabila melihat kanak-kanak itu akan ayahnya takut akan ular.  Dan lari daripadanya. Dan gementar kerana melihat ular itu nescaya mengikut akan ayahnya pada ketakutan dan merasa ia di dalam hatinya akan takut, sekalipun  tiada ada ia mengetahui akan sifat ular.

Dan ketahui olehmu bahawasanya takut itu seperti  cemeti  yang menghalau ia akan hamba kepada tuah akhirat. Tetapi tiada sayogia bahawa berlebih-lebihan ia hingga membawa kepada putus asa daripada rahmat Allah Taala. Kerana yang demikian itu dicela.  Bahkan apabila bersangatan takutnya hendaklah mencampur ia akan dia dengan harap akan rahmat Allah Taala. Dan  sayogia bahawa lebih kuat takut daripada harap selama ada ia mengerjakan dosa. Adapun orang yang taat yang tiada ada maksiatnya maka sayogianya sama banyak oleh takutnya dan harapnya.  Seperti saidina Omar r.a. berkata ia  (jika diseru:  Hendaklah masuk syurga  sekelian makhluk kecuali seorang lelaki nescaya aku takut  bahawa adalah aku demikian itu laki-laki. Dan jika diseru:  Hendaklah masuk api neraka oleh sekelian makhluk kecuali seorang lelaki nescaya aku harap bahawa adalah aku demikian itu laki-laki) Dan adapun  apabila hamper ia  akan mati maka bermula harap dan baik sangka dengan tuhannya lebih utama baginya. Kerana sabda Nabi s.a.w. …….ertinya;  Jangan mati seorang kamu pada satu kelakuan daripada segala  kelakuan melainkan pada kelakuan  membanyakkan ia akan sangka  dengan Allah Taala.  Dengan bahawa harap ia akan rahmat dan maaf ALLah Taala. Kerana pada ketika hamper mati itu tiada ada faedah bagi takutnya.

Dan bahawasanya  harap itu menyalahi  ia akan cita-cita  dengan bahawa sanyaharap itu bergantung hati dengan yang digemari pada hasilnya pada masa yang akan datang  serta berusaha ia pada sebab bagi  hasilnya.  Seperti mereka yang mencita-cita  ia akan mendapat padi dengan tiada menanam padi atau mencita-cita ia akan mendapat anak dengan tiada ia berkahwin. Kerana perbezaan yang tersebut firman ALLah Taala:

………………………………..ertinya;  bahawasanya mereka yang beriman dan mereka yang berpindah daripada negeri  kafir kepada negeri iman dan bersungguh-sungguh  mereka itu pada meninggikan  ugama Allah Taala  bermula mereka itu  harap akan rahmat Allah Taala. Dan Allah Taala amat pengampun lagi amat kasih sayang.

Dan  bahawasanya  faedah bagi harap itu gemar pada menuntut  akan yang diharapnya. Dan faedah bagi takut itu  gemar pada  lari daripada  yang ditakut itu. Dan barang siapa harap ia  akan  suatu nescaya menuntut ia  akan dia,  dan barang siapa takut akan suatu nescaya lari ia daripadanya. Dan sekurang-kurangnya pangkat takut itu  barang yang menyebabkan ia akan meninggalkan dosa   dan akan berpaling daripada dunia. Dan barang yang tiada menyebabkan  akan yang demikian itu  maka ia  perkhabaran hati bukan takut. Bahkan bermula takut  itu apabila sempurna ia nescaya menyebabkan ia akan zuhud daripada dunia. Maka sekarang menyebut hamba  akan zuhud dan maknanya. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s